Pages

Saturday, December 4, 2010

Hukum Melaga-laga kan Orang di Dalam Perbalahan~

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu menceritakan keburukan orang dikhalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dikalangan masyarakat sehingga runtuh segala sendi kebahagian hidup bermasyarakat.Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat besar di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran. “Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir”. ( at-Taubah:125).

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukkan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh MENJATUHKAN MARUAHNYA.
Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengakui beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar didepan Allah.

“Dan janganlah kamu mengakui apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan”.
Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibukitkan
melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya penghuni dua kubur in diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya”. Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka menjatuhkan maruah orang lain dan suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”.

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan
dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan
kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak
mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.
Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih tajam daripada membunuh, kerana kesan kerosokannya lebih
teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan
fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.
Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah
r.a Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam
dengan Bani Mushthalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan diasingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang
menegaskan kesucian beliau. “Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu: jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar ( di dunia dan di akhirat ). “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri meraka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di
akhirat, tentulah kamu dikenakan azab sekasa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berta palsu
itu., “Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan
dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula
menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami
memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau ( ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)!
Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini
lamanya, jika betul kamu orang yang beriman. “Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. “Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui. “Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.” (an- Nur: 11 – 29).

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu
diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan
penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.
“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab
kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)
“ Ya Allah, sekiranya aku dipahak yang benar, aku memohon kepada Mu supaya azabkan dan laknatkan
orang yang mefitnah akan diri ku dengan sedasyat-dasyat azab iaitu lebih dasyat daripada azab yang Kau
janjikan keatas kaum yahudi. Dan Ya Allah sekiranya aku dipihak yang benar, aku memohon pada Mu
supaya jadikanlah penghidupan orang yang menfitnah akan diri ku lebih hina daripada babi”.

Sekian, terima kasih.

Thursday, November 18, 2010

Cinta "syhhhh.." Uncle Seekers?

Pasti korang semua da tahu dan dah baca semua chapter pasal cerita terhangat sekarang ni kan. Mengenai kisah cinta antara dua darjat ni. Aku baru je baca semua sekali dalam masa setengah jam sahaja. Aku baca satu persatu dan aku abaikan komen-komen yang ada di bawah setiap post tersebut. Biar aku sendiri yang membuat spekulasi tanpa terpengaruh dengan komen-komen yang ada. Di dalam hati , aku cuba untuk membaca dengan positif supaya aku boleh faham apa yang cuba disampaikan oleh Uncle.

Secara keseluruhannya (Sampai chapter 6) apa yang aku boleh simpulkan disini adalah... Cerita itu benar.. Tiada tokok tambah..tiada unsur2 memfitnah..tiada unsur mengugut..atau tiada langsung unsur2 riak. Semua ayat-ayat disusun dengan ringkas dan mudah di fahami. Tenang. Terus terang aku katakan aku masih tidak dapat menangkap apa motif sebenar cerita ini ditulis. Tapi dari sudut lain..aku yakin Uncle cuma mahu menegakkan kebenaran. Kebenaran dimana dirinya di aniaya. Biasalah orang-orang kaya ni nak tutop cerita buruk pasal mereka senang je.. Pakai polis atau pakai samseng.  Orang-orang yang tak punya apa ni la yang selalu jadi mangsa. Jadi mungkin Uncle menggunakan segala kudrat yang ada untuk membersihkan nama dia dan keluarga dari fitnah orang-orang berada ni.
Dari komen yang ada..ramai betul yang menggunakan bahasa2 kasar dan kesat meminta Uncle berhenti mengaibkan nama Tuanku Permaisuri...tetapi persoalannya....siapa pula yang nak membersihkan aib yang telah tercalar pada Uncle selama ni? Pada aku jangan terlalu cepat membuat penilaian....kita yang tidak tahu hujung dan pangkal boelh sewenangnya melemparkan kata nista.. Tapi orang yang menanggung pasti tertekan.Kita sendiri pun kalau dalam situasi kita tidak bersalah tetapi teraniaya...sebolehnye melakukan sesuatu untuk membersihkan maruah kita kan? Begitu juga Uncle...cuma caranya berbeza..

Dari komen-komen kasar dan makian yang ada aku yakin ianya datang dari satu sumber dan kumpulan yang sama... Sebab lebey kurang je ayat heheheh.... Setiap chapter Uncle ada sebut.. Jika ianya terbukti fitnah dan dengan tujuan mengaibakan dia sanggup disaman dan dipenjara.. Sekarang aku pula nak tunggu penyataan seperti ni keluar dari pihak "sana" "Jika apa yang ditulis Uncle adalah benar belaka (termasuk dirinya ditendang dan dibelasah) "mereka: sanggup disaman dan dipenjara! BILA EH BILAA BILAAA? HAHHAHAHAHAHAHHAHA

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELEBUNGI MISTERI....


Wednesday, November 17, 2010

Welcome babies!

Entry ini padat dan ringkas.... Mimi aku telah memberanakkan 5 ekor baby yang comel sangat! Dan paling aku terharu Mimi nak aku temankan die mase tengah beranak tu. Mimi memang manja dengan aku so maybe masa tu dia x nak beranak sekor2... Banyak yang aku dengar ibu kucing ni kalau beranak tak suke ada orang tengok atau kacau. Tapi bukan Mimi...dia yang panggil aku dan suh temankan dia sampai beranak. Aku ada try tinggalkan dia dalam kotak tempat beranak tu tapi kejap lagi die bangun ikut aku kan... So fahamla aku yang dia tak mahu ditinggalkan menanggung kesakitan sekor2.... Huhuhhu... So aku la bidannya yang menyambut kelahiran 5 ekor babies~ Bawah ni sume gambar baby yang aku da amik~ Heeee~

Mother : Mimi (Black & White) - Exotic Short Hair
Father : Comel (Orange) - Pure Persian
D.O.B : 14/11/2010
















Monday, October 11, 2010

Biar tak pandai belajar...tapi jangan kurang ajar!

Zaman sekarang ni dah maju. Semua benda hanya di hujung jari aja... Nak bayar bil? Nak bayar saman? Nak order makanan? Nak beli baju? Cakap je...Sume boleh dapat sekelip mata je.. Bukan macam dulu nak beli baju pon rasa malas nak angkat bontot ke pekan nun... Sebab tu sekarang ni sume bontot besar kot sebab tak perlu nak bergerak banyak2 untuk buat semua benda tu...hahah~ Ikutkan iklan Berita Harian tu...zaman da maju~



Tapi sayangnya....kenapa minda anak-anak sekarang tidak seiring dengan kemajuan? Kenapa pemikiran makcik-makcik, akak2, abg2 sekarang tidak selaras dengan permodenan? Bukanlah minta jadik moden sangat sampai lupa asal-usul dan adat budaya.. Apa yang aku maksudkan adalah kenapa di zaman moden ni masih banyak lagi kes-kes macam di zaman jahiliah? Kes dera anak? Kes rogol anak? Kes rogol cucu? Kes abg rogol adik? Kes dera pembantu umah? Kes samun? Rompak? Bunuh, Pukul cikgu? Cikgu dera anak murid dan sebagainya? Bukan ke itu sume menunjukkan ketidakmajuan pemikiran manusia? Masih lagi tak berkembang. Masih lagi mahu melakukan perkara2 yang menunjukkan sikap kurang tamadun?

Apa yang paling ketara sekarang adalah hilangnya sikap hormat anak-anak terhadap org tua. Kalau dulu lah...mak ayah mesti sesah anak-anak degil dengan kayu la...hanger la..apa saja yang boleh di capai. Supaya anak dengar kata. Hormat orang tua. tapi zaman ni? Nak jentik anak pon dah tak berani. Sayang anak katanye. Hasilnye? Anak2 jadi kurang ajar. Pandai melawan. Meninggi suara dengan mak ayah. Siapa yang haru di salahkan? Jika dulu anak-anak semunnya dengar kata. Belajar pun bagus. Walaupun ada yang tidak belajar tinggi. Tapi tinggi budi pekerti? Anak-anak sekarang? Sudahlah belajar ke laut..Budi bahasa jangan cakapla...ke lombong agaknya~ Jadi siapa yang harus memainkan peranan?

Sunday, September 26, 2010

Hasad dengki? Busuk hati? Atau sekadar nak tunjuk hebat?

Zaman sekarang ni dah tak sama macam dulu. Ada benarnya iklan berita harian tu. Zaman dah berubah..dunia dah maju... Maka manusia pun akan berubah jugak la. Bukanla macam orang2 zaman dahulu yang mementingkan adab. Sopan-santun, hormat menghormati. Saling bergotong-royong. Sekarang ni? Jiran sendiri pun tidak kenal.

Kadang-kadang hidup kat bandar ni tak boley nak lewa. Semua aspek perlu di ambil kira. Lebih-lebih lagi jika berada di tempat kerja. Pasti akan jumpa macam-macam orang dengan macam-macam perangai. Kalo kena dengan kepala...boleh la ngam. Kalau tidak? Manjang la nak bermasam muka. Tapi bila dah terjadi sampai macam tu nak buat kerja pun tidak senang. Yelah pusing-pusing dalam bangunan tu situ jugak. Orang yang sama jugak kita akan tengok. Jadi kalau boleh, nak kerja lama ni janganla sampai buat musuh dengan dengan rakan yang satu tempat kerja.

Aku selalu letak dalam kepala otak aku. Bekerja di tempat baru jangan nak tunjuk hebat. Jangan nak tunjuk pandai dari orang lain. Biarlah orang nak nilai aku seperti orang yang tidak tahu bekerja. Asalkan orang tidak menilai aku seperti orang yang hanya tahu bercakap tapi habuk pun tak ada. Dan aku juga selalu sematkan dalam prinsip aku. Bekerja mestilah dengan niat dan ikhlas. Berserta perbuatan la. Bila bekerja melibatkan soal duit. Pada aku iu bukan sesuatu yang boleh di buat main. Tersilap makan duit dengan cara yang tidak betul...pasti hidup takkan berkat.

Tengok saja la orang yang kaya raya hasil kerja yang tidak betul...selalu je rasa tidak cukup duit. Selalu je kesempitan. Atau selalu je duit cepat habis tanpa tahu kemana duit tu pergi. Sebab apa? Sebab mencuri rezeki orang lain. Maka nye Allah pun akan ambil balik hak nya. Pada aku..aku setiap pagi sematkan dalam hati. Allah itu maha adil pada umatnya. Dia adil memberi rezeki pada hambanya. InyaAllah selagi niat aku betul...rezeki Allah sentiasa ada buat aku

Thursday, August 19, 2010

Boleh percaya ke Cinta Wook Kundor?

