Pages

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Alahai Yunaa...

Pastinya semua orang dah tahu pasal gaya tudung yuna terbaru kan. Sebelum ni kite kenal yuna dengan gaya tudung yang sopan and sweet gila..Sampaikan yuna menjadi trendsetter untuk remaja-remaja bertudung ala Yuna.. Tapi...syg seribu kali syg...kenapa Yuna turunkan taraf bertudung awk yuna? Dari yang bertudung litup...da macam bungkus membungkus...tetibe jadik lak yang macam tak cukup kain?



Sebenarnya manusia ni suke meletakkan sesuatu kesalahan ke atas orang lain. Lebih-lebih lagi dalam soal menutup aurat. Katanya sesetengah pelakon, mereka membuka dan menutup aurat sesuka hati kerana dia artis. Perlu ikut kehendak skrip. Maknanya skrip lebih mulia agaknya dari agama tu sendiri. Tapi apa pula jawapan yuna? Adakah mengikut kehendak lirik lagu?

Walau apa pun alasan yuna.. Tindakan dia adalah sangat tidak patut. Kerana dia adalah public figure. Suatu masa dulu die adalah trendsetter untuk imej bertudung. Tidakkah dia terifkir bahawa tindakannya itu boley menggoyahkan juga remaja-remaja di luar? Bila semakain ramai yang ikut fesyen yuna di atas... Dose mereka yuna akan tanggung. Sanggupkah dia? Wallahualam. Apa pun aku berharap sangat Yuna tidak akan teruskan dengan feseyn sebegini. fesyen ini hanya fesyen warga africa di luar sana saja yee.. tak sesuai untuk muslimah kita. :) JANGAN MERAJUK YAA~

Wednesday, March 16, 2011

Tok Berlagak Penipu?

Baru ni tadi aku pegi ke pekan nak beli juadah tengahari...sebelah tu ada kedai jual suratkhabar. Aku pun dok skodeng laa tengok apa tajuk berita best harini. Skodeng punye skodeng ada la beberapa headline yang x ley blah. Macam da kekeringan idea je sume reporter ni. Anwar bakal bebas lah.. Potong kemaluan suami la.. (bab ni aku takut nak baca..ngiluu) hahah... Tib0 tibo den terpandang satu headline yang sangat den terkojot.. TOK BERLAGAK DARUL SAKA. Komain bosar lagi haa.. Den tahu pasal TOK BERLAGAK ni pon pasal member den kemain  suko laie baco blog tok berlagak ni. (den sajo cakap baso nogori ni nak amik mood sikit pasal tok berlagak suko cakap nogori) hehehe... Apo lai toghus den suh adek den poi sambar solai. Den nak gak tahu apa kes samapi glemer tok berlagak aghini...

Balik jo gumah terus den baco headline dulu.. Den google la nak tahu.. Tapi tak banyak maklumat lagi. Mungkin sume org tak baco paper lagi ko atau sume x minat nak bace metro pakar putar belit fakta dunia ni.. huhuh... Den selak...ade sorang makcik ni yang jadi saksi. Den maleh la nak bekap sapo-sapo dalam hal ni. Den x ponah lai jumpo tok berlagak. Dan den pun x kona sapo makcik dalam paper tu yg menghentam tok. Tapi satu jo la den nak bgtahu metro. Ini bab agama. Bab suko-suko nak menyosatkan orang lain dengan hanya bersaksikan makcik tu. Metro.. sebelum dok menyosatkan orang bori dulu bukti sahih!! Rakaman ko..bidio koo.. Baru boley report kat Jabatan Agamo. Ni suko-suko la ekau dok menyosatkan orang dalam paper. Berdoso bosar ekau tahu! Renung2 kan lah.. Lai sokali den nak kobar.. Den x bekap sapo2.. den cumo nak jiko betul Tok Berlagak sosek..boi bukti sahih.. bukan mcm gini caro eh..  Kalo adik badik kito kono mcm ni tibo2 kono hontam sosek lam paper apo porasaan ekau sumo? Wallahualam laa...

p/S: den masih terfikir dan memikir kenapo KRU  x sudi jomput Metro ke tayangan Merong Mahawangsa? hehe
p/s/s: sori jugak pasal den taknak tempek pun keratan akhbar tu pasal...samo mcm subahat..mcm bersetuju lak dengan isi akhbar tu kan.den takmo sosek jugak meyosekkan orang...dah ado bukti sok baru den tempekkan sekali dongan bukti sahih nyo yoo~

Friday, March 11, 2011

Jadik muslimah tetiba boley beli cinta ke?

