Pages

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Kerajaan tidak serius!

Dah lama hendak aku ketengahkan isu ni walaupun perkara ini dah lama jadik buah mulut. Selama aku hidup ni selalu sangat dengar Kerajaan Malaysia tidak benarkan artis2 luar yang buat persembahan di Malaysia berpakaian menjolok mata atau SEKSI.. Sampaikan kalau ada artis mat salleh yang seksi maut punye memang di banned terus dari membuat konsert di Malaysia! Tapi yang aku hairan bin ajaib sangat2 ni... Kenapa kerajaan tidak lakukan perkara yang sam terhadap artis2 Malaysia tu sendiri???? Artis luar negara x bley pakai seksi.. Tapi artis MELAYU kite pakai mcm nak tersembul semua yang ada kat badan depa tu!. Apa ni? Mana intergriti mereka dalam melaksanakan undang2? Sepatutnya artis Malaysia yang berpakaian seksi pun WAJIB di banned dari terus muncul di kaca tv! Yang si Faizal Tahir bukak baju terus di gam! Yang popan "TAK PAKAI BAJU" makin hari makin kerap lak kuar TV? WTH???







Sumber gambar : GOOGLE...

Aku malu mengaku mereka ini saudara seagamaku =___= 
Its like....bile foreigner tanye "are they moslem?" and i like..."errrr..."

Saturday, April 16, 2011

Merepek apa ni??

Aku adalah penganggur terhormat! Duduk rumah bersenang lenang makan minum sume beres. (oh takdela beres sgt..beres bahan2 je la tapi aku chef!) Nak duit? Mintak tabung amanah bumiputera je! Aku ada 3 tabung. ehheheh! Hobi masa lapang aku adalah bukak lappy kesayangan aku and mula menggoogle. Aku suke gugel resepi2 baru (no wonder mak sanggup penuhkan peti ais dengan segala jenis ikan dan daging untuk merasa masakan aku setiap hari! aku tau aku masak superb..) Kalo tidak menggugel aku akan melayan fesbuk yang busan gile...nak chatting ngn balak? Harap ampun nak nampak muke die siang2. So sambil menggugel aku bukak je tb tu. Astro ade berpuluh channel. Tukar je kalo rase cete tu bosan.



Tapi tau2 je la Astro... Setiap bulan bil makin bertambah tapi cerita dok ulang2 benda yang sama! Wut de fish tol! Seb bek bukan aku yang bayar Astro bil. Kalo aku ade rumah sendiri aku tak beli Astro bagai ni. Aku beli muvie teater yang ade speaker penuh satu hall room. Pakai flat screen saiz paling besar.  Aku kumpul sume dvd vcd ape2 cete biar sampai seplo tingkat! Puas hati! Even tengok ulang2 pun bil aku tetap pada paras yang sama!

Ok untuk hujah yang seterusnya! (gile skema) aku tertengok satu cete ni. acdimana?acdisini!!! Aku seyes la tak tahu apa motif die buat tag line macam tu. Apa maksud die DISINI? adakah die ada di situ 24 jam untuk bergosip? atau sedia memberikan bantuan 24 jam disitu? atau ape? pleaseee! tolong kasik aku faham. ok tu satu hal. yang jadik hal nye adalah... ko merepek apa daaa. Aku x faham langsung lawak apa yg nak sampaikan sebenarnye. Aku satu inchi pun tak ketawa ko melawak. Lawak x jadik. Lawak kategori syok sendiri. MrBean lagi best dow. ...bosan gile. Tu belum lagi tengok die jadi pengacara Maharaja Lawak. X best. tu je aku bley cakap. Sorry.  Aku x faham apa ko merepek.

Nak kata bagi peluang tunjuk bakat ase nye da lama die ni cube2 jadi pengacara. Start af lagi... x menjadi la bro. Pengacara bukan bidang hang. Pi jual gelang jela... boley kembangkan bisnes tu lg.. Fokus je satu bidang yang betul2 hang bley majukan diri lagi ke depan. Lagipun bro..dunia hiburan ni rezeki berkat ke?

Sunday, April 10, 2011

Jimmy Shanley...if only..