Jangan la korang hangin baca tajuk blog kat atas tu... Tak ada niat pun aku nak memanaskan topik suam2 kuku kucing ni. Tapi bile aku baca cerita pasal suami Wook tu masuk penjara sebab dadah lagi.. Satu je persoalan meluncur laju lam kepala otak aku  yang  kiut  tak berapa bijak ni..."Betul ke Mohd Nor Musa ni sayang ikhlas kat die?? Atauuu....die cuma nakkan duit je"




Bukan apa...lihat saja perbezaan umur mereka. Bukan la aku nak kata sbb usia tak boleh kawen. Tapi secara logik akalnye la kan...korang pun boleh fikir sendiri. Dia isap dadah..xde duit nak kawen. Muka pon x ley lepas market  top model kampung pun. Apa jalan paling mudah? Kawen dengan orang banyak duit...tp x mampu nak halang apa die nak buat! Sian kat wook.. dia da tua..mengharapkan SUAMI tuk jaga dia. Nak2 dapat suami mudah gagah berani youuu~ Tapiii???? hasilnye?? Macam Wook tu pulak duk menanggung hidup die kan.. Berapa kali Wook nak kene pi jamin dia tu kuar masuk lokap? Habis macam tu je duit simpanan Wook tu kan.

Dah la lagi beberapa minggu je nak RAYA (yeay~) sepatutnye Mohd Nor sebagai suami cari la sedikit sebanyak pendapatan buat beli baju baru kee...buat beli barang2 nak masak untuk raya kee kan.. Ini?? Hadiah berupa penginapan ke lokap yang dia hadiahkan kat Wook..

Aku ni takdela pandai nau bab nikah kawen ni. Tapi mengikut trilogi cerita depa ni dari dulu..rase tak ada yang istimewanya mengenai mereka ni. Kalo betul2 bahagia baru la aku boley respek! Dan aku minta di jauhkan la aku dari perkara2 mcm ni. Skang ni Tuhan kasik cash kat donia.hahahhaha (cuak ko!) hahahah


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Guys (hope x terlewat) Semoga di Bulan Ramadhan ni berbanyak2 la kite bersedekah dan berjimat cermat...bukan dok pi belanja sakan kat bazaar tuuu...Ini donia sudah terbalik laaa labu!

Sunday, August 1, 2010

Mimi dapat cage baru!

Dah lame x update belog haku ni... Da jadik sarang tikus clubbing je haa...huhuu..Aritu cadangnye nak update pasal Mimi tapi picture mimi dalam hp aku yang satu lagi. Dah rosak la pulop... Tu yang tergendala sume nye tu.. Naseb baik ada yang berhati mulia bagi pinjam hp kat aku. Bila la berkemampuan nak beli hp baru ni...

Aku pun semakin bz sejak menjak da kerja ni. Bila balik kerja da letih sangat. Pukul 9 pon mata da layu. So alamatnye memang tak sempat la nak update blog. Mak aku kate "Sekarang baru la rase mcm mana penatnye cari duit" Huhuhuh padan muke aku kannn~

Dalam entry lepas aku ada cerita pasal baby baru kan? Aku da dapat nama die.. Aku letak nama dia Mimi... Sebab bile aku panggil Mimi die terus sahut and datang. Sampaila laa ni. Kalo cari2 die takde keliling rumah..aku jerit je Mimiiiiii~ Terus die dtg dengan bunyi loceng kolar yang aku beli aritu.. Saja aku beli loceng kolar kat Mimi. Sebab die tu suke lari2..x nak aku kurung die dalam cage huhu... So bile die lari2 boleh la dengar bunyi loceng die kan..hahahah...

Sebelum ni aku letak die dalam cage arnab si Tomey dulu. (Arnab tomey da pon aku sedekah pada org) Cage tu muat2 badan die. Kesian lak kat die. Pergerakan terbatas je. Bila aku lepaskan siap lagi stretching kaki hahahah. So lepas je aku dapat fes gaji aritu. Aku terus order cage besar sikit untuk dia....

Nila cage tuu tadaaa~




Aku beli cage ni secara Online. Pakcage sekali dengan auto feeder tu. Senang keje aku. Tayah le pagi2 aku kene tuang makanan kat die... Tanx to Pet Micasa. Kalo korang nak cari apa2 barang tuk pet korang boley la jenguk2 kat Pet Micasa ni. Sume barang2 sangat quality dan murah. (Iklan free ni ade komisen x) hahahah

Mimi pon suke sangat dengan cage ni. Mase mule2 nak pasang pon die da siap2 landing dalam ni. Pasni die nak senamrobik dalam ni pon boley huhuhuhu...Takpela Mimi demi mu.. Gaji bulan ni terus kopak. Keje baru dua minggu je pon. Huhuhuhu...Mimi pon da makin manja dengan aku. Sampai adik aku tanye kenapa kalo die jalan Mimi x nak ikut. Tapi kalo aku berjalan Mimi ikut je kehulu kehilir. Hehehehe... Sabar ye dik..mungkin sifat kebinatangan adik x cukup kuat lagi hahahahaha

Monday, July 19, 2010

New Life Begin~

Kaki sakit..
Badan sakit...
Kepala sakit....
Mata sakit..
Tangan sakit
Hati sakit~
Banyak yang sakit harini....



Semalam sejuk gila...Tapi aku sengaja bukak kipas laju. Sebab nanti si MIMI xdela naik tido atas katil. hahah. Pagi tadi aku bangun tengok dia tido bawah katil...Lepas aku tutop kipas..then keluar untuk iron baju. Bila masuk balik dia da landing atas katil.. Ewahhhh...macam die punye je katil tu hahah. Siap bilik macam tongkang pecah..Budak Mimi tu lahhh punye keje...Aku tido..die duk megejakan bilik aku...Seb bek die mengiau slow je..xdela menganggu tido aku. Semalam aku kene tido awal. Sebab arini aku da start kerja. Pukul 6 pagi mandi.. Perghh rase macam air batu. Siap-siap makan sume aku pon jalan la..dalam pukul 7pagi... Dahle mengantuk. Besela...da lama sangat menganggur...bangun lambat hari-hari. Harini tibe2 lak bangun awal gile...Mau tak terkejut tulang-tulang ni sume..

Kaki aku sakit sangat arini..sebab pakai heels.. Da lama aku x pakai heels ni. Nak pijak tanah pon rase pedih gile...seksa tol la..Tak paham tol aku orang2 yang boley pakai heels sampai 4-5 inci tu..kaki kayu ke apa..Dahtu pulak....arini panas gile..Apasal x hujan macam semalam. Huhuhu....Tangan aku sakit pegang handle stereng satu hari ni...kaki pon lenguh tekan clutch berjam-jam.. Seksa laa..Kepala sakit sebab bahang matahari pastu masuk lak ekon opis yang macam peti ais tu..Mau tak retak kepala ni...

Ya Allah tlgla permudahkan segalanya untukku. Niat aku baik ni..Nak cari duit...nak bina masjid hakhak...eh betul la tu niat mulia..huhuhu...Tapi sakit2 sungguh badan niaa....Kalo la ade mesin OGAWA... da lame bersantai-santai..Walopon penat macam pergi simen bangunan..aku tetap x lupa Mimi ku sayang! Lepas angkat beg sume aku bagi Mimi mamam... Sian dia...tadi adik aku balik sekolah lambat.. tak sempat nak buka kandang dia tuk die pegi yak yak..Lastnye melepas dalam kandang la minah tu..hahahah... X senonoh la budak ni.. Awak tu pompan...sila sopan yaa~ Mimi sopan sebenarnya. Kalo die x jumpe pasir tandas dia tahan yak die..Tapi agaknye lama sangat tahan. Terlepas jugak... Hilang tatasusila dia da hahahha~

Hurm esok kene bangun pukul 6 lagi. Tido awal la aku malam ni. Tak dapat da nak online sampai pagi macam selalu. Takpela...niat aku ni da ikhlas da...jangan mengeluh..tak baik cik erynn...huhuh Moga aku mampu lakukannya. Amin~

Saturday, July 17, 2010

Sharifah Sofia, Aku, dan new baby!

Aku memang da lama nak cr sekor budak kecik tuk dijadikan kawan kat rumah ni. Dah lama sangat cari. Satu hari boleh dikatakan seploh kali aku bukak web mudah nak cr kitten tuk let go... Tapi semunya mahal-mahal belaka. Harga seko budak kecik yang umur baru 3-4 bulan pon ade yang cecah seribu. What the fish?! Kang aku tarbiyah sesekor kang..Penat je aku buat entry pasal hukum jual beli budak kecik..ada yang kucing liar lepak rumah diorang pon nak dijual sampai rm50 sekor. Entah sape sape nye kucen pastu ko amik ko jual sesuka hati. Siot je perangai kan...

Disebabkan aku memang nak sgt budak kecik aku jelajah semua blog pasal kucing. Ne la tahu ade yang nak let go free.. Ada memang banyak tapi ada yang aku email tak pernah nak reply. Ada yang janji nak send picture pon terus senyap. Maleh den nak layan. Aku mintak picture budak kecik ni bukan apa...Senang nak bajet...umurnye...kandang besa mana...keperluan lain2 nye la..

Jelajah punye jelajah aku terbukak satu blog ni. Ade kitten nak let go... Free lagik tuuu...so aku tinggalkan notes kat ruangan komen....mule2 senyap..so takpela...mungkin sibuk..aku pujuk hatiku...Tiba-tiba one day aku dpt reply....wah happy sangat.... Lepas da lebeh kuang 19 pages aku balas2 emel kata sepakat di ambil untuk bertemu pada 16 Julai iaitu semalam (arini 17hb)... Aku kene pegi ke Shah Alam untuk pick up budak2 tu sume. So apalagi malam tu jugak aku siap2 sume...pukul 4 ptg 16hb tu aku pon bertolak.. Dalam hati janganla kene tipu ke apa ke kan.. Zaman skg ni mcm2 perangai. Kite x ley jangka...

Bila sampai di tempat yang dijanjikan....Alhamdulillah....itu dia...kak Sharifah Sofea. So itu memang dia...bukan menyamar2 ke apa....korang x kenal ke? Alah yang berlakon drama Nur Kasih jadi katrina tu...hehehe....So dia pon terus bawak kitorang pegi amik budak2...Sampai je kat sana...MasyaALLAH.. gemuk2 nye budak ni..dalam pic kecik aje...pet carrier bawak kocik jo... Lastnyeee 2 ekor duduk dalam...2 ekor duduk sofa empuk kereta ku...haha habis penuh bulu budak2 ni kat seat.. kene la aku vacum nnt...

