Pages

Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Tuesday, April 12, 2011

Bila polis mintak??!! Whut da fish!!

Tadi aku tengok berita tv3. Ada satu update pasal kes video seks skandal Anwar Ibrahim (AB). Berkenaan jam emas Omega dalam simpanan AB dan bini die. Mase interview AB dengan wartawan. Ada satu wartawan tu tanye nape x serah kan jam tu pada pihak polis? Tibe2 si AB membentak! Bila mase polis mintak?! I nak tanye u bile mase polis mintak jam tu?! Then si wartawan ni jawab la.. Si AB bentak lagi "eh! u pleasee eh! u tanye i jawab! so i nak tanye u mase bile polis mintak?!" dengan muke kerek nak mam die tu!




Whut da fish la die tu. xde adab langsung. Dahle buruk perangai. Nak tunjuk lagi buruk nye perangai tu dalam tb! Yang aku bengang sume wartawan terdiam. Honestly kalo aku ade kat situ aku akan soal balik! AB sangat marah dengan memulangkan soalan polis tidak pernah mintak! Tapi KENAPA BILE PIHAK POLIS MINTAK SAMPEL DNA HANG X BOLEH BAGI! memang hantu betul la! X pasal2 aku naik hangin tadi tau! Macam ni punye umat pun ada!!

Betul la statement yang aku baca pasal si AB ni yang die memang suke putar belit fakta! Kalo betul sangat la die x salah jangan membodohkan diri duk elak2 bg DNA la duk elak2 tubuh jawatankuasa diraja sume tu. Nampak sangat takut! Pegangla pada pepatah BERANI KERANA BENAR!

Sekian entry bengang aku arini!

Wednesday, March 16, 2011

Tok Berlagak Penipu?

Baru ni tadi aku pegi ke pekan nak beli juadah tengahari...sebelah tu ada kedai jual suratkhabar. Aku pun dok skodeng laa tengok apa tajuk berita best harini. Skodeng punye skodeng ada la beberapa headline yang x ley blah. Macam da kekeringan idea je sume reporter ni. Anwar bakal bebas lah.. Potong kemaluan suami la.. (bab ni aku takut nak baca..ngiluu) hahah... Tib0 tibo den terpandang satu headline yang sangat den terkojot.. TOK BERLAGAK DARUL SAKA. Komain bosar lagi haa.. Den tahu pasal TOK BERLAGAK ni pon pasal member den kemain  suko laie baco blog tok berlagak ni. (den sajo cakap baso nogori ni nak amik mood sikit pasal tok berlagak suko cakap nogori) hehehe... Apo lai toghus den suh adek den poi sambar solai. Den nak gak tahu apa kes samapi glemer tok berlagak aghini...

Balik jo gumah terus den baco headline dulu.. Den google la nak tahu.. Tapi tak banyak maklumat lagi. Mungkin sume org tak baco paper lagi ko atau sume x minat nak bace metro pakar putar belit fakta dunia ni.. huhuh... Den selak...ade sorang makcik ni yang jadi saksi. Den maleh la nak bekap sapo-sapo dalam hal ni. Den x ponah lai jumpo tok berlagak. Dan den pun x kona sapo makcik dalam paper tu yg menghentam tok. Tapi satu jo la den nak bgtahu metro. Ini bab agama. Bab suko-suko nak menyosatkan orang lain dengan hanya bersaksikan makcik tu. Metro.. sebelum dok menyosatkan orang bori dulu bukti sahih!! Rakaman ko..bidio koo.. Baru boley report kat Jabatan Agamo. Ni suko-suko la ekau dok menyosatkan orang dalam paper. Berdoso bosar ekau tahu! Renung2 kan lah.. Lai sokali den nak kobar.. Den x bekap sapo2.. den cumo nak jiko betul Tok Berlagak sosek..boi bukti sahih.. bukan mcm gini caro eh..  Kalo adik badik kito kono mcm ni tibo2 kono hontam sosek lam paper apo porasaan ekau sumo? Wallahualam laa...

p/S: den masih terfikir dan memikir kenapo KRU  x sudi jomput Metro ke tayangan Merong Mahawangsa? hehe
p/s/s: sori jugak pasal den taknak tempek pun keratan akhbar tu pasal...samo mcm subahat..mcm bersetuju lak dengan isi akhbar tu kan.den takmo sosek jugak meyosekkan orang...dah ado bukti sok baru den tempekkan sekali dongan bukti sahih nyo yoo~

Monday, January 3, 2011

Kenapa "Harimau Malaya"? Kenapa tidak "Harimau Malaysia"?