Oh yezza! Trademark Jimmy yang sehingga kini melekat kat mulut comel aku ni tau! Trek Selebriti memang menjadi peberet aku suatu ketika dulu..dikala aku bergelar remaja. Bukan sebab nak tengok artis tp sebab nak tgk Jimmy! Jangan x pecaya lak hahaha. Buang mase nak tengok gosip murahan artis ni takde pekdah. Siaran-siarang gosip ni cume kau bukak bile betul-betul xde siaran yang menarik nak ditonton.



Tadi tertekan chanel melodi. Tengok part Jimmy je. Jimmy memfailkan tuntutan nusyuz ke atas isteri. Sorry nama isteri die aku x tahu. xde pekdah pun aku nak tahu. Orang kaya mmg mcm ni ek? Guna kuasa dan duit untuk menganiaya org lain. Please kalo dr awal x suke Jimmy sila jangan rampas Jimmy dari aku! ehhe terlebey sudah! Sila jangan ajak Jimmy kawen. Then sesuka hati la plak nak tinggal2 kan. Dari Melodi td aku buat kesimpulan sendiri. Adakah Jimmy telah dijadikan pak sanggup oleh wife die tu? Aku terkejut gak tengok pic2 sosial wife die tu and tah kenapa tetibe terpacul persoalan mcm tu. Adakah Jimmy dijerat menjadi pak sanggup?

Kalau betul...shame on u la kepada si isteri. Kasihan Jimmy sejak dr awal perkahwinan telah dituduh nak harta bini then skg bley lak ditinggalkan terkontang kanting. Jimmy dari mula cerita ni panas memang aku ikuti jugak. Jimmy seboleh-boleh menutup aib isterinya. Tapi kesabaran seorang suami ada batasnya. Bersediala wahai isteri. Jangan ingat da kawen ngn Jimmy bley tutop mulut org. Its a big damn mistake :)

If la ek..if only aku ni cantik persis model (wow!) and if only aku ni bukan orang kebanyakan...da lame Jimmy  akan ku tekel hehehe. And Jimmy akan di jage dengan baik dan rapinye oleh aku. Percayalah. Aku heran kenapa bile da dpt suami yg baik mcm ni tetap nak sia2 kan. Kalo x nak sile bg sy! Ill take a gud care of u Jimmy   =)

p/s sumpah air mate aku jatuh bile Jimmy menangis td huuuu

Tuesday, March 22, 2011

Alahai Yunaa...

Pastinya semua orang dah tahu pasal gaya tudung yuna terbaru kan. Sebelum ni kite kenal yuna dengan gaya tudung yang sopan and sweet gila..Sampaikan yuna menjadi trendsetter untuk remaja-remaja bertudung ala Yuna.. Tapi...syg seribu kali syg...kenapa Yuna turunkan taraf bertudung awk yuna? Dari yang bertudung litup...da macam bungkus membungkus...tetibe jadik lak yang macam tak cukup kain?



Sebenarnya manusia ni suke meletakkan sesuatu kesalahan ke atas orang lain. Lebih-lebih lagi dalam soal menutup aurat. Katanya sesetengah pelakon, mereka membuka dan menutup aurat sesuka hati kerana dia artis. Perlu ikut kehendak skrip. Maknanya skrip lebih mulia agaknya dari agama tu sendiri. Tapi apa pula jawapan yuna? Adakah mengikut kehendak lirik lagu?

Walau apa pun alasan yuna.. Tindakan dia adalah sangat tidak patut. Kerana dia adalah public figure. Suatu masa dulu die adalah trendsetter untuk imej bertudung. Tidakkah dia terifkir bahawa tindakannya itu boley menggoyahkan juga remaja-remaja di luar? Bila semakain ramai yang ikut fesyen yuna di atas... Dose mereka yuna akan tanggung. Sanggupkah dia? Wallahualam. Apa pun aku berharap sangat Yuna tidak akan teruskan dengan feseyn sebegini. fesyen ini hanya fesyen warga africa di luar sana saja yee.. tak sesuai untuk muslimah kita. :) JANGAN MERAJUK YAA~

Sunday, March 20, 2011

Rendahnya mentaliti artis sekarang...