Jumpa kak Sofia personally memang di luar jangkaan.. Maksud aku....bile sembang dengan dia...die x sombong. Very friendly, ramah... Rasa macam sembang dengan kawan2 biasa. Memang tak terasa sangat la datang dari kampung....kakakaak...Sempat la jugak snap  pic dengan budak2 bulu ni...tapi x banyak..sebab muke aku da penuh dengan bulu2 budak2 ni...mcm x selesa je...bdan pon da peluh2 macam mandi air terjun....perghhh... Oh ya lupa nak mention...tuan kucin ni Miss Farah. Dia actually ade 7 ekor kittens..tapi die nak simpan sekor je sbb banyak sgt...tu sbb kitorang amik yg lebey tu...rumah die sangat cantik ok..sama gojes macam dia jugak...hehehhe Bila la dpt rumah mcm tu kan..kompem x keluar bilik.

Banyak jugak sembang2 mcm2 perkara sambil pegang budak2 bulu. Tapi biarlah itu jadi personal pada kami... Sebab kitorang bukan reporters...hahha kitorang dengan dengan niat baik...wahhh poyos ya disitu...Tapi aku mmg suke cr kak sofia and farah...due2 sweet and humble. Sapa yang dapat diorang as wife memang sangat bertuah...(mcm nak cr menantu lak i ni...)

 From left : Sharifah Sofia, Anne, Mss Farah, Teet hahaha

Pasal baby baru..aku amik sekor je...my friend amik the others 3...Aku bele banyak2 takut terabai lak...sekor budak kecik pon da cukup.. Supaya boleh bg perhatian yang cukup.....baby ni aku belom bagi nama lagi.. Betina.. Mulanya nak bagi nama Sabrina sebab teringat cerita Sabrina The Teenage Witch yang ade kucing itam nama Salem tu kan...tp tak berani lak...sbb ibu kepada Farah ni namanye Sabrina (rasenyela)...hihihih...Takpelaa...sape2 ade idea nak bagi nama apa bolehla bagitahu aku..buat mase ni die belum ada nama lgi.... Panggil baby je la buat mase skg....huhuhu

p/s : Promote sikit...ada drama baru kak sofia bulan Ramadhan nnt...tgk jgn x tgk RTM Channel x silap...kalo silap tlg betulkan...hehehe

Thursday, July 15, 2010

Selamat Ulangtahun..sayang~

Malam ni aku agak emotional. Dan amat jiwang dan amat sensitif dan amat terharu serta amat bersyukur. Kalo ada yang rasa nak termuntah-muntah baca entry aku ini. Sila tekan butang close...
Tak payah nak poyo2 geli sebab aku tahu semua orang buat benda ni cuma aku terlebey baik nak share kat sini apa yang aku sedang rasa...heheheh

Malam ni 12 am bersamaan 16 Julai...merupakan ulangtahun ke-3 aku dengan si dia...Formally of course.. Ikutkan sebenarnya aku da kenal dia masuk 6 tahun tapi 3 tahun pertama memang banyak sangat yang aku dah lalui. Tapi kata orang jika sudah jodoh pasti akan bersama juga. Ya betul! Hingga kini dia masih disisi aku.

Janda selalu dipandang hina...


Dah seminggu tak update blog. Sebab pergi ke Perak menguruskan adik yang baru je nak daftar kolej. Pastu tambah lagi dengan cuti-cuti Malaysia...heheh . Cerita tentang ramalan Paul si sotong bijak mengenai kemenangan Spain dalam World Cup pon aku rase da basi untuk aku buat entry...So tajuk entry yang sesuai untuk kali ni aku rasa pasal janda.

Bila sebut je janda komfem ramai wanita-wanita tak kirala berstatus isteri ke waima berstatus girlfren sekalipun pasti akan menjauhkan diri dari mereka2 ni. Takut la kalau2 pakwe atau suami tergoda penangan janda. Rata-rata lelaki pasti cakap..janda ni banyak pengalaman berumahtangga. Haiii...bila lah agaknye label sebegini akan hilang? Sebenarnya bukan senang nak hilangkan jika mereka sendiri tidakpandai menjaga diri selepas bergelar janda.

Friday, July 9, 2010

Pengecut atau Pak Turut??

Harini aku sangat rajin nak bagi korang kuiz... Kuiz ni untuk mengetahu di dalam perhubungan kamu dengan pasangan, adakah saling bertolak ansur dan bertoleransi? Sila jawab dengan jujur ya!

Thursday, July 8, 2010

Lelaki..Mudahnya cinta ditukar ganti!

Sepanjang aku hidup di muka bumi, ini lah satu-satunya realiti yang sehingga kini sangat-sangat aku benci. Maaf jikalau entry ni memanaskan hati kaum-kaum lelaki di luar sana. Tapi inilah hakikat! Aku tahu masih ada lelaki yang "pencinta setia" kat luar sana tapi aku masih belum jumpa lagi. Kalau aku da jumpa nanti aku janji aku akan delete entry ni! Tapi sayang dalam masa 23 tahun aku bernafas dalam dunia ni...memang itulah lelaki yang aku kenal.

Aku tahu zaman sekarang nisbah perempuan lebih ramai dari lelaki. Aku juga tahu lelaki muslim diharuskan berkahwin lebih dari satu. Tapi aku rasa itu bukan alasan untuk mereka jadikan perempuan ni macam stesen bas. Tunggu kat stesen and pilih bas mana yang anda nak naik. Jika tidak suka, boleh turun di stesen lain dan pilih bas lain pulak.

Tuesday, July 6, 2010

Lelaki kaki kikis?



Biasanya bila sebut kaki kikis secara automatiknya pasti korang akan cakap perempuan la kaki kikis. Tapi zaman sekarang da berubah. Dulu memang banyak perempuan kategori macam ni sebab mereka tidak belajar tinggi, so mereka ni cuma perlu cari lelaki kaya untuk dijadikan sumber kewangan mereka. Tapi zaman sekarang lagi banyak lelaki menganggur sedang ramai wanita memonopoli jawatang-jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat. Jangan terkejut pulak ya...ingat tak ada ke lelaki spesis macam ini? Aku sendiri pernah terjumpa dan nasib baik tidak terus jadi mangsa!

Hidup nak mewah tapi malas bekerja. Kalo kerja pon asal jalan saja! Jadi pencuci kereta, jadi penjaga kaunter, jadi pomen, atau apa-apa la kerja yang tidak memerlukan sijil-sijil tinggi. Tapi niat nak bergaya dengan barang yang berjenama tetap ada. Makanya jadikan perempuan berkerjaya dan bergaji tinggi sebagai mangsa.

Saturday, July 3, 2010

Gila Bola!

Haihh...aku ni sebenarnya bukanlan peminat fanatik bola sepak. Memang tak minat pun. Tapi disebabkan skg ni tengah musim bola, aku bukak le blog sape-sape pun semua dok cerita pasal bola. Sampai aku dah takde idea ha nak update pasal apa... *Sigh

Kalau mase aku tingkatan 1 dulu boleh la nak join cerita-cerita bola ni. Sebab masetu aku terikut-ikut member2 yang gila bola ni. Siap buat satu buku khas and then tampal segala bagai gambar pemain bola sepak dalam tu. Tapi skg ni dah xde da. Nama pemain bola yang aku ingat sekarang pun cuma satu Michael Ballack. Hahahah lain-lain tak tahu la hatta pemain bola sepak Malaysia sekalipon aku tak kenal. Maaflah ye! Meh aku nak tepek sikit gambar-gambar orang yang fanatik gile dengan perlawanan bola sepak ni. Macam-macam perangai.. hoohohoho~

Friday, July 2, 2010

Makan dalam jamban?

Korang pernah tak buat perangai seludup makanan dalam jamban.  Yelah mana tahu...bila bulan puasa tak nak kantoi tak puasa. Bawak la sume makanan lepastu lahap dalam jamban. Yarkss! Nak duduk lama-lama dalam jamban pun dah rasa nak termuntah. Inikan pulak makan dalam jamban.. Tapi aku pun pernah gak buat. Masa tu darjah 3 kot masa sekolah rendah. Ada pendidikan jasmani. Bulan puasa pulak tu. Lepas je tukar pakaian senaman dalam jamban, then rasa haus gila. Yelaaa ada ke bulan puasa disuruh berlari-lari keliling padang. Cikgu tu takpela lepak tepi je bagi arahan. Aku pun tegukla air paip dalam jamban tu. Tapi lepastu muntah balik sbb air paip tu rasa macam air kumbahan ditambah pulak dengan bau jamban yang macam haram tu.

Tapi lain pulak dengan diorang ni. Makan dalam jamban ni ada feel pada mereka agaknya. Sampai di Taiwan ada yang terkeluar idea buat restoren ala-ala jamban gitu. Toilet bawl restaurant.. Aku tengok nye pon x selera! Hohoohoho

Thursday, July 1, 2010

(Video) Wondergay - Nobody Bayot

Hiburan Hujung Minggu!  Jom kite ramai-ramai join eksesais! Hahahahah



Wednesday, June 30, 2010

Coke + Ajinomoto?

Korang..korang..! Korang nak tau tak? Ajinomoto ni selain daripada boleh menyedapkan lagi lauk yang korang masak tu sehingga menjilat jari kaki. Apa lagi yang boleh dibuat dengan ajinomoto ni? Alaaa rakyat Malaysia ni kan kreatif-kreatif belaka? Takkan lah tak tahu? Okeh..meh aku bagi tahu ehh....



Tuesday, June 29, 2010

My Water Moment!

Pictures ni aku amik mase ikut team penyelamat tak bertauliah berkelah  kat Sagil. Excited gile da ni siap dengan tuala mandi and baju mandi bagai. Serius aku dengan semangat gigihnye memanjat tangga-tangga untuk sampai ke tempat paling strategik kat atas nun. Peluh yang berjurai-jurai jangan cakapla..tayah mandi pon takpe..habis satu badan! Sampai je semua orang apa lagi..berdezup bukak baju and terus terjun dalam air. Tapi malangnya...diorang cakap..dorang memerlukan jurufoto tak bertauliah untuk amik picture-picture 18SG diorang ni.

Memandangkan aku sorang je yang belum terjun dalam air, maka secara rasminya aku dilantik menjadi cameragurl berkuatkuasa 24 jam! Aku tak beranila nak turun sekali sebab aku amik gambar pakai camera hp jer.. Berapa sen punye handphone je aku pakai. Kalau masuk air habis laa gaji sebulan!

