Pages

Monday, October 11, 2010

Biar tak pandai belajar...tapi jangan kurang ajar!

Zaman sekarang ni dah maju. Semua benda hanya di hujung jari aja... Nak bayar bil? Nak bayar saman? Nak order makanan? Nak beli baju? Cakap je...Sume boleh dapat sekelip mata je.. Bukan macam dulu nak beli baju pon rasa malas nak angkat bontot ke pekan nun... Sebab tu sekarang ni sume bontot besar kot sebab tak perlu nak bergerak banyak2 untuk buat semua benda tu...hahah~ Ikutkan iklan Berita Harian tu...zaman da maju~



Tapi sayangnya....kenapa minda anak-anak sekarang tidak seiring dengan kemajuan? Kenapa pemikiran makcik-makcik, akak2, abg2 sekarang tidak selaras dengan permodenan? Bukanlah minta jadik moden sangat sampai lupa asal-usul dan adat budaya.. Apa yang aku maksudkan adalah kenapa di zaman moden ni masih banyak lagi kes-kes macam di zaman jahiliah? Kes dera anak? Kes rogol anak? Kes rogol cucu? Kes abg rogol adik? Kes dera pembantu umah? Kes samun? Rompak? Bunuh, Pukul cikgu? Cikgu dera anak murid dan sebagainya? Bukan ke itu sume menunjukkan ketidakmajuan pemikiran manusia? Masih lagi tak berkembang. Masih lagi mahu melakukan perkara2 yang menunjukkan sikap kurang tamadun?

Apa yang paling ketara sekarang adalah hilangnya sikap hormat anak-anak terhadap org tua. Kalau dulu lah...mak ayah mesti sesah anak-anak degil dengan kayu la...hanger la..apa saja yang boleh di capai. Supaya anak dengar kata. Hormat orang tua. tapi zaman ni? Nak jentik anak pon dah tak berani. Sayang anak katanye. Hasilnye? Anak2 jadi kurang ajar. Pandai melawan. Meninggi suara dengan mak ayah. Siapa yang haru di salahkan? Jika dulu anak-anak semunnya dengar kata. Belajar pun bagus. Walaupun ada yang tidak belajar tinggi. Tapi tinggi budi pekerti? Anak-anak sekarang? Sudahlah belajar ke laut..Budi bahasa jangan cakapla...ke lombong agaknya~ Jadi siapa yang harus memainkan peranan?

Sunday, September 26, 2010

Hasad dengki? Busuk hati? Atau sekadar nak tunjuk hebat?

Zaman sekarang ni dah tak sama macam dulu. Ada benarnya iklan berita harian tu. Zaman dah berubah..dunia dah maju... Maka manusia pun akan berubah jugak la. Bukanla macam orang2 zaman dahulu yang mementingkan adab. Sopan-santun, hormat menghormati. Saling bergotong-royong. Sekarang ni? Jiran sendiri pun tidak kenal.

Kadang-kadang hidup kat bandar ni tak boley nak lewa. Semua aspek perlu di ambil kira. Lebih-lebih lagi jika berada di tempat kerja. Pasti akan jumpa macam-macam orang dengan macam-macam perangai. Kalo kena dengan kepala...boleh la ngam. Kalau tidak? Manjang la nak bermasam muka. Tapi bila dah terjadi sampai macam tu nak buat kerja pun tidak senang. Yelah pusing-pusing dalam bangunan tu situ jugak. Orang yang sama jugak kita akan tengok. Jadi kalau boleh, nak kerja lama ni janganla sampai buat musuh dengan dengan rakan yang satu tempat kerja.

Aku selalu letak dalam kepala otak aku. Bekerja di tempat baru jangan nak tunjuk hebat. Jangan nak tunjuk pandai dari orang lain. Biarlah orang nak nilai aku seperti orang yang tidak tahu bekerja. Asalkan orang tidak menilai aku seperti orang yang hanya tahu bercakap tapi habuk pun tak ada. Dan aku juga selalu sematkan dalam prinsip aku. Bekerja mestilah dengan niat dan ikhlas. Berserta perbuatan la. Bila bekerja melibatkan soal duit. Pada aku iu bukan sesuatu yang boleh di buat main. Tersilap makan duit dengan cara yang tidak betul...pasti hidup takkan berkat.

Tengok saja la orang yang kaya raya hasil kerja yang tidak betul...selalu je rasa tidak cukup duit. Selalu je kesempitan. Atau selalu je duit cepat habis tanpa tahu kemana duit tu pergi. Sebab apa? Sebab mencuri rezeki orang lain. Maka nye Allah pun akan ambil balik hak nya. Pada aku..aku setiap pagi sematkan dalam hati. Allah itu maha adil pada umatnya. Dia adil memberi rezeki pada hambanya. InyaAllah selagi niat aku betul...rezeki Allah sentiasa ada buat aku