Makin hari...kita lihat artis kita da macam artis hollywood... Pakai baju dedah sana.. dedah sini. Dan yang paling tak tahan artis tu semua melayu dan beragama ISLAM. Aduh.. bila di tanya.. katanya seksi itu fesyen! Seksi itu hanya sekadar suka-suka. Hello..awak tahu tak bila awak jadi artis, awak akan jadi pulic figure. Awak akan dijadikan ikutan. Boleh tak bagi contoh yang semenggah sikit? Tapi kebanyakan nya yang suke sangat dok tayang sana-sini tu artis baru nak up! Aduhh... Dah tak ada cara lain ke nak glemer? Perlu ke tayang sana-sini?

Berbeza dengan artis-artis yang sudah lama dalam industri hiburan ni..Terbaru yang aku dengar tentang Ziana Zain sanggup tinggalkan lokasi shooting Majalah EH! hanya kerana pakaiannya tidak sesuai! Baju bareback katanye. Lepastu kecoh la setaman katanya Ziana Zain tidak profesional!  Statement macam  tadah muka minta kene sembur dengan pembaca je tau! Pembaca tidak bodoh.. Mereka pandai nak menilai siapa yang tidak profesional!  Majalah-majalah hiburan sekarang memang majalah sampah! Aku da lama x beli majalah hiburan sebab nye ini la.. Cerita x habis2 nak menjatuhkan orang. Konon nya tanpa MH artis x boleh naik. Tolong la..mazhab mana korang pakai? Aku ni tak beli pun MH tapi kenal je artis2 kat Mesia ni sape? Lebih-lebih lagi content korang sume nye cilok aka copy paste kat internet! Kesiann kan? (ok emo sudah)

Berbalik pulak pada tajuk entry...banyak sangat pulak artis-artis yang baru nak up ni semakin berani dari artis-artis lama. Bukan berani nak sahut cabaran dalam industri seni tapi berani nak bukak sana sini. Alahai kesian kan? Apa yang aku x ley blah kan..ade satu artis ni (artis ke? aku x tahu apsal aku x pernah dengar langsung nama minah ni) kata die berpakaian seksi untuk membuat kelainan! wOw! kelainan apa ye?Serius aku x kenal sapa Miera Liyana ni? Sape ek! Huhuhuhu...

Wednesday, March 16, 2011

Tok Berlagak Penipu?

Baru ni tadi aku pegi ke pekan nak beli juadah tengahari...sebelah tu ada kedai jual suratkhabar. Aku pun dok skodeng laa tengok apa tajuk berita best harini. Skodeng punye skodeng ada la beberapa headline yang x ley blah. Macam da kekeringan idea je sume reporter ni. Anwar bakal bebas lah.. Potong kemaluan suami la.. (bab ni aku takut nak baca..ngiluu) hahah... Tib0 tibo den terpandang satu headline yang sangat den terkojot.. TOK BERLAGAK DARUL SAKA. Komain bosar lagi haa.. Den tahu pasal TOK BERLAGAK ni pon pasal member den kemain  suko laie baco blog tok berlagak ni. (den sajo cakap baso nogori ni nak amik mood sikit pasal tok berlagak suko cakap nogori) hehehe... Apo lai toghus den suh adek den poi sambar solai. Den nak gak tahu apa kes samapi glemer tok berlagak aghini...

Balik jo gumah terus den baco headline dulu.. Den google la nak tahu.. Tapi tak banyak maklumat lagi. Mungkin sume org tak baco paper lagi ko atau sume x minat nak bace metro pakar putar belit fakta dunia ni.. huhuh... Den selak...ade sorang makcik ni yang jadi saksi. Den maleh la nak bekap sapo-sapo dalam hal ni. Den x ponah lai jumpo tok berlagak. Dan den pun x kona sapo makcik dalam paper tu yg menghentam tok. Tapi satu jo la den nak bgtahu metro. Ini bab agama. Bab suko-suko nak menyosatkan orang lain dengan hanya bersaksikan makcik tu. Metro.. sebelum dok menyosatkan orang bori dulu bukti sahih!! Rakaman ko..bidio koo.. Baru boley report kat Jabatan Agamo. Ni suko-suko la ekau dok menyosatkan orang dalam paper. Berdoso bosar ekau tahu! Renung2 kan lah.. Lai sokali den nak kobar.. Den x bekap sapo2.. den cumo nak jiko betul Tok Berlagak sosek..boi bukti sahih.. bukan mcm gini caro eh..  Kalo adik badik kito kono mcm ni tibo2 kono hontam sosek lam paper apo porasaan ekau sumo? Wallahualam laa...