Pengemis Jalanan


Pagi-pagi lagi da sangat berusaha nak update blog yang da berlumut ni. See..kan da hijau berlumut page ni da..heheheh. Topik arini adalah pasal pengemis. Kalo anda (andaa?? sopan la pulok) pergi mana-mana kompem akan terserempak dengan pengemis.Jantina mereka ini pelbagai...ada kecik, ada besar, lelaki, perempuan, hatta seorang warga tua yang sepatutnya duduk dirumah sambil goyang kaki. Kalau difikirkan balik logik ke Malaysia yang semakin pesat membangun ni tetapi golongan2 pengemis ini masih bersepah2? Rasanye pelbagai jenis komuniti yang telah ditubuhkan seperti baitulmal, melalui pemberian zakat2..tabung2 derma ihsan dan banyak lagi la untuk membersihkan warga jalanan ni. Tapi kenapa?? Kenapa golongan mereka ini masih ramai bersepah2...Sampaikan da siap ada pelbagai bangsa lagi seperti Nigeria, Arab, Pakistan dan sebagainya? X ke pelik? Xkan mereka ni datang Malaysia semata2 nak mintak sedekah kan? Dengarkan (ok! boleh baca je) pengakuan atau pendedahan seorang hamba Allah ni pasal aktiviti fakir miskin holdings ni kat tanah Malaysia ni.

......................................................................

Monday, June 28, 2010

Fatwa

Harini aku nak tempek satu lagi artikel. Tidak pasti anda sudah baca atau belum. Tapi aku rasa tidak salah berkongsi ilmu dan pengetahuan.


Seperti yang anda lihat. ianya cuma lah sehelai kertas yang telah di fotokopi kemudian di pin kan sahaja di memo board. Kesahihahn saya tidak pasti tetapi kita sebagai umat islam apa lah salahnya berhati-hati dalam setiap apa yang kita lakukan. Jika tidak elok lebih baik ditinggalkan. Wallahualam..

Thursday, June 24, 2010

Jamuan mata untuk perokok tegar!

Entry ni den maleh nak taip panjang2...den tempek jo...satu tempeken seribu pengertiannyo! hohohoh.... Khas den tempek tuk perokok2 tegar di muko bumi Allah ni...nyumm nyumm~

Orang ketiga..Perlu atau tidak??

Selalu kite dengar..kes-kes di mana bila awek atau pakwe merajuk atau buat perangai...pasangan ni tadi akan rase tensen gile. Bila da rase tensen gile..pasti die memerlukan masa untuk menenangkan diri sendiri. Layan perasaan org kate..atau mungkin cari orang ketiga untuk meluahkan perasaan sedih atau marah yang terbuku kat dalam benak tu. X kirala orang ketiga itu lelaki atau perempuan...saudara atau kawan2...asalkan ade orang yang sudi meminjamkan bahu atau sudi luangkan mase berjam-jam untuk dengar mereka ni luah kan perasaan jiwang... Tapi persoalannya...perlu ke wujudnya orang ketiga ini dalam sesuatu perhubungan tu???


Tuesday, June 22, 2010

Tidak ada dalil mengenai payung emas

Perempuan mane yang suka dirinye dimadukan? Jika ada pun di awal perkahwinan pasti si isteri tua berasa sedih dan dan seperti ditoreh2 perasaannya.. Tapi seorang isteri yang baik pastinya redha dengan perkahwinan baru suaminya itu. Tapi redha itu bukanla redha kerana merasakan dirinya tidak lagi diperlukan. Tapi redha la pada ketentuan Allah dimana itu jalan yang tertulis buatnya dan terima la saudara baru itu dengan ikhlas dan kerana Allah swt.


Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa..

Seperti yang sume org tahu ..harini 21 Jun merupakan Hari Bapa sedunia.. Pastinya aku tak nak la ketinggalan untuk mengucap Selamat Hari Bapa buat abah... Walaupun semalam da hantar email pon wish Fathers Day..tapi besela x lengkap rasenye kalo xde sajak2 bagai ni..huhuhuhu...segan sebenarnya nak bersajak2 dgn abah..x biasa...so sinila medan untuk ku salurkan segalanya...(jiwang siot)






Friday, June 18, 2010

Lelaki..tlg jangan mainkan hati wanita - Part 3

.....hati si awek berkecai..kepalanya bercelaru..bermacam2 perkara yang difikirkannya. Kenapa dia boleh hanyut mencintai si pakwe. Sedangkan si pakwe tidak setulus yang diharapkan. Berkali kali die fikir..kenapa die boleh membuka hatinye dahulu sedangkan adalah lebih baik baginya tidak cube menerima cinta baru...tapi tu sume sudah pon terlambat... dalam hatinya kini cuma tinggal perasaan marah dan dendam pada insan bernama lelaki!

Wednesday, June 16, 2010

Jual Beli Kucing Adalah Haram

Tadi sembang2 dengan sorang member baik..bercerita tentang kucen lama aku yang da lama lupe daratan tuh. Tibe2 terbukak cerita pasal jual beli kucen. Aku pasti ramai yang tak tahu lagi benda ni..atau sengaja buat2 x tahu. Yela bayangkan sekor kucen paling minimum pon boleh jual sehingga RM500..Kalo bagus bakanya ada yang boleh mencecah ribuan hengget!




Kenapa saya tidak suke askar...

Okey harini aku nak buat pengakuan berani mati. huhuhuhu. Aku rase x ramai berani nak buat pengakuan mcm ni kot... Disebabkan tajuk di atas agak sensitif bagi sesetengah umat manusia di muka bumi ni..Jadi aku berharap janganla ada yang amik serius apa yang aku taip kat entry sengal ini...



Bila cinta kini... tak lagi bermakna...

Harini...lepas je pegi interbiu kerja..aku terus je jelajah panggung wayang. Da lame berhajat nak tgk Lagenda Budak Setan...akhirnya termakbul...Honestly...bagi aku...ia tidak sehebat novel asal Ahadiat Akashah...tapi....aku adela jugak bergenang2 air mata setiap kali scene yang mmg tacing sangat...tapi nak cover macho punye pasal....ak tahan2 kan je air mata tu..Sambil tgk sambil bayangkan mcm dalam novel tuu...hehhehe


Tuesday, June 15, 2010

Lapa giler...

Perutku berbunyi2...huhuhuhu...sape ley lanje makan ni....tibe2 teringatkan dua ketul muffin yang aku beli kelmarin...tak sempat nak merasa...ke dapo je terus lesap..berdesuppp....hoh...kejam....oh tidak!! aku kempunan chocolate muffin....sempat jugak aku snap gambar muffin tu semalam....meleleh2 air liur aku tgk gambar muffin yang tak sempat masuk ke tekak aku tu...aduh2...x nak terliur sorang.... nah hamik korang!! Jom kite keliur beramai-ramai!

Nyummm! Nyummmm!~

Monday, June 14, 2010

Yarkss...kenapa tak serik2 lagi??

Selepas kes bahan melamine yang terdapat di dalam sesetengah produk susu mereka...hingga menjadi kes serius dimana ianye menyebabkan hampir seribu kes di Beijing sahaja....nampaknya China masih tidak serik2 mengeluarkan produk2 murahan yang boleh menyebabkan kesan negatif pada si pemakainya...Alahaiii....kenapa mereka ni tak ubah2 perangai? Mungkin ke sbb ramai yang menyokong tindakan mereka ni? Yelaa...kalo takde yang beli x kan la mereka terus menerus hasilkan produk2 begini. Mane2 pon kite boley jumpe barangan tiruan dri China ni....Orang Malaysia ni bukan nye tak berduit...janganla kedekut sangat sampai sanggup nak beli barangan2 tidak berkualiti seperti barangan China! Jijik tau!

Lelaki..tolong jangan mainkan hati wanita - Part 2

.........dalam hati si pakwe suda mule mengatur strategi..."aku mesti dptkan die ni". Sape x mahu awek org kaya beb. Dalam bayangan mestila awek org kaya itu..seksi..da bomb..lebih2 lagi banyak duit...ohhh mcm disyurgaaa rasanyerr..lepasni lagi banyak la duit poket yang boleh si pakwe save...tak payah susah2 nak rotate awek lg...dan yang paling penting si awek vip ni katanye duduk di bandaraya metropolitan...senanglaaaa nak bersayang-sayang! Da dekat sgt da...bukan awek nye boley tahu pon kalo mereka berasmara dana di sana! Besela aweknya org kampung...xpandai sgt jalan2 di kotaraya ni..

Saturday, June 12, 2010

Menu aku malam ni

Oh! Sungguh sedeh diriku ini... Hajat hati bila balik kampung dapatla makan best2...makan lauk mak masak... Lastnye aku yang kene masak balik...dah tuu mak suh masak megi goreng lak tu..hohohoho. Dalam banyak2 mende yang aku reti masak..megi goreng aku yang mereka ni kempunan yeerrr! Duk uma sewa pon makan megi..balik kampung pon makan meggi ka? hhahaah lawak...lawak...

Lelaki..tolong jangan mainkan hati wanita - Part 1

Bila kite sebut pasal setia..secara otomatik perempuan yang paling setia. Bukan tak ade lelaki setia dalam dunia ni...cuma nya..mereka ni dalam nisbah 1:100000. Jangan nak melenting wahai lelaki. Ini bukan dibuat buat. Ini realiti..sila kenalkan kepada aku lelaki yang paling setia dalam dunia ni! Nak gak aku jumpe...

Amalan Rasulullah saw

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dalam amalan-amalan seharian diantaranya :

1) Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Thursday, June 10, 2010

Perempuan paling seksi

Tetibe je gelenya nak buat entry mcm ni..hehehe bukan ape...alang2 mate ni asyik terpandang pompan seksi je bile kuar jalan2..Nafsu membuak-buak laa nak listkan pompan2 seksi ni sume..heheh Tapi ini sume adalah seksi pada pandangan aku tau! dan pastinye aku senaraikan artis yang kat Malaysia je. Sbb aku tahu kalo nak buat artis seksi dunia kompem2 artis Malaysia awal2 lagi da out! Hehehehhe...Aku letak top 6 je..sbb kalo banyak2 kang sume buat dose mata! Hahahaha

So jom cekidaout!

Arini ari ape?

