Pages

Thursday, November 18, 2010

Cinta "syhhhh.." Uncle Seekers?

Pasti korang semua da tahu dan dah baca semua chapter pasal cerita terhangat sekarang ni kan. Mengenai kisah cinta antara dua darjat ni. Aku baru je baca semua sekali dalam masa setengah jam sahaja. Aku baca satu persatu dan aku abaikan komen-komen yang ada di bawah setiap post tersebut. Biar aku sendiri yang membuat spekulasi tanpa terpengaruh dengan komen-komen yang ada. Di dalam hati , aku cuba untuk membaca dengan positif supaya aku boleh faham apa yang cuba disampaikan oleh Uncle.

Secara keseluruhannya (Sampai chapter 6) apa yang aku boleh simpulkan disini adalah... Cerita itu benar.. Tiada tokok tambah..tiada unsur2 memfitnah..tiada unsur mengugut..atau tiada langsung unsur2 riak. Semua ayat-ayat disusun dengan ringkas dan mudah di fahami. Tenang. Terus terang aku katakan aku masih tidak dapat menangkap apa motif sebenar cerita ini ditulis. Tapi dari sudut lain..aku yakin Uncle cuma mahu menegakkan kebenaran. Kebenaran dimana dirinya di aniaya. Biasalah orang-orang kaya ni nak tutop cerita buruk pasal mereka senang je.. Pakai polis atau pakai samseng.  Orang-orang yang tak punya apa ni la yang selalu jadi mangsa. Jadi mungkin Uncle menggunakan segala kudrat yang ada untuk membersihkan nama dia dan keluarga dari fitnah orang-orang berada ni.
Dari komen yang ada..ramai betul yang menggunakan bahasa2 kasar dan kesat meminta Uncle berhenti mengaibkan nama Tuanku Permaisuri...tetapi persoalannya....siapa pula yang nak membersihkan aib yang telah tercalar pada Uncle selama ni? Pada aku jangan terlalu cepat membuat penilaian....kita yang tidak tahu hujung dan pangkal boelh sewenangnya melemparkan kata nista.. Tapi orang yang menanggung pasti tertekan.Kita sendiri pun kalau dalam situasi kita tidak bersalah tetapi teraniaya...sebolehnye melakukan sesuatu untuk membersihkan maruah kita kan? Begitu juga Uncle...cuma caranya berbeza..

Dari komen-komen kasar dan makian yang ada aku yakin ianya datang dari satu sumber dan kumpulan yang sama... Sebab lebey kurang je ayat heheheh.... Setiap chapter Uncle ada sebut.. Jika ianya terbukti fitnah dan dengan tujuan mengaibakan dia sanggup disaman dan dipenjara.. Sekarang aku pula nak tunggu penyataan seperti ni keluar dari pihak "sana" "Jika apa yang ditulis Uncle adalah benar belaka (termasuk dirinya ditendang dan dibelasah) "mereka: sanggup disaman dan dipenjara! BILA EH BILAA BILAAA? HAHHAHAHAHAHAHHAHA

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELEBUNGI MISTERI....


0 budak itam!: