Pages

Sunday, March 20, 2011

Rendahnya mentaliti artis sekarang...

Makin hari...kita lihat artis kita da macam artis hollywood... Pakai baju dedah sana.. dedah sini. Dan yang paling tak tahan artis tu semua melayu dan beragama ISLAM. Aduh.. bila di tanya.. katanya seksi itu fesyen! Seksi itu hanya sekadar suka-suka. Hello..awak tahu tak bila awak jadi artis, awak akan jadi pulic figure. Awak akan dijadikan ikutan. Boleh tak bagi contoh yang semenggah sikit? Tapi kebanyakan nya yang suke sangat dok tayang sana-sini tu artis baru nak up! Aduhh... Dah tak ada cara lain ke nak glemer? Perlu ke tayang sana-sini?

Berbeza dengan artis-artis yang sudah lama dalam industri hiburan ni..Terbaru yang aku dengar tentang Ziana Zain sanggup tinggalkan lokasi shooting Majalah EH! hanya kerana pakaiannya tidak sesuai! Baju bareback katanye. Lepastu kecoh la setaman katanya Ziana Zain tidak profesional!  Statement macam  tadah muka minta kene sembur dengan pembaca je tau! Pembaca tidak bodoh.. Mereka pandai nak menilai siapa yang tidak profesional!  Majalah-majalah hiburan sekarang memang majalah sampah! Aku da lama x beli majalah hiburan sebab nye ini la.. Cerita x habis2 nak menjatuhkan orang. Konon nya tanpa MH artis x boleh naik. Tolong la..mazhab mana korang pakai? Aku ni tak beli pun MH tapi kenal je artis2 kat Mesia ni sape? Lebih-lebih lagi content korang sume nye cilok aka copy paste kat internet! Kesiann kan? (ok emo sudah)

Berbalik pulak pada tajuk entry...banyak sangat pulak artis-artis yang baru nak up ni semakin berani dari artis-artis lama. Bukan berani nak sahut cabaran dalam industri seni tapi berani nak bukak sana sini. Alahai kesian kan? Apa yang aku x ley blah kan..ade satu artis ni (artis ke? aku x tahu apsal aku x pernah dengar langsung nama minah ni) kata die berpakaian seksi untuk membuat kelainan! wOw! kelainan apa ye?Serius aku x kenal sapa Miera Liyana ni? Sape ek! Huhuhuhu...

1 budak itam!:

Idda Hashim said...

kesian nye pakaian mcm ni, susah sgt, pakai tutup atas n bawah jek..hahaha