Cube korang teka arini ari ape??? Hehe..harini adalah hari terakhir friendly contest yang aku anjurkan laaa...
Pada siapa yang belum tahu contest apa yang aku maksudkan tu sila [klik sini yerr]
Pada sape yg join tu cepat2 la update gambar dan entry korang.. and sape yg  baru je tahu pasal contest ni and tb2 rase nak join poin boley lagi sbb aku akan tutup contest ni tepat jam 12 malam ni... So masih banyak masa lagi untuk korang. Cepat! Tinggalkan Nama dan Blog Url anda kat sini!.... Hurm x sabar nak tgk sape yang paling kreatif tu! Tungguuuu.....

Sukma XIII, Melaka! Cari Homestay??

Seperti mana yang seluruh rakyat Malaysia dah tahu, tahun ni Melaka adalah sebagai tuan rumah untuk Sukan Malaysia xiii 2010 kan kan kan? Sape yang tak tahu tu sile la bungkus kain baju sekarang dan pindah ke Africa! Heheheh.. Aku sebagai penduduk Melaka tetibe rase bangga jap. Mane tak nye kan..mase ni la nak sume orang tahu Melaka ni cantekk!! Hehe... Sukma da pon bermula pada 7 Jun lepas dengan perlawanan bola sepak di Stadium Hang Jebat and aku nak la dengan bangga bagitahu korang skg Melaka lead dengan 4 emas 1 perak dan 1 gangsa (ketika entry ini ditulis). Melaka sekarang di tangga teratas tau!



Ok tutop intro! Aku pasti mase ni la ramai nak cr tempat bermalam kat Melaka. Kompem hotel2 mahal atau murah sume full booked disebabkan Sukma ni. Tapi kepada sesapa yang masih sedang  mencari tempat rehat atau homestay dengan budget yang murah daripada hotel tapi tahap keselesaan macam anda berada di rumah sendiri...aku boley bantu! Don worry. Sebagai rakyat Melaka yang prihatin mcm aku ni...mestila teruja nak sambut tetamu luar datang ke Melaka kan...

Adoi apa pasat?

Pe pasal sume comment post yg sebelum2 ni sume ilang...iskisk...sengal tol la...sume ilang huuuuuuuuuuu...cedey2...

Wednesday, June 9, 2010

Angau kan Sony Cybershot TX 5 ituuu!

OMG! Bukak emel semalam kan...aku kan dapat emel dr Mr. Nuffie...(cite mcm org len x dpt jugak kan) huhuhu...Mr.Nuffie buat contest "My Water Moment". 3 lucky winners bley dpt da superb marbeles Sony Cybershot TX5! waaaaaaaaaaaa...aku nak jugak!

Saya sokong kalo rokok diharamkan di Malaysia

Para perokok sila jangan panas ati ye. Usaha kerajaan tu da mmg bagus da. Tapi org Malaysia ni sikit2 nak buat pertubuhan anti kerajaan la segala bagai. Cuba la fikir dari sudut positif kenapa merokok itu tidak bagus? Bukan saja pada kesihatan tapi juga kepada otak di kepala anda tu. Aku sentisa mendoakan rakyat2 Malaysia ni supaya membenci rokok.


Cube korang fikir kenapa Malaysia ni lambat sangat nak membangun? Kenapa rakyat nye tak ramai yang bijak2? Adakah salah ibu mengandung? Atau salah Perdana Menteri yang tak nak kuarkan budget juta2 supaya Malaysia ade kemudahan yang sama taraf dengan Jepun? Tidak! Sebenarnya salahkan diri anda sendiri!! Cube anda renungkan bagaimana rakyat Malaysia selama ni jalani gaya hidop dorang? Kenapa kita tidak sebijak Yahudi? Tidak sebijak rakyat Jepun?

Aku tahu skg ni sume anti Israel..tapi tuk seketika sila ketepikan sume itu. Mari kite renungkan pada suatu sudut yang lain. Kenapa mereka sangat bijak? Korang bacela artikel di bawah ni (tanx to Fitrihadi[dot]com) . Merupakan thesis yang dibuat oleh Dr Stephen Carr Leon..bace sampai habis!
[Sile bace dari sudut positif - tiada niat artikel ini ditulis untuk menjatuhkan sebarang agama + bangsa]

Bahaya menghadap blog terlalu lama

Korang blogger tegar? Rajin bukak blog setiap hari? Tiada yang lebey penting dalam idop korang daripada makan,tido,dating selain berblogging?.. Sampai siap bawak bantal untuk korang tido depan monitor korang gara2 x nak miss update blog! Itu parah tu...Meh aku nak story betapa bahaya nya radiasi monitor pc/laptop korang pada mata.

Tuesday, June 8, 2010

Isbal di kalangan lelaki.. Apa itu Isbal?


Contoh-contoh fesyen/perbuatan Isbal yang terlarang (bagi lelaki): Pakaian/seluar/kain/sarung yang dipakai sehingga melepasi paras buku lali dan ke bawah.


Contoh pakaian yang tidak isbal (tidak melepasi paras buku lali)

Makin lama makin singkat!

Kalo kite jalan tengah2 bandar..cube korang pandang keliling. Apa yang korang nampak ek.. Ada tak korang nampak gadis2 melayu yang comel lote keliling korang? Kompemlaaa ade...kalo xde bukanla bandar namanye...huhuhuh...tapi cube korang lihat dengan teliti...apa yang tidak kena pada mereka ni...hurmmmmm...

Bila perempuan jatuh cinta!

Hurm..mungkin tajuk ni agak oldskul tp aku yakin...mamat2 bunge di luar sane sampai sekarang masih x tahu jawapannya bila perempuan tu betul2 jatuh cinta..Bagaimana sikap seseorang pompan tu bile mereka seikhlas hati menerima lelaki tu seadanya...Eleh tayah nak auta laa eh...mmg sejak dr aku skola lagi ade je budak2 laki yg dtg tanye kat aku and tanye soklan2 mcm ni "pompan suke laki yg mcm mane eh?"  atau "cemana nak tahu pompan tu betul2 jujur dan bukan main2?" atau sebegini "ko rase aku hensem x?" hahahah soklan yg last tu mmg x ley blahh eh...tp bkn rekaan semata2...sume ni aku da lalui...

Monday, June 7, 2010

12 jam sekali!

Da due bulan aku ni jadi mak anak musang. Siang tido malam berjaga sampai subuh.. Isk isk isk..inikah nasibnye memegang status penternak berjaya? Huhuhuhu...

Mari Berblog Secara Berhemah!

Aku tahu aku blogger baru. Masih merangkak2 nak kutip pengalaman dan ilmu..Banyak gile vavun lg yg perlu aku belajar dlm dunia blogging ni...Tapi walopon ak newbie..ak tetap nak bg nasihat pada newbie2 mcm aku jugak...termasuk dengan aku sekali la.. Ini nasihat untuk kita bersama.. Tiada kompromi!

Sunday, June 6, 2010

Nak Cari Suami Pon Kene Pandai Pilih Jugak


Disebabkan mood tengah berbunga2 cinta...pak pom pak pom bunyi kompang org kawen..Skang pon musim org kawen kan...sini sana undangan...So aku pon tb2 feeling2 air gitu kan..Jadi entry ni mmg sesuaila untuk org yg feeling air mcm aku ni...and paling sesuai untuk pompan2 di luar sane yang da teringin sangat nak jd isteri mithali tu...Aku nak share la sikit ciri2 laki yg sesuai sgt di buat laki...huhuhuhu

Aziz M.Osman dapat bini muda you!


Korang tayahla terkejut atau buat2 terkejut...Kite sume mmg da sedia maklum pon Aziz M.Osman dan Puteri Lily dilamun asmara dana. Tahniah buat mereka kerana kini mereka telah pon sah menjadi suami isteri!

Whut a lubly day! You have been tagged!


Huyoo..pernah dgr x org kate hari ahad hari yg sangat indah? Mmg da betul sangat laaa tu...Bangun je pg2 (pagi kee ko bangun nyah!) lihat di shoutbox "Anda ditag!" Sekali dua ko nyah...rasain lo...hahahha...

Saturday, June 5, 2010

Upin Ipin Kembali 2012!!

Harini jari jemari aku x bley tahan asyik nak menaip entry jeee! huhuhu..mungkin kerana arini hari sabtu..Hari bersantai2 setelah aku bertungkus lumus mengerjalan ladang...hahahah... Hari2 berladang tp hasil xde pon!

Demam Lagenda Budak Setan? Harga pengorbanan Ahadiat Akashah

Fes time aku dgr satu Malaysia demam nak tgk cete Lagenda Budak Setan ni..Dekat facebook, kat radio sume dok cete menda yg same. Bagi aku ini satu fenomena yg sgt luarbiasa dalam industri perfileman kita....Sape yang tidak kenal dengan penulis asal cerita Lagenda Budak Setan ni? Yang dikenali sebagai Ahadiat Akashah..

Friday, June 4, 2010

Perempuan & Fesyen...

Rasenye sume org baik lelaki atau pompan, kecik, besar dah sedia maklum yang wanita dan fesyen ni x boley dipisahkan. Sape yg x nak nampak cun melecun beb....kalo awek2 korang mmg vogue habis...tipula korang x rase mcm artis...mesti kembang kempis korang dpt jalan sebelah kan.. Kalo awek korang ni selekeh..x pandai mekap..x pandai berfesyen...nak ke korang bawak die pi jalan2? Kalo adee spesis mcm ni mmg ak tabik punye...tapi to be cruel...lelaki spesis x kisah mcm ni da makin pupus...huhhuhu...ade pon mungkin 2-3 kerat je la...ni bukan ckp kosong...ni ckp based on da true story keh...

Wednesday, June 2, 2010

SORRY NAIK LORI LARRR!!!

Semalam bile aku memulakan misi skodeng blog..ak terbaca satu artikel Kelemahan bila komen guna Name/Url . Masetu baru aku sedar yang pengguna wordpress akan mengalami masalah bila bab komen mengomen pada bloggers yg mengguna blogspot. Dimana blogspot ade sistem setting untuk menghadkan pengomen yg boley mengomen.. eRkk...faham ke ni..huhuhu.. Sebelum ni aku x tahu..almaklumla baru je nak berjinak2 dalam dunia blogging.... So lepas je ak baca entry tu...ak pon terus la mengubah setting yg ada.. So skang ni sape2 pon boley jadi jutawan! haha ok sorry..sape2 pon bley mengomen...

Pengguna wordpress yg pernah masuk blog ni tapi x boley nak tgl komen tu Im sorry... huhuhu...
Tanx to Fitrihadi [dot] com kerana sudi mencurah kan ilmu..hehehe

Melaka Maju 2010..