Sebelum aku meluahkan pendapat aku dengan panjang lebar....di bawah adalah satu petikan yang diambil dari Berita Harian ;)

Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”.
Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.

-Berita Harian

Baru-baru ni negara kita diharumkan dengan kemenangan besar skuad bolasepak Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010... Honestly aku takdela minat bola pun. Tapi mase demam bola ni aku tengok jeling2 je..tapi mase Malaysia tewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil...terus buat aku berkobar-kobar mengikut perkembangan dorang!

Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga sebab akhirnya kita menang dengan maruah walaupun skuad kita digugat dengan jutaan pancaran laser.. Tapi itu sume bukan penghalang! Kalau sudah takdir tuhan kemenangan itu milik kita, berbangga dan bersyukur lah!

Tapi sayangnya dalam banyak2 berita yang aku baca, hati aku sungguh tersoyat membaca berita seperti di atas! Kenapa perlu pertikaikan sesuatu yang budak darjah 6 pun boleh tahu apa itu Harimau Malaya! Hello~  budak darjah satu pun da belajar jenis-jenis haiwan dalam Malaysia kot! Inikan pulak belia-belia...

Sila google di internet..atau paling tidak pun wikipedia apa itu Harimau Malaya~ Harimau Malaya adalah sejenis harimau yang  terdapat di Semenanjung Malaysia... Nama sejenis haiwan je pun... Mana ada dalam kamus haiwan wujudnya spesis Harimau Malaysia? Waduhhh~ Belia-belia ini harus buka minda positif...jika kita letak Harimau Malaysia..nnt org luar tanye.. Harimau Malaysia ni apa? Apa kite nak jawab?

Ok maaf jika agak menyimpang.....aku pernah terbaca di satu forum di mana ade kebanyakan rakyat Sabah/Sarawak tidak mempunyai semangat satu Malaysia... Ada yang cakap kalau boleh tidak mahu bergabung dengan Semenanjung untuk membentuk Malaysia la...mahu berdiri sendiri la...Lebih maju jika tidak berada dalam Malaysia laaa... And sebelum ni pernah x korang dengar yang Sabah Sarawak ni bangga dengan skuad bolasepak Malaysia selama ni? Ada x? Tapi bila skuad kita da berjaya mencipta nama di peringkat dunia baru la nak timbul soal satu Malaysia?? Oh!...  Ikhlas aku katakan selama ni walaupun skuad bola sepak kita atau mana2 wakil sukan negara Malaysia tidak meraih kemenangan dalam ape2 pertandingan..tidak pernah aku mencaci mereka..kecewa itu pasti ada...tp merendahkan warga kita sendiri?? Malula wahai rakyat  jelata...jangan biarkan fikiran kita terlalu mengawal emosi kita sehinggakan kita semua berpecah belah... Bersatu kita teguh bercerai kita roboh!!! Negaraku Malaysia!

Monday, October 11, 2010

Biar tak pandai belajar...tapi jangan kurang ajar!

Zaman sekarang ni dah maju. Semua benda hanya di hujung jari aja... Nak bayar bil? Nak bayar saman? Nak order makanan? Nak beli baju? Cakap je...Sume boleh dapat sekelip mata je.. Bukan macam dulu nak beli baju pon rasa malas nak angkat bontot ke pekan nun... Sebab tu sekarang ni sume bontot besar kot sebab tak perlu nak bergerak banyak2 untuk buat semua benda tu...hahah~ Ikutkan iklan Berita Harian tu...zaman da maju~



Tapi sayangnya....kenapa minda anak-anak sekarang tidak seiring dengan kemajuan? Kenapa pemikiran makcik-makcik, akak2, abg2 sekarang tidak selaras dengan permodenan? Bukanlah minta jadik moden sangat sampai lupa asal-usul dan adat budaya.. Apa yang aku maksudkan adalah kenapa di zaman moden ni masih banyak lagi kes-kes macam di zaman jahiliah? Kes dera anak? Kes rogol anak? Kes rogol cucu? Kes abg rogol adik? Kes dera pembantu umah? Kes samun? Rompak? Bunuh, Pukul cikgu? Cikgu dera anak murid dan sebagainya? Bukan ke itu sume menunjukkan ketidakmajuan pemikiran manusia? Masih lagi tak berkembang. Masih lagi mahu melakukan perkara2 yang menunjukkan sikap kurang tamadun?