p/S: den masih terfikir dan memikir kenapo KRU  x sudi jomput Metro ke tayangan Merong Mahawangsa? hehe
p/s/s: sori jugak pasal den taknak tempek pun keratan akhbar tu pasal...samo mcm subahat..mcm bersetuju lak dengan isi akhbar tu kan.den takmo sosek jugak meyosekkan orang...dah ado bukti sok baru den tempekkan sekali dongan bukti sahih nyo yoo~

Wednesday, March 9, 2011

Ada apa dengan Shah Jazle?

Sejak seplo menjak ni...nama Shah Jazle tak habis-habis orang dok bercakap.. Sape Shah Jazle ni? Dah le nak taip nama pun terbelit jari den kat kibod niaa.. Apatah lagi nak kenal orangnyee... Bile den dok gugel and sebagai nye baru le den dapat tengok mukenye....

TAPIIIIIIIIIIIIIIIII sorry to say wa x kenal lu la shah camno ni! Pueh den dok pikiaq punye pikiaq lu berlakon cete apa? tetap jugak tak tahu! Harap ampun la~ Bile tengok iklan TV3 baru den tahu satu cete yg die ni berlakon.. Gemilang... Baru tu je la den tahu..cete lain den tatau. Sebab den raso x populer pun dio ni. Muke x hensem pun! Hensem lagi  Rosyam Nor! 

 Letak kecik2 je da le..semak~ huhu

Jap2 kuar bercinta ngn Maria Farida..jap2 ngn sape tah nama pompan tu (Lagi satu orang x baper nak popular yg den x ley langsung nak igt nama lu!) Betul kata kak Maria lu orang dua orang ni artis yang baru nak up! Nak up pulak bukan dengan hasil lakonan yang best tapi dengan hasil mengotorkan nama dan membusukkan nama sendiri untuk cepat glemer!! Meh nak story la sedare Shah Jazle..Artis nii dari zaman tok nenek lagi la kan...kalau die cepat glemer dan naik disebabkan hanya cerita gosip....maka cepatla korang lingkup jugak dalam dunia seni ni~ X kemana laa haaa harap ampun laa! Jom tengok 5 tahun lagi apa pencapaian ko yeee Shah !

Monday, January 3, 2011

Kenapa "Harimau Malaya"? Kenapa tidak "Harimau Malaysia"?

Sebelum aku meluahkan pendapat aku dengan panjang lebar....di bawah adalah satu petikan yang diambil dari Berita Harian ;)

Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”.
Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.

-Berita Harian

Baru-baru ni negara kita diharumkan dengan kemenangan besar skuad bolasepak Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010... Honestly aku takdela minat bola pun. Tapi mase demam bola ni aku tengok jeling2 je..tapi mase Malaysia tewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil...terus buat aku berkobar-kobar mengikut perkembangan dorang!

Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga sebab akhirnya kita menang dengan maruah walaupun skuad kita digugat dengan jutaan pancaran laser.. Tapi itu sume bukan penghalang! Kalau sudah takdir tuhan kemenangan itu milik kita, berbangga dan bersyukur lah!

Tapi sayangnya dalam banyak2 berita yang aku baca, hati aku sungguh tersoyat membaca berita seperti di atas! Kenapa perlu pertikaikan sesuatu yang budak darjah 6 pun boleh tahu apa itu Harimau Malaya! Hello~  budak darjah satu pun da belajar jenis-jenis haiwan dalam Malaysia kot! Inikan pulak belia-belia...