Well...sebagai anak melaka actually aku sangat berbangga dengan perkembangan yang boley kite nampak kat Melaka ni... Walopon Melaka ni tidak besar mcm negeri-negeri lain tapi aku rasa apa yg ada sekarang sudah cukup untuk aku letakkan Melaka ni sebaris dengan negeri2 membangun di seluruh Malaysia...Biarla apa org nak kata ttg Dato Mohd Ali Rustam...sbb aku honestly x pandai nak cerita bab politik...biarlah aku cerita ttg apa kemajuan yang telah beliau bawa untuk Melaka harini.

Tuesday, June 1, 2010

FRIENDLY CONTEST BERSAMA ERYNN!



Seperti yang aku dah pon janjikan ngn korang2 semalam..arini aku nak wat contest kan? Arini genapla sebulan aku jd peladang x bertauliah..bagi meraikan buah2 di ladang aku nak masak arini sbb tu aku buat contest ni..hahahha...Contest ni senang sangat2...mmg senang sbb mcm tajuk di atas...friendly contest...die mcm kalo main bola ade friendly match kan...so ini suatu mende yg lebey kuang jugak...

Ok, nak tahu cara2 nak mengjoinkan diri anda? Sile baca sampai habis and fahamkan satu-satu.

-) Fes sekali..Contestant mestila follower blog ini....

-) Selepas itu anda buat satu entry bertajuk seperti di atas..

-) Copy paste banner ini dlm entry anda

banner

Monday, May 31, 2010

Aku nak buat contest!

Wah..baru hingusan ade hati nak wat contest...hehehe..apa salahnya kan...
Ok macam ni..aku nak buat satu contest untuk korang join. Sape2 pon ley join..Sape yg terpilih aku kasik hadiah...

See...bukan contest2 kosong ok..contest yang korang takkan rasa rugi bila mengjoinnya...Aku kasik hadiah real munyee....korang siap muleh pilih lg hadiah korang tuh...wink2**

Tapi bukan arini...esok aku akan post kan cara2 nak join contest tu dan apa syarat2 nye yang perlu korang ikut seterusnya melayakkan korang dapat hadiah... Teruja x?? Hehehe...
Nantikan!!


p/s : ni bukan cete dongeng semata-mata

Jelajah Blog A-Y-I-E Versi 2.0.




Ok ding dang datang lagiii! hahahha...
Entry kalini aku nak bgtahu dunia aku telah pon mengjoinkan diri dalam satu contest yang dianjurkan oleh si blogger yg aku kenali semalam...hehehhe. Nama die ayiee..Well contest tu menyeru ahli2 dewannya tuk buat satu entry tuk diterjah a.k.a dijelajah sampai ke celah2 gigi..
ok! tipu!...die jelajah satu entry je hehhehe...
Hurm....ak nak sangat ayie jelajah blog aku ni yg x seberapa ni sebab.....

1) Aku blogger baru...aktiviti2 sevegini amat aku nantikan..bukan ape...dengan cara diterjah dan dijelajah ni...rakyat2 blogger dapat membantu aku supaya dapat memperbaiki segala kelemahan. Perbaiki penulisan atau penyampaian di dalam blog ni. Manelah tahu ade kekhilafan di mane2.

xde tajuk

Status : di bawah paras sedar
Mood : Gua pandang lu besaarr..keecik..besaa keciiik...

Aku da tak tahu nak wat ape...sekejap aku baring..sekejap bangun...sekejap ke dapo..pastu baring balik...then buat posing seksi...lepastu posing maut...6 minit kemudian ak pegi dapo lagik...and ulang2 rutin tersebut cukup 20 kali...masuk kali ke 21...ak mula menaip entry ni...hohoho....

Sejak aku diberikan darjah kebesaran peladang x bertauliah sepenuh masa ni...aku da x tahu nak wat ape... busan ya ampunnn...aku rase selama sebulan aku dapat gelaran peladang ni...rutin kat atas tu la aku ulang2...hahah..sampai aku boley rase kot tulang belikat aku ni terbelit2...nak2 time buat posing maut tuu...wawawa... I need job!! Arghhh....bosan gile vavi la mcm ni... Tolonggg!! Tolongg!! Bley bagi aku keje x? Keje yg x kuar air peluh...x kuar air hidung...dan segala mcm air yg boley kuar...tp gaji mau 3-4k sebulan..ade? hahahha (sambey angkat2 kening ala2 ziana zain gituu~)

Ok...takmo taip lagi...ak dibawah paras sedar...nnt aku meraban lg...(terus sambung rutin posing2 tadik)

Sunday, May 30, 2010

Jom exchange link!

Entry ni aku saje buat tuk kite same2 ley bertukar2 link...
Actually, aku masih mencuba2 dalam dunia blogging secara serius ni....dan aku harap bloggers2 diluar dapat memberi sokongan kepada blogger baru mcm aku ni...dapat memberi tunjuk ajar..mana yang perlu dibetulkan..mana yang perlu di baiki...InsyaAllah aku akan cube baiki setiap kelemahan...kite sume insan biasa je..x kan pernah lari dari buat silap ayte?
Jadi pada sesiapa yang ingin berkongsi link dengan aku boleh la tinggalkan nama korang...link ke blog korang..and nama blog korang ape...pastu klik jadi follower aku..
Aku akan trackback blog korang and bile da make sure langkah2 tersebut dipatuhi,,
Then aku akan update link korang disebelah...yang telah aku khaskan...oh ya jangan bimbang...aku akan jd follower korang juga...peace!

Post link korang mcm ni...

Nama:
Nama Blog:
Link Blog :

!Osmet Baru!

Mood : Sejuk2 + nyaman + kekenyangan + penat + senggugut + emo
Lagu tema : Selamat Pengantin Baru

Aku baru balik dr rumah org kawen...due rumah aku pegi arini...mule2 uma member abah then uma member aku...Mase ak sampai tu ak rase adik tika je yg kenal aku lg....iskiskisk..kesian...takpe ak pon terusla masuk dlm...si adik ni td bawak ak p jumpe membe aku ni td...masuk2 da compem2 pengantin pakai baju kawen kan..ak dgn selengeerr nye bley lak siap tgk muke sorang2 lam bilik tu cr mane satu membe aku ni? wakwkakwa...bley tahan sengal la...niat nak masuk jumpe member ni...member kawen...tp otak aku terputus wayar kot...minded ak pi cari kawan aku yg pakai baju biasa...korang faham ke x faham ni? adoyaii...pastu bile die tegur aku br aku pasan...eh pengantin ni la member aku tu yg aku nak cr lagi kenapa...hahahhaha sengal la...itu bermaksud aku masih belum dapat terima hakikat kawan aku yg sorang ni da kawen da...huwaaa...tinggallah aku terkapai2 disini..hahhaa....maybe sbb mekap ko lain kot..tu pasal ak x pasan ko...sorry beb...tapi ko mmg cantik la arini..maybe sbb selama ni pon ko mane penah mekap2 kan...mase kite g malam pra graduan tu pon ko tampal bedak maybeline je setepek dua...pastu lipstick secalit dua...arini..hah amik ko...da mcm sesimen dua...kekeke...tp seyes cantik...baju pengantin ko pon cantik..bile lak ak nyer turn ye...kekeke

ok itu bukan tajuk utama...lepas aku balik dr uma dia (soryy aku kene balik awal) zaa kol aku kate kunci rumah die x de...so die xley nak masuk rumah...zaa aku baru je kenal minggu lepas....sbb die nak menyewa bilik dkt uma sewa yg aku tgl sekarang....sekali kunci pintu depan xde daa...sian die...ak lak br je berada di tangkak...nak kol osmet satu lagi tapi num fon takde la pulak...lastnye ak buat keputusan nak singgah je kasik kunci aku pada dia...lagipon ak belum nak pakai lg...so xpela bia die guna dulu...lepas je bagi...br turun tangga zaa kol lagi...katenye kunci bilik plak x ley nak dibuka...waduh2...gawat ni...ak pon terus kol akk yg sewa bilik tu sebelum ni..tanye pasal kunci sume and katenye mmg pintu tu rosak...kene ade skill tahap ilmu tertinggi br ley bukak pintu tu...ak pon naikla atas balik..seb bek tgkat 2 je....and try pulas2 pintu tu..tp x ley gak...nak bg pakai kunci lain rasenye xde lg da...akhirnye kata sepakat...kopak aje la tombolnye...nnt diganti aje ngn yg baru..hahhaha habis cerita......ak pon malas da nak fikir apa yg perlu dibuat...dalam2 mud2 yg x stabil time2 tu mmg menyekat pengaliran darah ke otak aku...lantas menyebabkan aku malas nak fikir banyak2...ak leteh weh...xde energy nak kopak2 pintu..zaa kate die ley buat sendiri...ak pon ok je...hehehe...sian kat awk zaa...br je nak masuk mcm2 halangan awk kene...kekek..mule2 xdpt buka pintu utama...pastu x dpt bukak pintu bilik lak...eh zaa..baik2 umah tu ade penunggu...sape yg ade niat xbaik mmg susah nak masuk...kekeke....jangan maree..nanti lekas tua...