Apa yang paling ketara sekarang adalah hilangnya sikap hormat anak-anak terhadap org tua. Kalau dulu lah...mak ayah mesti sesah anak-anak degil dengan kayu la...hanger la..apa saja yang boleh di capai. Supaya anak dengar kata. Hormat orang tua. tapi zaman ni? Nak jentik anak pon dah tak berani. Sayang anak katanye. Hasilnye? Anak2 jadi kurang ajar. Pandai melawan. Meninggi suara dengan mak ayah. Siapa yang haru di salahkan? Jika dulu anak-anak semunnya dengar kata. Belajar pun bagus. Walaupun ada yang tidak belajar tinggi. Tapi tinggi budi pekerti? Anak-anak sekarang? Sudahlah belajar ke laut..Budi bahasa jangan cakapla...ke lombong agaknya~ Jadi siapa yang harus memainkan peranan?

Thursday, August 19, 2010

Boleh percaya ke Cinta Wook Kundor?

Jangan la korang hangin baca tajuk blog kat atas tu... Tak ada niat pun aku nak memanaskan topik suam2 kuku kucing ni. Tapi bile aku baca cerita pasal suami Wook tu masuk penjara sebab dadah lagi.. Satu je persoalan meluncur laju lam kepala otak aku  yang  kiut  tak berapa bijak ni..."Betul ke Mohd Nor Musa ni sayang ikhlas kat die?? Atauuu....die cuma nakkan duit je"




Bukan apa...lihat saja perbezaan umur mereka. Bukan la aku nak kata sbb usia tak boleh kawen. Tapi secara logik akalnye la kan...korang pun boleh fikir sendiri. Dia isap dadah..xde duit nak kawen. Muka pon x ley lepas market  top model kampung pun. Apa jalan paling mudah? Kawen dengan orang banyak duit...tp x mampu nak halang apa die nak buat! Sian kat wook.. dia da tua..mengharapkan SUAMI tuk jaga dia. Nak2 dapat suami mudah gagah berani youuu~ Tapiii???? hasilnye?? Macam Wook tu pulak duk menanggung hidup die kan.. Berapa kali Wook nak kene pi jamin dia tu kuar masuk lokap? Habis macam tu je duit simpanan Wook tu kan.

Dah la lagi beberapa minggu je nak RAYA (yeay~) sepatutnye Mohd Nor sebagai suami cari la sedikit sebanyak pendapatan buat beli baju baru kee...buat beli barang2 nak masak untuk raya kee kan.. Ini?? Hadiah berupa penginapan ke lokap yang dia hadiahkan kat Wook..

Aku ni takdela pandai nau bab nikah kawen ni. Tapi mengikut trilogi cerita depa ni dari dulu..rase tak ada yang istimewanya mengenai mereka ni. Kalo betul2 bahagia baru la aku boley respek! Dan aku minta di jauhkan la aku dari perkara2 mcm ni. Skang ni Tuhan kasik cash kat donia.hahahhaha (cuak ko!) hahahah


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Guys (hope x terlewat) Semoga di Bulan Ramadhan ni berbanyak2 la kite bersedekah dan berjimat cermat...bukan dok pi belanja sakan kat bazaar tuuu...Ini donia sudah terbalik laaa labu!

Thursday, July 15, 2010

Janda selalu dipandang hina...


Dah seminggu tak update blog. Sebab pergi ke Perak menguruskan adik yang baru je nak daftar kolej. Pastu tambah lagi dengan cuti-cuti Malaysia...heheh . Cerita tentang ramalan Paul si sotong bijak mengenai kemenangan Spain dalam World Cup pon aku rase da basi untuk aku buat entry...So tajuk entry yang sesuai untuk kali ni aku rasa pasal janda.

