Pages

Monday, October 11, 2010

Biar tak pandai belajar...tapi jangan kurang ajar!

Zaman sekarang ni dah maju. Semua benda hanya di hujung jari aja... Nak bayar bil? Nak bayar saman? Nak order makanan? Nak beli baju? Cakap je...Sume boleh dapat sekelip mata je.. Bukan macam dulu nak beli baju pon rasa malas nak angkat bontot ke pekan nun... Sebab tu sekarang ni sume bontot besar kot sebab tak perlu nak bergerak banyak2 untuk buat semua benda tu...hahah~ Ikutkan iklan Berita Harian tu...zaman da maju~



Tapi sayangnya....kenapa minda anak-anak sekarang tidak seiring dengan kemajuan? Kenapa pemikiran makcik-makcik, akak2, abg2 sekarang tidak selaras dengan permodenan? Bukanlah minta jadik moden sangat sampai lupa asal-usul dan adat budaya.. Apa yang aku maksudkan adalah kenapa di zaman moden ni masih banyak lagi kes-kes macam di zaman jahiliah? Kes dera anak? Kes rogol anak? Kes rogol cucu? Kes abg rogol adik? Kes dera pembantu umah? Kes samun? Rompak? Bunuh, Pukul cikgu? Cikgu dera anak murid dan sebagainya? Bukan ke itu sume menunjukkan ketidakmajuan pemikiran manusia? Masih lagi tak berkembang. Masih lagi mahu melakukan perkara2 yang menunjukkan sikap kurang tamadun?

Apa yang paling ketara sekarang adalah hilangnya sikap hormat anak-anak terhadap org tua. Kalau dulu lah...mak ayah mesti sesah anak-anak degil dengan kayu la...hanger la..apa saja yang boleh di capai. Supaya anak dengar kata. Hormat orang tua. tapi zaman ni? Nak jentik anak pon dah tak berani. Sayang anak katanye. Hasilnye? Anak2 jadi kurang ajar. Pandai melawan. Meninggi suara dengan mak ayah. Siapa yang haru di salahkan? Jika dulu anak-anak semunnya dengar kata. Belajar pun bagus. Walaupun ada yang tidak belajar tinggi. Tapi tinggi budi pekerti? Anak-anak sekarang? Sudahlah belajar ke laut..Budi bahasa jangan cakapla...ke lombong agaknya~ Jadi siapa yang harus memainkan peranan?