Ape2 pon zaa selamat menjadi warga TTU....selamat memulakan tugas baru di MMu...selamat menjadi osmet baru kitorang....Selamaatttt semuanya...amin~

~Insan Bergelar Sahabat~

Sejak aku kecik2 lagi...ak da biasa sangat main sorang2...buat hal sendiri je..almaklumlah...dalam adik beradik..aku sorang je perempuan..yang lain lelaki..mane nak amik port ngn aku ni..kesian aku kan...dan xdelak pulak aku rapat ngn mak aku..ak pon pelik...tp aku da biasa..ak dari kecik da biasa sendiri...tapi bile ak makin gede' ni...ak jumpe mcm2 jenis manusia...dan aku da mule mencari kawan....bukan senang nak cr kawan ni...kadang2 org tu memilih sgt dlm berkawan. Aku pon jenis yg pendiam..x bnyk ckp..and kurang cerdik orgnye...lagila xde sape nak berkawan ngn aku..tp bak kate pepatah org tua2...no man is an island...means...tiada sorang pon manusia ditakdirkan tuk bersendiri lam doniaa ni..sume pasti berpasangan..jadikk secara otomatiknye jiwe tuk ade sorang kawan tu menjadi2..(mcm poyo kan ayat)...

kawan yg aku mule2 sekali kenal dalam idop aku adalah mase aku berumur 2 tahun...masetu aku br je pindah kat taman yg maju dan berjaya nya itu...die sebaya ngn aku..aku ngn die memang sekepala...tp bukan kongsi kepala ye mcm kembar siam tu...start aku kenal die...ak da jadik mcm setan...wakwakwkakwka...besela..kalo da setan tanduk 2 da jumpe setan tanduk 3...jadikla setan..setan...setan...setan..setan...kakakaka...ak rase boleh dikatekan tiap2 ari aku ngn die merayap sampai ke senja...sangat aktif ya...setan mmg aktif senja2..itu x dinafikan...kekeke..ak dan dia membesar bersama...sekolah bersama...kelas pon same...cuma bile dia masuk darjah berapa ek aku pon lupe...die da pindah sekola lain...tp sume tu x memutuskan kegiatan kitorang..rumah sebela2 je pon..bley lari mane sgt ye x...ak paling tak lupa...bila ade satu minggu tu aku dgn dia selalu bertandang ke sawah belakang taman permata...kat sawah tu ade sungai...yang memisahkan kawasan aku dengan kampung sebelah..kitorang mmg tiap2 ptg lepakking kat sawah tu...yela..kami org banda...jarang2 dpt jumpe sungai...budget mcm lepak tepi pantai la...wawawaw...kdg2 budak kampung sebela tu gayat tgk kitorang kat situ...saje nyemak sekali lepak2king...ak siap plan nak bawak tikar bagai tau ala2 picnic tu..hakhak...air sungai tu jernih gile wa ckp lu...kdg2 kitorang ade jgk masuk2 kaki dalam tu...tp x lame la takut ade pacat...tp 2-3 ari pastu...nafsu kitorang mmg da xley dibendung lg da...dalam ati aku kate "ini x boley jadi..mane bley bazirkan ciptaan Tuhan yg satu ni..kenela nikmatinye" ak dgn dia apalagi..due2 sepakat terjun lam sungai tu dengan sopan...ye diulang ye dengan sopan...hahahha...sbb takut lenjun la..dahle dtg sehelai sepinggang je..mau bogel kaaa? Tapiii...yee tapi....ekspedisi kitorang tidak sampai disitu jee...ak pon bg idea mereng aku kat dia "weh,jom kite ikut laluan sungai ni nak..kite tgk die sampai mane..nanti kite patahla balik" die tu mcm aku je...sume ok je...kakakaka...Maka bermulala ekspedisi kitorang...

Jalan punye jalan...alur sungai tu makin sempit...and kiri kanan penuh dengan semak2...kitorang da start cuak da...pasal dengar bunyik anjing men kejar2 dekat2 situ...tapi ati cekal beb..takut2 gak tp perjalanan tetap diteruskan...pastu bunyik anjing mcm makin kuat gile..mcm da nak dekat ngan kitorang...kitorang pon ala2 askar tgh mengendap anak dare kampung berkemban...dudukla ontok2..senyap2 situ supaya anjing tu x perasan kitorang ade kat situ..kononnnnyela...mcmla anjing tu xley bauu kan ade manusia kat situ...hahaha...lagipon time tu kecik lg mane tau pasal sume tu...and paling penting kitorang mmg tahu kitorang da dekat sgt dgn kawasan merbahaya....sbb kawasan tu mmg banyak anjing liar..pernah la jugak kene kejar ngn anjing kat situ bile ptg2 kitorang buat lawatan sosial kat rumah member kitorang kat situ...hahahahha

Bila anjing tu da x berbunyi lagi and mcm da jauh..kitorang sambungla perjalanan lg..xserik tu...jalan punye jalan sampai la kitorang kat sungai tu punye cabang...start situ sungai tu da makin dalam...and lebar...and deras...hahaha...aku x tahu kenapa semangat aku nak menakluki sungai tu berkobar2 sgt...tp x kene tempatt kan...kalo lah Tuhan tarik nyawa aku time tu..mane tau lemas ke...kene geget anjing ke kan...Tapi nyawa aku panjang lagi keh...Pastu ak rase mcm nak cross sungai tu...dia da bising suh pusing balik tp aku degil gile...entah mcm mane tb2...ak tersalah pijak..ak terpijak bahagian dasar sungai yg dalam..terus masuk sampai dada...hahah lenjun siot...ati da cuak gile vavun da...yela..baju spare xde...tp da lenjun habis....Ak terus buat keputusan..ekspidisi dibatalkan sbb ak da lenjun habis...dia pon da lenjun habis sbb mase aku tergelincir sikit tu ak tarik die sekali kot..koekoekeokeoke....kitorang cepat2 patah balik ke tempat asal...and naik...masetu br teringat..ade hp dalam seluar..masetu aku pakai hp ikan semilang...ala hp nokia 3200 tu..heheh..tgk2 da masuk air hp tu..ak punye pandai masetu pi try2 on hp tu...tp x ley gak...maybe da short...tapi ak malas nak fikir sgt time tu..nyawa aku lagi penting...jap lg balik uma basah2 lenjun mcm ni mau melayang nyawe aku dgn abah n mak..hahah..tau takut...time buat x takut...heheh

Masetu pon da senja..kitorang cepat2 amik brg2 terus jalan kaki balik uma...kalian bayangkan la....sungai tu jaraknye dr uma kitorang lebey kuang 20min jalan kaki...kene lak lalu 2 biji taman..berapa ramai umat yg tgk kitorang lenjun..hahah segan gile time tu tapi perasaan segan tu x ley lawan perasaan takut bile sampai uma nnt..hahhaha...sampai ade yg tegur kitorang "pegi berenang ke?" hahahha..ak x igt la sape yg tanye time tu..sbb jalan pon tunduk2 jalan..takut org kenal..anak sape la ni...huhuhu..sampai kat uma tepat2 azan Mahgrib...cuak gile la nak masuk..sbb mak aku ni jenis kalo lambat balik kene zasss~ Tp Alhamdulillah kene bebel je..tp siap dengan warning...'"Jangan pegi lagi situ" hahahah..

Tapi aku sgt degil2...kepala batu...nak2 pulak due mmg ade tanduk punye olang...esok tu kitorang pegi lagi sungai tu...tp x masuk mandi la..lepak2 king je...tp bile balik mak aku tanye pegi mane...ak kate la pegi sungai...(sungguh jujur ye aku..ak x pandai menipu) heheheh..zasss~ terus kene cantas...hahahha...sakitt woo...padan muke aku sape suh degil nau...lepastu terus insaf..tp kejap jela... eh sowila beb...mane bley bedung kaki harimau...hahhahaha....esok2 tu pegi gak lagi tp kejap2 je sbb takut kene marah kalo balik lambat...sbb pe bile da lepak situ mmg best sgt...bygkan..sawah....tepi sungai...nak cipte sajak pon bley beb...khayal kejap...sedar2 da Maghrib je.....

Beberapa bulan pas exam aku pon pegila saje2 nak tgk sungai tu...wendu la..igt nak menangguk ikan...sbb sebelum2 ni ade jugak niat nak menangguk sbb banyak ikan kat sungai tu..tp x amik port sgt,...tp bile kitorang pegi balik sungai tu....hampa gile..da x mcm dulu...air sungai tu da cetekk...ikan da xde...dan sungai tu da x jernih mcm dulu...da kotor sgt...da jadi mcm tempat salur longkang... Geram je rase....kenapala dorang x tau nak hargai bende2 yg susah lg nak jumpe skg...tibe2 aku emo lak da ni...wendu sehh zaman2 dulu..zaman2 tiada pencemaran...Sejak tgk sungai tu da jd mcm tu ak pon da xde hati nak pg situ lg...sakit atii gua beb...mcm kene toreh2...huhuhu....Tapi aku tetap x kan boley lupe kenangan yg satu tu....kenangan aku ngn dia...

Actually mcm2 yg kitorang buat sebenarnye...nak cete sume sampai bulan depan x siap entry aku ni...tp apa yg aku nak sampaikan....Diala sahabat aku...selalu ade mase aku susah dan mase aku senang...Sume kenangan2 aku dgn dia ak rase xde apa yg boley jd galang ganti...even sekarang pon dia masih ada disitu disaat aku memerlukan...Cumanya....die skg da jd penduduk tetap warga Africa...aku rase die tgh buat persiapan nak sambut Fifa nnt kot...agaggagagaga...jangan mare beb...hahahhahaha..bile nak balik beb...da lame x mandi sungai sesama...jumla kite mandi sungai kat Melaka Wonderland..hahhahaah....



Aku sayang ko sahabat!!

Nilai persahabatan TIDAK akan cair dimusim panas
TIDAK akan beku walau dimusim sejuk
TIDAK akan luruh dimusim hujan
TAPI sentiasa mekar walau bukan di musim BUNGA....

Saturday, May 29, 2010

Mari Bina Masjid!

Aku baru balik dari menghadiri beberapa majlis kawen. Kebanyakan dari kawan-kawan aku la..kawan sepejabat..bekas rakan sekelas...penat gile vavi ok...Mungkin disebabkan hujung minggu ni cuti panjang sbb menyambut cuti Wesak pada Jumaat. So ramaila yg amik kesempatan ni tuk meranapkan duit aku yg sedia ranap ni. Mane taknya...satu hari 2 biji rumah kene attend...due bijik hadiah...selama 3 hari berturut2!! x ke koyak poket tuh? Well kompem ade yg jawab...."dtg makan free sudahla...tayah nak nak hadiah2 bagai" weh...nak kene penampar jepun x? kan aku da mention sume tu kawan2 aku...mestile kene bg hadiah....kalo just jemputan kenalan2 jauh atau br kenal takpela dtg makan free je...and aku secara ikhlasnya mengaku ak harap bile aku jemput korang dtg majlis kawen aku nnt jgn x bg hadiah pulak...wawawawa..


Bile ley merase ni..