Sila google di internet..atau paling tidak pun wikipedia apa itu Harimau Malaya~ Harimau Malaya adalah sejenis harimau yang  terdapat di Semenanjung Malaysia... Nama sejenis haiwan je pun... Mana ada dalam kamus haiwan wujudnya spesis Harimau Malaysia? Waduhhh~ Belia-belia ini harus buka minda positif...jika kita letak Harimau Malaysia..nnt org luar tanye.. Harimau Malaysia ni apa? Apa kite nak jawab?

Ok maaf jika agak menyimpang.....aku pernah terbaca di satu forum di mana ade kebanyakan rakyat Sabah/Sarawak tidak mempunyai semangat satu Malaysia... Ada yang cakap kalau boleh tidak mahu bergabung dengan Semenanjung untuk membentuk Malaysia la...mahu berdiri sendiri la...Lebih maju jika tidak berada dalam Malaysia laaa... And sebelum ni pernah x korang dengar yang Sabah Sarawak ni bangga dengan skuad bolasepak Malaysia selama ni? Ada x? Tapi bila skuad kita da berjaya mencipta nama di peringkat dunia baru la nak timbul soal satu Malaysia?? Oh!...  Ikhlas aku katakan selama ni walaupun skuad bola sepak kita atau mana2 wakil sukan negara Malaysia tidak meraih kemenangan dalam ape2 pertandingan..tidak pernah aku mencaci mereka..kecewa itu pasti ada...tp merendahkan warga kita sendiri?? Malula wahai rakyat  jelata...jangan biarkan fikiran kita terlalu mengawal emosi kita sehinggakan kita semua berpecah belah... Bersatu kita teguh bercerai kita roboh!!! Negaraku Malaysia!

Thursday, November 18, 2010

Cinta "syhhhh.." Uncle Seekers?

Pasti korang semua da tahu dan dah baca semua chapter pasal cerita terhangat sekarang ni kan. Mengenai kisah cinta antara dua darjat ni. Aku baru je baca semua sekali dalam masa setengah jam sahaja. Aku baca satu persatu dan aku abaikan komen-komen yang ada di bawah setiap post tersebut. Biar aku sendiri yang membuat spekulasi tanpa terpengaruh dengan komen-komen yang ada. Di dalam hati , aku cuba untuk membaca dengan positif supaya aku boleh faham apa yang cuba disampaikan oleh Uncle.

Secara keseluruhannya (Sampai chapter 6) apa yang aku boleh simpulkan disini adalah... Cerita itu benar.. Tiada tokok tambah..tiada unsur2 memfitnah..tiada unsur mengugut..atau tiada langsung unsur2 riak. Semua ayat-ayat disusun dengan ringkas dan mudah di fahami. Tenang. Terus terang aku katakan aku masih tidak dapat menangkap apa motif sebenar cerita ini ditulis. Tapi dari sudut lain..aku yakin Uncle cuma mahu menegakkan kebenaran. Kebenaran dimana dirinya di aniaya. Biasalah orang-orang kaya ni nak tutop cerita buruk pasal mereka senang je.. Pakai polis atau pakai samseng.  Orang-orang yang tak punya apa ni la yang selalu jadi mangsa. Jadi mungkin Uncle menggunakan segala kudrat yang ada untuk membersihkan nama dia dan keluarga dari fitnah orang-orang berada ni.
Dari komen yang ada..ramai betul yang menggunakan bahasa2 kasar dan kesat meminta Uncle berhenti mengaibkan nama Tuanku Permaisuri...tetapi persoalannya....siapa pula yang nak membersihkan aib yang telah tercalar pada Uncle selama ni? Pada aku jangan terlalu cepat membuat penilaian....kita yang tidak tahu hujung dan pangkal boelh sewenangnya melemparkan kata nista.. Tapi orang yang menanggung pasti tertekan.Kita sendiri pun kalau dalam situasi kita tidak bersalah tetapi teraniaya...sebolehnye melakukan sesuatu untuk membersihkan maruah kita kan? Begitu juga Uncle...cuma caranya berbeza..