Bila sebut je janda komfem ramai wanita-wanita tak kirala berstatus isteri ke waima berstatus girlfren sekalipun pasti akan menjauhkan diri dari mereka2 ni. Takut la kalau2 pakwe atau suami tergoda penangan janda. Rata-rata lelaki pasti cakap..janda ni banyak pengalaman berumahtangga. Haiii...bila lah agaknye label sebegini akan hilang? Sebenarnya bukan senang nak hilangkan jika mereka sendiri tidakpandai menjaga diri selepas bergelar janda.

Tuesday, July 6, 2010

Lelaki kaki kikis?



Biasanya bila sebut kaki kikis secara automatiknya pasti korang akan cakap perempuan la kaki kikis. Tapi zaman sekarang da berubah. Dulu memang banyak perempuan kategori macam ni sebab mereka tidak belajar tinggi, so mereka ni cuma perlu cari lelaki kaya untuk dijadikan sumber kewangan mereka. Tapi zaman sekarang lagi banyak lelaki menganggur sedang ramai wanita memonopoli jawatang-jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat. Jangan terkejut pulak ya...ingat tak ada ke lelaki spesis macam ini? Aku sendiri pernah terjumpa dan nasib baik tidak terus jadi mangsa!

Hidup nak mewah tapi malas bekerja. Kalo kerja pon asal jalan saja! Jadi pencuci kereta, jadi penjaga kaunter, jadi pomen, atau apa-apa la kerja yang tidak memerlukan sijil-sijil tinggi. Tapi niat nak bergaya dengan barang yang berjenama tetap ada. Makanya jadikan perempuan berkerjaya dan bergaji tinggi sebagai mangsa.

Friday, July 2, 2010

Makan dalam jamban?

Korang pernah tak buat perangai seludup makanan dalam jamban.  Yelah mana tahu...bila bulan puasa tak nak kantoi tak puasa. Bawak la sume makanan lepastu lahap dalam jamban. Yarkss! Nak duduk lama-lama dalam jamban pun dah rasa nak termuntah. Inikan pulak makan dalam jamban.. Tapi aku pun pernah gak buat. Masa tu darjah 3 kot masa sekolah rendah. Ada pendidikan jasmani. Bulan puasa pulak tu. Lepas je tukar pakaian senaman dalam jamban, then rasa haus gila. Yelaaa ada ke bulan puasa disuruh berlari-lari keliling padang. Cikgu tu takpela lepak tepi je bagi arahan. Aku pun tegukla air paip dalam jamban tu. Tapi lepastu muntah balik sbb air paip tu rasa macam air kumbahan ditambah pulak dengan bau jamban yang macam haram tu.

Tapi lain pulak dengan diorang ni. Makan dalam jamban ni ada feel pada mereka agaknya. Sampai di Taiwan ada yang terkeluar idea buat restoren ala-ala jamban gitu. Toilet bawl restaurant.. Aku tengok nye pon x selera! Hohoohoho

Wednesday, June 30, 2010

Coke + Ajinomoto?

Korang..korang..! Korang nak tau tak? Ajinomoto ni selain daripada boleh menyedapkan lagi lauk yang korang masak tu sehingga menjilat jari kaki. Apa lagi yang boleh dibuat dengan ajinomoto ni? Alaaa rakyat Malaysia ni kan kreatif-kreatif belaka? Takkan lah tak tahu? Okeh..meh aku bagi tahu ehh....



Tuesday, June 29, 2010

Pengemis Jalanan


Pagi-pagi lagi da sangat berusaha nak update blog yang da berlumut ni. See..kan da hijau berlumut page ni da..heheheh. Topik arini adalah pasal pengemis. Kalo anda (andaa?? sopan la pulok) pergi mana-mana kompem akan terserempak dengan pengemis.Jantina mereka ini pelbagai...ada kecik, ada besar, lelaki, perempuan, hatta seorang warga tua yang sepatutnya duduk dirumah sambil goyang kaki. Kalau difikirkan balik logik ke Malaysia yang semakin pesat membangun ni tetapi golongan2 pengemis ini masih bersepah2? Rasanye pelbagai jenis komuniti yang telah ditubuhkan seperti baitulmal, melalui pemberian zakat2..tabung2 derma ihsan dan banyak lagi la untuk membersihkan warga jalanan ni. Tapi kenapa?? Kenapa golongan mereka ini masih ramai bersepah2...Sampaikan da siap ada pelbagai bangsa lagi seperti Nigeria, Arab, Pakistan dan sebagainya? X ke pelik? Xkan mereka ni datang Malaysia semata2 nak mintak sedekah kan? Dengarkan (ok! boleh baca je) pengakuan atau pendedahan seorang hamba Allah ni pasal aktiviti fakir miskin holdings ni kat tanah Malaysia ni.