Oh! Bila ak akan kawen?? Hahahah...itu mmg satu soklan cepu cemas la beb! Hurm...sape yg x nak kawen beb...sume nak kawen...kawen tu kan bina masjid....dapat pahalaa! Tapi...nak kawen bukan senang...bnyk nak kene prepare...mane nak siapkan duit belanja majlisnye...mane nak siapkan duit pelamin...baju pengantin 3 set siap ngn costume romeo and julietnye...kekekek...AND!!! yang paling penting persediaan untuk memikul title sebagai isteri... Tanggungjawab isteri ni besarrr....kene betul2 persiapkan diri dan mental...kao sume tu x disediakan betul2 dan secukupnya sebelum kawen....u can see guyz...kan banyak dgr kes org kawen cerai..kawen cerai...itu sume kawen xde perancangan yg solid la tu.... Lebih2 lagi kes yg berlaku beberapa bulan lepas...pelajar pintar kita adik halimahton (yeke) baru berumur belasan tahun tp?? da sibuk nak kawen...Adikkk...meh akak nak nasihat ni nyahh...ko ni ikutkan nafsu sangat...ko pernah dgr x dik..ikut hati mati...ikut nafsu??? Lu fikirla sendiri dikk! Mcm mane ko nak handle study yg belum habis...dalam mase yg same jd isteri...pastu nnt katekan termengandung...mcm mane ko nak belajar sampai dpt degreee? Nnnt anak2 pon terbiar...last2nye?? "Kami da takde jodoh nak wat cemana" Itu statement yg paling muak aku nak dgr skg... Tapi da kawen pon kan..nak wat cemana...kalo x diikutkan...lain pula jadinya...


Seee...igt senang nak kawen? Skg sume nak kene ade duittt kehh!

Ak x berniat nak doakan yg bukan2 buat adik..tp ak harap adik tahu kesannya. Yang pasti aku masih belum bersedia untuk bergelar isteri...sbb aku masih banyak yg belum dicapai dalam hidup ini..keje pon tunggang terbalik lg...duit makan pon kadang2 ade kadang2 xde...cemana nak bg makan anak2? Hurm...tp mmg x dinafikan la...naluri nak kawen tu mmg ade....cuma bila? Wallahualam...moga segalanya dipermudahkan Nya... Bagi korang2 yg da teringin sangat nak kawen tu...atau da mmg nak dekat tarikh tuk naik pelamin tu....tapi ade masalah2 mental seperti "alamak..nak letak pelamin kaler apa niii?" atau "aiseyy..apa lagi yg kene setelkan ni?" atau "alamak...besok nak akad nikah duit hantaran x cukup ni?" hahah ok x ley blah masalah yg last tu eh...duit x cukup sile jangan berangan nak kawennn!.. Ok2..kalo korang ade masalah2 seperti yg aku sebut td kecuali yg last tuh....boley la korang rujuk website ni...ak da tgk...(ok ak mmg nak kawen T__T ) SetelKahwin.com Serius banyak info2 yg boleh korang gali bak katew nyew kak ogy...hahahah cekidaouutt beb!

Thursday, May 27, 2010

Bidadari Syurga

Entry kalini aku nak share satu artikel yang aku jumpe lam laptop abah..aku suke artikel ni..and nak share ngn korang...

~Bidadari Syurga~

Bertanya si adik kecik pada sang bidadari berwajah manusia,
"wahai kakakku, mengapakah lemah kaum Hawa itu, asyik bertemankan tangis dan sendu sahaja?" Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia, "Wahai adikku, bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tetapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis dan sendunya itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki..menjadi izzah yang paling gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat daripada kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tapi senjata".

Si adik tidak berpuas hati lalu dipertikaikan lagi
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia" Tersenyum sang bidadari berwajah manusia. "Pernahkah adikku dengar pesanan Illahi pada hambaNya? Wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah s.w.t berfirman lagi antara maksudnya, wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai pada siapa terlebih dahulu Allah swt menyampaikan pesananNya? Pada hamba yang bergelar Ar-Rijjal. Kerana andai sang lelaki menjaga pandanganNya, maka tak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita syurga bergelar Hurun'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Namun wanita yang beriman itu, kata Rasulullah lebih tinggi martabatnya. Bukan fitnah semata-mata jika ar-Rijal dan an-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Illahi itu. Sesungguhnya wanita yang beriman dan solehah itu lebih baik daripada seribu lelaki yang soleh"

Adik masih tidak berpuas hati.
"Tetapi kakakku, kenapakah wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu?" Sang bidadari menguntum senyum penuh makna. Aduh! Terasa semakin terasa mendalam sayang kepada penghuni Jannah ini. "Wahai adikku sayang, Al-Haya' itu ada didalam setiap diri insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan Al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana Al-Haya nya lebur, iman nya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik..merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi. Namun adikku, wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu"

Adik garu-garu kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yang soleh didunia? Bagaimanakah adik hendak kenali mereka?" Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga Allah merahmati mujahid kecil ini. Berjihad di dalam dunianya sendiri? "Wahai adikku, di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali dengan wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pada hatinya..pada akhlaknya."

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. Namun adikku, jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu. Kerana dalam hati mereka, tetap ada satu permata indah..perasaan cinta pada Allah. Kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. Adikku, mereka ini tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak Allah. Cuma kadang2 terma solehah itu terasa berat di bahu mereka. Kadang mereka takut pada persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya wara' itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalag wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa. Allah tidak menjadikan makhluk ini tanpa tujuan dan garis panduan. Allah tidak zalim kepada ciptaanNya bila mana die menciptakan Hawa itu dari rusuk Adam, Dia telah mengetahui apakah sebaiknya buat makhluk bergelar Hawa ini. Ditinggikan martabat golongan Hawa ini. Tetapi sayang, golongan Hawa ini kadang2 merendahkan martabat mereka yang Allah jadikan penuh kemuliaan.

Wahai adikku,
1001 keindahan penciptaan wanita.Pandai2 la dikau menilai, antara permata dan debu2 kilauan pasir. Wahai adikku, wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti..amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. Tapi..epal yang tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik,susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi..elok sifatnya, sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya. Mungkin bukan didunia tpi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan didunia,asalkan cinta Illahi mengiringinya. Tak semestinya dipetik di taman dunia kan? Tapi lebih bermakna bila Allah sendiri mengarahkan hamba yang disayangiNya untuk memetik di taman di akhirat kelak" Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yang besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya kini sudah berakhir buat masa kini. Pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku..sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata Allah swt..kamu kanak2 adalah penghuni syurga! Alangkah bertuahnya dirimu adik..dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia..berhakkah aku menjadi bidadari syurga??

Wallahu'alam

Wednesday, May 26, 2010

Adnan Sempit [VS] V3 Samseng Jalanan

Aku tahu agak kelewatan untuk aku post entry ni..Dan agak ketinggalan jugak untuk aku post entry ni tapi aku da tak boley nak terus-terusan menyimpan perasaan yang menggelodak di dalam dada...(ayat nak mcm haram kan..

Bukan apa walopon tajuk filem kat atas tu due2 da lama ditayangkan tp sebenarnya baru je minggu lepas aku tengok cete V3 tuh. Tu pon aku tgk siap langkau2 lagi..Kire tak tgk dengan penghayatan la sbb ak x tau tang mana yg aku nak hayati lam cete tu.

Lepas beberapa hari aku balik dari wayang menonton filem Adnan Sempit yang box office berjuta-juta lemon tuh..tiba2 aku terbaca satu entry dari pengarah muda/aktor yg sangat kacak (kacak ke)...Aku x tau la tang mane yg kacaknye aktor sorang ni sbb ak rase mmg ramai wanita2 yg dok tergile2 kan die. Tapi ak steady je...heheh mungkin sbb bukan taste aku kot. (Ok da menyimpang ni)

Al kisahnye dalam tulisan blog dr pengarah muda ni mengatakan bahawa filem Adnan Sempit tu menciplak hasil arahan die iaitu V3 Samseng Jalanan. Dikatakan juga hanya pada awal cerita dan penghabisan cerita Adnan Sempit sahaja yang original..yang tengah2 sume dok ciplak cerita dia..

Tapi bile aku saje la nak try2 tgk cete V3 Samseng Jalanan tu untuk cari dimana persamaan yang diura2 kan tuh. Budget nak mengutuk la sbb ciplak2 idea org pastu dpt untung juta2 mestila satu perkara yg tidak sihat kan..so bile ak da tgk je V3 tu..(xsampai setengah pon cerita) aku da naik bosan. Ak x faham sebenarnya..Ak x faham sgt jalan cerita..susunan plot yg terabur...scene2 yg xde moral values..and paling penting ak x tau langsung atau x nampak langsung dimana kah persamaan nye dengan adnan sempit?? Yang aku nampak persamaanya mungkin pada pemilihan pelakon dan watak mat rempit duk usyar eksekutif wanita. Yang lain totally not same..

V3 Samseng Jalanan

So cud anyone tell me? Samada mmg aku yg tuli x tau nak nilaikan sesebuah filem tu atau mmg betul kata2 pengarah muda itu tidak berasas sama sekali.Dan aku sendiri tidak hairan bile pengarah muda itu kata filemmnya da lame ditahan oleh lembaga penapisan filem.Xsilap dr tahun 2008 lagi katenye.Bagi aku filem ini langsung tidak boleh ditayangkan. SEBAB... yang pertama...ak dapati cerita itu tiada moral values yang kuat. Ada mmg ade tp x kuat..cerita itu boleh menyebabkan lebih ramai mat rempit bangga menjadi mat rempit. Banyak unsur lucah..laki duk tido uma pempuan yg baru je dikenali...pelakon siap tunjuk jari hantu..siap tunjuk seluar dalam...OMG. i don think it is suitable for viewers under 20..hahhaha...dan yang pasti ak x faham...plot terabur...tb2 je pg kL..tb2 je jatuh cinta..tb2 je nak kiss sana sini..bnyk sgt tb2 lam cete ni...

Berlainan pulak dengan Adnan Sempit. Crita berbentuk santai + komedi. Walopon mengisahkan ttg mat rempit..tp moral values sgt banyak..bagaimana ditekankan tidak sume org yg bawak motor tu mat rempit..cara2 bwk motor paling selamat dan kelas A..haha...Ak sangat enjoy tgk cete Adnan Sempit..and believe it or not ak da 5 kali ulang2 tgk cete tu. X pernah busan...

Adnan Sempit!!

Walao bagaimanapun aku doakan moga pengarah muda tersebut ambil ini sebagai iktibar atau kutip sebagai satu ilmu + cabaran dalam mengarahkan filem. Cubaan beliau nak mengarah filem amat aku sanjung dan aku amat galakkan...sbb kita mmg perlukan lebih ramai pengarah berbakat supaya industri perfileman kita pulih. Cuma ak berharap beliau terus memperbaiki dan tambah berganda-ganda lagi usaha tuk memperbaiki mutu filem yg diarahkan.. Kita sume da muak nak tgk filem rempit2 mcm tu atau drift2 mcm Syamsul buat tu..muak doe..Buat la cete lain yg bg lebih banyak moral values daripada memaparkan lebih banyak bende2 yg x bermoral.

!!!MAJULAH INDUSTRI PERFILEMAN MALAYSIA!!!