Pages

Tuesday, July 6, 2010

Lelaki kaki kikis?



Biasanya bila sebut kaki kikis secara automatiknya pasti korang akan cakap perempuan la kaki kikis. Tapi zaman sekarang da berubah. Dulu memang banyak perempuan kategori macam ni sebab mereka tidak belajar tinggi, so mereka ni cuma perlu cari lelaki kaya untuk dijadikan sumber kewangan mereka. Tapi zaman sekarang lagi banyak lelaki menganggur sedang ramai wanita memonopoli jawatang-jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat. Jangan terkejut pulak ya...ingat tak ada ke lelaki spesis macam ini? Aku sendiri pernah terjumpa dan nasib baik tidak terus jadi mangsa!

Hidup nak mewah tapi malas bekerja. Kalo kerja pon asal jalan saja! Jadi pencuci kereta, jadi penjaga kaunter, jadi pomen, atau apa-apa la kerja yang tidak memerlukan sijil-sijil tinggi. Tapi niat nak bergaya dengan barang yang berjenama tetap ada. Makanya jadikan perempuan berkerjaya dan bergaji tinggi sebagai mangsa.

Saturday, July 3, 2010

Gila Bola!

Haihh...aku ni sebenarnya bukanlan peminat fanatik bola sepak. Memang tak minat pun. Tapi disebabkan skg ni tengah musim bola, aku bukak le blog sape-sape pun semua dok cerita pasal bola. Sampai aku dah takde idea ha nak update pasal apa... *Sigh

Kalau mase aku tingkatan 1 dulu boleh la nak join cerita-cerita bola ni. Sebab masetu aku terikut-ikut member2 yang gila bola ni. Siap buat satu buku khas and then tampal segala bagai gambar pemain bola sepak dalam tu. Tapi skg ni dah xde da. Nama pemain bola yang aku ingat sekarang pun cuma satu Michael Ballack. Hahahah lain-lain tak tahu la hatta pemain bola sepak Malaysia sekalipon aku tak kenal. Maaflah ye! Meh aku nak tepek sikit gambar-gambar orang yang fanatik gile dengan perlawanan bola sepak ni. Macam-macam perangai.. hoohohoho~