Ohohohoh~ Aku tak habis lagi rasa geli hati pada seorang umat ni. Bukan apa..geli hati dengan apa yang die cube lakukan..sedang atau pernah dilakukan...Tetiba bile teringat je baru aku terfikir nak tulis dalam ni. Just to share tots~

Well sebelum ni aku tahu die seorang yang free hair.. Rambut lepas je..Honestly mmg sweet la.. Tak hairan la die boley ada ramai kawan lelaki kan...Even die agak chubby (oopss).. Tapi lepas je satu insiden dimana dia merayu nak balik kat ex die..tp ex die x layan sbb da ada pengganti...Buat la mcm mana pun..ex die tetap x nak die balik.. So janganla nak salahkan orang lain kan.. Cube renung2kan..ade ke seorang lelaki nak lepaskan seorang perempuan yg baik? Ade ke? Melainkan die da jumpe yang lebih baik..atau dia pernah buat suatu kesilapan besar sampai si lelaki ni takkan pernah kembali pada dia...

So mungkin frust sbb cinta nya ditolak mentah2...walau berbagai cara dah dilakukan nak tarik balik perhatian laki ni... huhu..die bawak diri dan hati yang lara... And somehow..die pun berpakaian sopan..pakai tudung and so on... Mungkin kesan dr penolakan tu die jadik dekat dengan Tuhan  tu wallauhalam..dan Alhamdulillah la kan.. Tapi one day..aku pun ter"jumpe" die... Free hair balik! OMGoat! Wut the hack is happen kan! Adakah die bertudung tu semata-mata nak tunjuk yang die da jadik baik and "pilihla aku" or "rugila ko x pilih aku".. and bile dia da boley kurangkan rase sedih die tu..and mula dapat catch up balik dengan life die.. hati da senang.. manusia ni bila hati senang mase tu la semakin jauh dengan Tuhan.. So cabut balik la tudung kan... So please tell me la untuk apa awk pakai tudung ek? Pakai tudung pakai baju muslimah boley buat lelaki jatuh cinta ke?

Well honestly la kan ek..pada pendapatan aku la..muslimah atau tidak tu actually number dua.. No pertama yang lelaki nak tengok is..perangai awk...kalo pakai tudung pun tapi hati busuk buat apa ek.. Pakai la jubah pun...kalo dari dulu x pernah berubah..suke memutarbelit fakta..and meraih simpati murahan...dengan airmata and muslimah express awk tu... Aduhaiii.. nak gelak pun ade.. Apa orang akan fikir ek..jap2 awk letak kat profile pakai tudung...then suddenly awk free hair.. Jangan pakai kalao bukan kerana Dia! Jangan pernah kata awk berubah kerana DIA.. sbb sy tahu awk berubah bukan kerana DIA tapi diaa ex bf awk.. ;) Tapi da jumpa pengganti ni..da boley da free hair balik...well done ;)

Saturday, December 4, 2010

Hukum Melaga-laga kan Orang di Dalam Perbalahan~

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu menceritakan keburukan orang dikhalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dikalangan masyarakat sehingga runtuh segala sendi kebahagian hidup bermasyarakat.Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat besar di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran. “Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir”. ( at-Taubah:125).

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukkan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh MENJATUHKAN MARUAHNYA.
Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengakui beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar didepan Allah.

“Dan janganlah kamu mengakui apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan”.
Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibukitkan
melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya penghuni dua kubur in diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya”. Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka menjatuhkan maruah orang lain dan suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”.

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan
dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan
kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak
mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.
Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih tajam daripada membunuh, kerana kesan kerosokannya lebih
teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan
fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.
Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah
r.a Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam
dengan Bani Mushthalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan diasingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang
menegaskan kesucian beliau. “Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu: jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar ( di dunia dan di akhirat ). “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri meraka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di
akhirat, tentulah kamu dikenakan azab sekasa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berta palsu
itu., “Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan
dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula
menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami
memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau ( ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)!
Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini
lamanya, jika betul kamu orang yang beriman. “Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. “Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui. “Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.” (an- Nur: 11 – 29).

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu
diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan
penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.
“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab
kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)
“ Ya Allah, sekiranya aku dipahak yang benar, aku memohon kepada Mu supaya azabkan dan laknatkan
orang yang mefitnah akan diri ku dengan sedasyat-dasyat azab iaitu lebih dasyat daripada azab yang Kau
janjikan keatas kaum yahudi. Dan Ya Allah sekiranya aku dipihak yang benar, aku memohon pada Mu
supaya jadikanlah penghidupan orang yang menfitnah akan diri ku lebih hina daripada babi”.

Sekian, terima kasih.

Monday, October 11, 2010

Biar tak pandai belajar...tapi jangan kurang ajar!

