Pages

Monday, January 3, 2011

Kenapa "Harimau Malaya"? Kenapa tidak "Harimau Malaysia"?

Sebelum aku meluahkan pendapat aku dengan panjang lebar....di bawah adalah satu petikan yang diambil dari Berita Harian ;)

Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”.
Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.

-Berita Harian

Baru-baru ni negara kita diharumkan dengan kemenangan besar skuad bolasepak Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010... Honestly aku takdela minat bola pun. Tapi mase demam bola ni aku tengok jeling2 je..tapi mase Malaysia tewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil...terus buat aku berkobar-kobar mengikut perkembangan dorang!

Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga sebab akhirnya kita menang dengan maruah walaupun skuad kita digugat dengan jutaan pancaran laser.. Tapi itu sume bukan penghalang! Kalau sudah takdir tuhan kemenangan itu milik kita, berbangga dan bersyukur lah!

Tapi sayangnya dalam banyak2 berita yang aku baca, hati aku sungguh tersoyat membaca berita seperti di atas! Kenapa perlu pertikaikan sesuatu yang budak darjah 6 pun boleh tahu apa itu Harimau Malaya! Hello~  budak darjah satu pun da belajar jenis-jenis haiwan dalam Malaysia kot! Inikan pulak belia-belia...

Sila google di internet..atau paling tidak pun wikipedia apa itu Harimau Malaya~ Harimau Malaya adalah sejenis harimau yang  terdapat di Semenanjung Malaysia... Nama sejenis haiwan je pun... Mana ada dalam kamus haiwan wujudnya spesis Harimau Malaysia? Waduhhh~ Belia-belia ini harus buka minda positif...jika kita letak Harimau Malaysia..nnt org luar tanye.. Harimau Malaysia ni apa? Apa kite nak jawab?

Ok maaf jika agak menyimpang.....aku pernah terbaca di satu forum di mana ade kebanyakan rakyat Sabah/Sarawak tidak mempunyai semangat satu Malaysia... Ada yang cakap kalau boleh tidak mahu bergabung dengan Semenanjung untuk membentuk Malaysia la...mahu berdiri sendiri la...Lebih maju jika tidak berada dalam Malaysia laaa... And sebelum ni pernah x korang dengar yang Sabah Sarawak ni bangga dengan skuad bolasepak Malaysia selama ni? Ada x? Tapi bila skuad kita da berjaya mencipta nama di peringkat dunia baru la nak timbul soal satu Malaysia?? Oh!...  Ikhlas aku katakan selama ni walaupun skuad bola sepak kita atau mana2 wakil sukan negara Malaysia tidak meraih kemenangan dalam ape2 pertandingan..tidak pernah aku mencaci mereka..kecewa itu pasti ada...tp merendahkan warga kita sendiri?? Malula wahai rakyat  jelata...jangan biarkan fikiran kita terlalu mengawal emosi kita sehinggakan kita semua berpecah belah... Bersatu kita teguh bercerai kita roboh!!! Negaraku Malaysia!