Dari komen-komen kasar dan makian yang ada aku yakin ianya datang dari satu sumber dan kumpulan yang sama... Sebab lebey kurang je ayat heheheh.... Setiap chapter Uncle ada sebut.. Jika ianya terbukti fitnah dan dengan tujuan mengaibakan dia sanggup disaman dan dipenjara.. Sekarang aku pula nak tunggu penyataan seperti ni keluar dari pihak "sana" "Jika apa yang ditulis Uncle adalah benar belaka (termasuk dirinya ditendang dan dibelasah) "mereka: sanggup disaman dan dipenjara! BILA EH BILAA BILAAA? HAHHAHAHAHAHAHHAHA

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELEBUNGI MISTERI....


Thursday, July 15, 2010

Janda selalu dipandang hina...


Dah seminggu tak update blog. Sebab pergi ke Perak menguruskan adik yang baru je nak daftar kolej. Pastu tambah lagi dengan cuti-cuti Malaysia...heheh . Cerita tentang ramalan Paul si sotong bijak mengenai kemenangan Spain dalam World Cup pon aku rase da basi untuk aku buat entry...So tajuk entry yang sesuai untuk kali ni aku rasa pasal janda.

Bila sebut je janda komfem ramai wanita-wanita tak kirala berstatus isteri ke waima berstatus girlfren sekalipun pasti akan menjauhkan diri dari mereka2 ni. Takut la kalau2 pakwe atau suami tergoda penangan janda. Rata-rata lelaki pasti cakap..janda ni banyak pengalaman berumahtangga. Haiii...bila lah agaknye label sebegini akan hilang? Sebenarnya bukan senang nak hilangkan jika mereka sendiri tidakpandai menjaga diri selepas bergelar janda.

Tuesday, July 6, 2010

Lelaki kaki kikis?



Biasanya bila sebut kaki kikis secara automatiknya pasti korang akan cakap perempuan la kaki kikis. Tapi zaman sekarang da berubah. Dulu memang banyak perempuan kategori macam ni sebab mereka tidak belajar tinggi, so mereka ni cuma perlu cari lelaki kaya untuk dijadikan sumber kewangan mereka. Tapi zaman sekarang lagi banyak lelaki menganggur sedang ramai wanita memonopoli jawatang-jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat. Jangan terkejut pulak ya...ingat tak ada ke lelaki spesis macam ini? Aku sendiri pernah terjumpa dan nasib baik tidak terus jadi mangsa!

Hidup nak mewah tapi malas bekerja. Kalo kerja pon asal jalan saja! Jadi pencuci kereta, jadi penjaga kaunter, jadi pomen, atau apa-apa la kerja yang tidak memerlukan sijil-sijil tinggi. Tapi niat nak bergaya dengan barang yang berjenama tetap ada. Makanya jadikan perempuan berkerjaya dan bergaji tinggi sebagai mangsa.

Saturday, July 3, 2010

Gila Bola!

Haihh...aku ni sebenarnya bukanlan peminat fanatik bola sepak. Memang tak minat pun. Tapi disebabkan skg ni tengah musim bola, aku bukak le blog sape-sape pun semua dok cerita pasal bola. Sampai aku dah takde idea ha nak update pasal apa... *Sigh

Kalau mase aku tingkatan 1 dulu boleh la nak join cerita-cerita bola ni. Sebab masetu aku terikut-ikut member2 yang gila bola ni. Siap buat satu buku khas and then tampal segala bagai gambar pemain bola sepak dalam tu. Tapi skg ni dah xde da. Nama pemain bola yang aku ingat sekarang pun cuma satu Michael Ballack. Hahahah lain-lain tak tahu la hatta pemain bola sepak Malaysia sekalipon aku tak kenal. Maaflah ye! Meh aku nak tepek sikit gambar-gambar orang yang fanatik gile dengan perlawanan bola sepak ni. Macam-macam perangai.. hoohohoho~

Friday, July 2, 2010

Makan dalam jamban?

Korang pernah tak buat perangai seludup makanan dalam jamban.  Yelah mana tahu...bila bulan puasa tak nak kantoi tak puasa. Bawak la sume makanan lepastu lahap dalam jamban. Yarkss! Nak duduk lama-lama dalam jamban pun dah rasa nak termuntah. Inikan pulak makan dalam jamban.. Tapi aku pun pernah gak buat. Masa tu darjah 3 kot masa sekolah rendah. Ada pendidikan jasmani. Bulan puasa pulak tu. Lepas je tukar pakaian senaman dalam jamban, then rasa haus gila. Yelaaa ada ke bulan puasa disuruh berlari-lari keliling padang. Cikgu tu takpela lepak tepi je bagi arahan. Aku pun tegukla air paip dalam jamban tu. Tapi lepastu muntah balik sbb air paip tu rasa macam air kumbahan ditambah pulak dengan bau jamban yang macam haram tu.