......................................................................

Monday, June 28, 2010

Fatwa

Harini aku nak tempek satu lagi artikel. Tidak pasti anda sudah baca atau belum. Tapi aku rasa tidak salah berkongsi ilmu dan pengetahuan.


Seperti yang anda lihat. ianya cuma lah sehelai kertas yang telah di fotokopi kemudian di pin kan sahaja di memo board. Kesahihahn saya tidak pasti tetapi kita sebagai umat islam apa lah salahnya berhati-hati dalam setiap apa yang kita lakukan. Jika tidak elok lebih baik ditinggalkan. Wallahualam..

Thursday, June 24, 2010

Jamuan mata untuk perokok tegar!

Entry ni den maleh nak taip panjang2...den tempek jo...satu tempeken seribu pengertiannyo! hohohoh.... Khas den tempek tuk perokok2 tegar di muko bumi Allah ni...nyumm nyumm~

Monday, June 14, 2010

Yarkss...kenapa tak serik2 lagi??

Selepas kes bahan melamine yang terdapat di dalam sesetengah produk susu mereka...hingga menjadi kes serius dimana ianye menyebabkan hampir seribu kes di Beijing sahaja....nampaknya China masih tidak serik2 mengeluarkan produk2 murahan yang boleh menyebabkan kesan negatif pada si pemakainya...Alahaiii....kenapa mereka ni tak ubah2 perangai? Mungkin ke sbb ramai yang menyokong tindakan mereka ni? Yelaa...kalo takde yang beli x kan la mereka terus menerus hasilkan produk2 begini. Mane2 pon kite boley jumpe barangan tiruan dri China ni....Orang Malaysia ni bukan nye tak berduit...janganla kedekut sangat sampai sanggup nak beli barangan2 tidak berkualiti seperti barangan China! Jijik tau!

Wednesday, June 9, 2010

Saya sokong kalo rokok diharamkan di Malaysia

Para perokok sila jangan panas ati ye. Usaha kerajaan tu da mmg bagus da. Tapi org Malaysia ni sikit2 nak buat pertubuhan anti kerajaan la segala bagai. Cuba la fikir dari sudut positif kenapa merokok itu tidak bagus? Bukan saja pada kesihatan tapi juga kepada otak di kepala anda tu. Aku sentisa mendoakan rakyat2 Malaysia ni supaya membenci rokok.


Cube korang fikir kenapa Malaysia ni lambat sangat nak membangun? Kenapa rakyat nye tak ramai yang bijak2? Adakah salah ibu mengandung? Atau salah Perdana Menteri yang tak nak kuarkan budget juta2 supaya Malaysia ade kemudahan yang sama taraf dengan Jepun? Tidak! Sebenarnya salahkan diri anda sendiri!! Cube anda renungkan bagaimana rakyat Malaysia selama ni jalani gaya hidop dorang? Kenapa kita tidak sebijak Yahudi? Tidak sebijak rakyat Jepun?

Aku tahu skg ni sume anti Israel..tapi tuk seketika sila ketepikan sume itu. Mari kite renungkan pada suatu sudut yang lain. Kenapa mereka sangat bijak? Korang bacela artikel di bawah ni (tanx to Fitrihadi[dot]com) . Merupakan thesis yang dibuat oleh Dr Stephen Carr Leon..bace sampai habis!
[Sile bace dari sudut positif - tiada niat artikel ini ditulis untuk menjatuhkan sebarang agama + bangsa]

Bahaya menghadap blog terlalu lama

Korang blogger tegar? Rajin bukak blog setiap hari? Tiada yang lebey penting dalam idop korang daripada makan,tido,dating selain berblogging?.. Sampai siap bawak bantal untuk korang tido depan monitor korang gara2 x nak miss update blog! Itu parah tu...Meh aku nak story betapa bahaya nya radiasi monitor pc/laptop korang pada mata.