Zaman sekarang ni dah maju. Semua benda hanya di hujung jari aja... Nak bayar bil? Nak bayar saman? Nak order makanan? Nak beli baju? Cakap je...Sume boleh dapat sekelip mata je.. Bukan macam dulu nak beli baju pon rasa malas nak angkat bontot ke pekan nun... Sebab tu sekarang ni sume bontot besar kot sebab tak perlu nak bergerak banyak2 untuk buat semua benda tu...hahah~ Ikutkan iklan Berita Harian tu...zaman da maju~



Tapi sayangnya....kenapa minda anak-anak sekarang tidak seiring dengan kemajuan? Kenapa pemikiran makcik-makcik, akak2, abg2 sekarang tidak selaras dengan permodenan? Bukanlah minta jadik moden sangat sampai lupa asal-usul dan adat budaya.. Apa yang aku maksudkan adalah kenapa di zaman moden ni masih banyak lagi kes-kes macam di zaman jahiliah? Kes dera anak? Kes rogol anak? Kes rogol cucu? Kes abg rogol adik? Kes dera pembantu umah? Kes samun? Rompak? Bunuh, Pukul cikgu? Cikgu dera anak murid dan sebagainya? Bukan ke itu sume menunjukkan ketidakmajuan pemikiran manusia? Masih lagi tak berkembang. Masih lagi mahu melakukan perkara2 yang menunjukkan sikap kurang tamadun?

Apa yang paling ketara sekarang adalah hilangnya sikap hormat anak-anak terhadap org tua. Kalau dulu lah...mak ayah mesti sesah anak-anak degil dengan kayu la...hanger la..apa saja yang boleh di capai. Supaya anak dengar kata. Hormat orang tua. tapi zaman ni? Nak jentik anak pon dah tak berani. Sayang anak katanye. Hasilnye? Anak2 jadi kurang ajar. Pandai melawan. Meninggi suara dengan mak ayah. Siapa yang haru di salahkan? Jika dulu anak-anak semunnya dengar kata. Belajar pun bagus. Walaupun ada yang tidak belajar tinggi. Tapi tinggi budi pekerti? Anak-anak sekarang? Sudahlah belajar ke laut..Budi bahasa jangan cakapla...ke lombong agaknya~ Jadi siapa yang harus memainkan peranan?

Monday, June 28, 2010

Fatwa

Harini aku nak tempek satu lagi artikel. Tidak pasti anda sudah baca atau belum. Tapi aku rasa tidak salah berkongsi ilmu dan pengetahuan.


Seperti yang anda lihat. ianya cuma lah sehelai kertas yang telah di fotokopi kemudian di pin kan sahaja di memo board. Kesahihahn saya tidak pasti tetapi kita sebagai umat islam apa lah salahnya berhati-hati dalam setiap apa yang kita lakukan. Jika tidak elok lebih baik ditinggalkan. Wallahualam..

Thursday, June 24, 2010

Jamuan mata untuk perokok tegar!

Entry ni den maleh nak taip panjang2...den tempek jo...satu tempeken seribu pengertiannyo! hohohoh.... Khas den tempek tuk perokok2 tegar di muko bumi Allah ni...nyumm nyumm~

Tuesday, June 22, 2010

Tidak ada dalil mengenai payung emas

Perempuan mane yang suka dirinye dimadukan? Jika ada pun di awal perkahwinan pasti si isteri tua berasa sedih dan dan seperti ditoreh2 perasaannya.. Tapi seorang isteri yang baik pastinya redha dengan perkahwinan baru suaminya itu. Tapi redha itu bukanla redha kerana merasakan dirinya tidak lagi diperlukan. Tapi redha la pada ketentuan Allah dimana itu jalan yang tertulis buatnya dan terima la saudara baru itu dengan ikhlas dan kerana Allah swt.


Wednesday, June 16, 2010

Jual Beli Kucing Adalah Haram

Tadi sembang2 dengan sorang member baik..bercerita tentang kucen lama aku yang da lama lupe daratan tuh. Tibe2 terbukak cerita pasal jual beli kucen. Aku pasti ramai yang tak tahu lagi benda ni..atau sengaja buat2 x tahu. Yela bayangkan sekor kucen paling minimum pon boleh jual sehingga RM500..Kalo bagus bakanya ada yang boleh mencecah ribuan hengget!




Saturday, June 12, 2010

Amalan Rasulullah saw

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dalam amalan-amalan seharian diantaranya :

1) Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Tuesday, June 8, 2010

Isbal di kalangan lelaki.. Apa itu Isbal?


Contoh-contoh fesyen/perbuatan Isbal yang terlarang (bagi lelaki): Pakaian/seluar/kain/sarung yang dipakai sehingga melepasi paras buku lali dan ke bawah.


Contoh pakaian yang tidak isbal (tidak melepasi paras buku lali)