Tapi lain pulak dengan diorang ni. Makan dalam jamban ni ada feel pada mereka agaknya. Sampai di Taiwan ada yang terkeluar idea buat restoren ala-ala jamban gitu. Toilet bawl restaurant.. Aku tengok nye pon x selera! Hohoohoho

Thursday, July 1, 2010

(Video) Wondergay - Nobody Bayot

Hiburan Hujung Minggu!  Jom kite ramai-ramai join eksesais! Hahahahah



Thursday, June 24, 2010

Orang ketiga..Perlu atau tidak??

Selalu kite dengar..kes-kes di mana bila awek atau pakwe merajuk atau buat perangai...pasangan ni tadi akan rase tensen gile. Bila da rase tensen gile..pasti die memerlukan masa untuk menenangkan diri sendiri. Layan perasaan org kate..atau mungkin cari orang ketiga untuk meluahkan perasaan sedih atau marah yang terbuku kat dalam benak tu. X kirala orang ketiga itu lelaki atau perempuan...saudara atau kawan2...asalkan ade orang yang sudi meminjamkan bahu atau sudi luangkan mase berjam-jam untuk dengar mereka ni luah kan perasaan jiwang... Tapi persoalannya...perlu ke wujudnya orang ketiga ini dalam sesuatu perhubungan tu???


Wednesday, June 16, 2010

Bila cinta kini... tak lagi bermakna...

Harini...lepas je pegi interbiu kerja..aku terus je jelajah panggung wayang. Da lame berhajat nak tgk Lagenda Budak Setan...akhirnya termakbul...Honestly...bagi aku...ia tidak sehebat novel asal Ahadiat Akashah...tapi....aku adela jugak bergenang2 air mata setiap kali scene yang mmg tacing sangat...tapi nak cover macho punye pasal....ak tahan2 kan je air mata tu..Sambil tgk sambil bayangkan mcm dalam novel tuu...hehhehe


Thursday, June 10, 2010

Perempuan paling seksi

Tetibe je gelenya nak buat entry mcm ni..hehehe bukan ape...alang2 mate ni asyik terpandang pompan seksi je bile kuar jalan2..Nafsu membuak-buak laa nak listkan pompan2 seksi ni sume..heheh Tapi ini sume adalah seksi pada pandangan aku tau! dan pastinye aku senaraikan artis yang kat Malaysia je. Sbb aku tahu kalo nak buat artis seksi dunia kompem2 artis Malaysia awal2 lagi da out! Hehehehhe...Aku letak top 6 je..sbb kalo banyak2 kang sume buat dose mata! Hahahaha

So jom cekidaout!

Tuesday, June 8, 2010

Makin lama makin singkat!

Kalo kite jalan tengah2 bandar..cube korang pandang keliling. Apa yang korang nampak ek.. Ada tak korang nampak gadis2 melayu yang comel lote keliling korang? Kompemlaaa ade...kalo xde bukanla bandar namanye...huhuhuh...tapi cube korang lihat dengan teliti...apa yang tidak kena pada mereka ni...hurmmmmm...

Sunday, June 6, 2010

Aziz M.Osman dapat bini muda you!


Korang tayahla terkejut atau buat2 terkejut...Kite sume mmg da sedia maklum pon Aziz M.Osman dan Puteri Lily dilamun asmara dana. Tahniah buat mereka kerana kini mereka telah pon sah menjadi suami isteri!

Saturday, June 5, 2010

Upin Ipin Kembali 2012!!

Harini jari jemari aku x bley tahan asyik nak menaip entry jeee! huhuhu..mungkin kerana arini hari sabtu..Hari bersantai2 setelah aku bertungkus lumus mengerjalan ladang...hahahah... Hari2 berladang tp hasil xde pon!