Pages

Tuesday, July 6, 2010

Lelaki kaki kikis?



Biasanya bila sebut kaki kikis secara automatiknya pasti korang akan cakap perempuan la kaki kikis. Tapi zaman sekarang da berubah. Dulu memang banyak perempuan kategori macam ni sebab mereka tidak belajar tinggi, so mereka ni cuma perlu cari lelaki kaya untuk dijadikan sumber kewangan mereka. Tapi zaman sekarang lagi banyak lelaki menganggur sedang ramai wanita memonopoli jawatang-jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat. Jangan terkejut pulak ya...ingat tak ada ke lelaki spesis macam ini? Aku sendiri pernah terjumpa dan nasib baik tidak terus jadi mangsa!

Hidup nak mewah tapi malas bekerja. Kalo kerja pon asal jalan saja! Jadi pencuci kereta, jadi penjaga kaunter, jadi pomen, atau apa-apa la kerja yang tidak memerlukan sijil-sijil tinggi. Tapi niat nak bergaya dengan barang yang berjenama tetap ada. Makanya jadikan perempuan berkerjaya dan bergaji tinggi sebagai mangsa.


Kegiatan mereka ni memang licik. Menjerat mangsa dengan pujuk rayu dan pelbagai janji manis yang ternyata kosong! Kononnya bersedia berkorban apa saja, sanggup sehidup semati dan banyak lagi lah. Perempuan pula percaya la mati-mati kononnya untuk buktikan cinta dan kasih sayang sehingga sanggup meghamburkan wang ringgit. Kaki kikis ni bijak pilih mangsa. Biasanya yang selalu jadi mangsa adalah remaja berkerjaya atau janda berharta! Bila rasa dah cukup licin dia kikis perempuan tu, maka nya dia akan tinggalkan begitu saja mangsa dan langsung mencari mangsa baru.

Tidak susah pon nak kesan ahli kaki kikis lelaki ni. Taktik yang sering mereka guna adalah menabur kata cinta yang berair-air, meleleh-leleh. Mase mula-mula perkenalan, amboi pijak semut pun tak mati si lelaki ni tadi. Lepastu bila da dapat kepercayan perempuan ni tadi, mulala tunjuk belang. Mula-mula mintak sikit je. Topupkan handphone atau isi minyak kereta. Lama kelamaan makin banyak! Buat bayar kereta tertunggak la..buat bayar kos hospital keluarga sakit la..macam-macam lagi. Bila perempuan tak bagi mula mengungkit di katanya tak sayang..tak cinta Berhati-hati la ya perempuan di luar sana. Jangan sampai jadi mangsa. Lebih baik berambus cepat-cepat sebelum licin harta kita dikikisnya!

2 budak itam!:

aisyah a.k.a ecu said...

btl2... hahaha.... lelaki tektik nya agk sulit... so xdpt kesan klu xtgk bebtl... huhuhu

Cik ERynn said...

ecah
betul sgt la..skg senang je nak jumpe laki mcm ni..bersepah..kat kL lg sepah2...huhu