Pages

Friday, July 9, 2010

Pengecut atau Pak Turut??

Harini aku sangat rajin nak bagi korang kuiz... Kuiz ni untuk mengetahu di dalam perhubungan kamu dengan pasangan, adakah saling bertolak ansur dan bertoleransi? Sila jawab dengan jujur ya!


1) Berapa helaikah pakaian kamu dan si dia yang sama warna?
a) Warna kesukaan sidia? Alamak saya sendiri kurang pasti apakah warna kegemarannya!
b) Ada beberapa helai sahaja
c) Banyak! Supaya senang untuk kamu mengenakan pakaian yang sama warna!


2) Apa pandangan kamu sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang kerap belanja bila keluar bersama?
a) Tidak seronok. Kan lebih baik bergilir-gilir
b) Dianggap miskin. Tidak mahu dianggap tidak berduit sekiranya pasangan saja yang kerap belanja
c) Tidak jadi masalah!

3) Kali ni adalah kali ke 3 si dia memberi alasan tidak dapat bertemu kerana tugas yang belum selesai. Jadi kamu akan...?
a) Merelakan dan menyimpan perasaan terkilan kamu di dalam hati
b) Berasa sungguh kesal dengan sikapnya dan terus memaksa si dia agar berjumpa
c) Membebel dan bertanya pada dia " Mana yang lebih pentin? Hubungan atau kerjaya?"

4) Si dia menyuarakan kepada kamu bahawa dia mengharapkan pasangannya pandai memasak. Sedangkan kamu sendiri tidak suka menjenguk dapur. Kamu akan...?
a)Biarkan impiannya hanya tinggal impian. Mengapa perlu dituruti segala kemahuannya?
b)Belajar memasak makanan yang mudah. Kerana kamu ingin membuat kejutan pada sidia
c)Menghadiri mana-mana kursus masakan untuk memenuhi permintaan si dia!

5) Kamu teringin membelikan minyak wangi yang mahal buat si dia untuk hari jadi. Duit memang cukup, tapi kamu terpaksa mengikat perut pula untuk menunggu gaji seterusnya. Jadi..kamu akan?
a)Tetap membelikan dia minyak wangi itu
b) Membelikan dia minyak wangi yang lebih murah
c) Membelikan hadiah lain yang lebih murah

6) Si dia menghadiahkan kamu sehelai baju. Namun malangnya kamu kurang gemar dengan corak baju itu kerana motifnya membuatkan kamu kelihaan lebih gemuk. Maka?
a)Tetap memakainya sebagai tanda menghargai si dia
b)Memakainya sekali sahaja
c)Simpan saja. Kamu tidak akan sekali-kali memakainya!

7) Si dia gemar memainkan lagu rnb di dalam kereta. Hakikatnya kamu cukup menyampah. Jadi kamu?
a) Cuba mendengarnya sebentar dan kemudia kamu tukar ke lagu yang lain
b) Terus mendengarnya. Kamu tidak akan menghalang si dia
c) Terus menyuruh si dia menutup radio

8) Biasanya si dia akan keluar bersama kawan-kawan kamu..atau kamu yang selalu keluar bersama kawan-kawan si dia?
a) Sidia yang mengajak kawan-kawan kamu untuk keluar bersama
b) Kamu yang kerap mengikutnya keluar bersama rakan-rakan  nya
c) Tak tentu. Lihat pada keadaan

9) Balik dari kolej kamu menerima sms yang memberitahu si dia sedang demam. Si dia mengharapkan kehadiran kamu. Tetapi kamu ada tugasan penting yang perlu di lakukan..Jadi kamu..?
a) Pergi menemuinya. Tugasan boleh dilakukan nanti
b) Mendahulukan tugasan kuliah. Kamu hanya mengirimkan sms menyuruhnya makan ubat dan berehat
c) Beritahu si dia kamu akan datang setelah selesai tugasan kamu

10) Tiba-tiba si dia menyuarakan pandanganya mengenai penampilan kamu. Ada juga menyurh kamu menukar fesyen kamu. Jadi..?
a) Mendengar saja komen si dia. Sama ada kamu mahu ikut atau tidak itu belakang kira!
b) Terus melenting! Menunjukkan si dia sudah mula ada tanda-tanda bosan pada kamu
c) Menurut segala kemahuan si dia dengan mengharap si dia akan lebih suka dengan penampilan baru kamu

11) Si dia bercadang untuk pergi bercuti bersama kawan-kawan sekolej. Si dia sikit pon tidak mempelawa kamu untuk turut serta. Jadi kamu?
a) Membiarkan saja dia pergi bergembira bersama kawan-kawannya
b) Merajuk dan lakukan sesuatu agar si dia jadi serba salah untuk meneruskan hasratnya
c) Menyuarakan hasrat untuk turut serta

12) Kamu merancang untuk mengajak si dia menikmati pizza pada hujung minggu itu. Tiba-tiba si dia terus membawa kamu makan di restoren jepun tanpa meminta persetujuan dari kamu. Jadi kau?
a) Ikutkan kemahuan si dia
b) Terus menarik tangannya sebelum sampai ke restoren jepun itu
c) Hanya menemani si dia makan tanpa memesan apa-apa sebagai tanda protes!

Skor
1 - a=0  b=1  c=2
2 - a=1  b=2  c=0
3 - a=2  b=0  c=1
4 - a=0  b=1  c=2
5 - a=2  b=0  c=1
6 - a=2  b=1  c=0
7 - a=1  b=2  c=0
8 - a=0  b=2  c=1
9 - a=2  b=0  c=1
10 - a=2  b=0  c=1
11 - a=0  b=1  c=2
12 - a=0  b=2  c=1

Hasilnya :

0-5
Perlukah untuk berkorban?
Kamu sendiri masih samar-samar dalam perhubungan. Kamu masih takut untuk memberikan 100% komitmen dalam hubungan.Kamu sebenarnya mengharapkan agar si dia boleh menuruti segala kemahuan dan kehendak kamu, tetapi bila tiba giliran si dia mengharapkan sesuatu dari kamu, ternyata kamu tidak mampu memenuhinya. Malah kamu akan cuba melarikan diri. Kamu perlu berwaspada selalu. Masih belum terlambat untuk memperbetulkan kesilapan diri sebelum hubungan kamu musnah.

6-11
Sama-sama adil!
Kamu dan si dia memang seimbang. Kamu dan dia tidak kisah mengalah bila perlu demi kepentingan bersama. Kamu sedar ada perkara lain yang lebih penting dari terus memaksa pasangan. Namun ada kalanya kamu mengharapkan si dia memenuhi keiniginan kamu.

12-18
Pak sanggup!
Hubungan ini kadangkala membuatkan anda rasa tertekan. Lebih-lebih lagi sekiranya kamu yang sentiasa mengalah padanya. Sikap ini memang tidak baik dalam perhubungan. Cubalah untuk kompromi dengan pasangan agar boleh bertolak ansur.

19 ke atas
Serba tidak kena
Nampaknya hubungan kamu seperti tiada chemistry. Sedikit sukar buat kamu dan pasangan untuk meneruskan hubungan sebegini. Kedua-duanya sama-sama keras hati dan sukar mengalah. Tidak salah untuk kamu meneruskan hubungan ini. Tapi masing-masing akan sentiasa makan hati

4 budak itam!:

Idda Hashim said...

salam
Aduh kuiz2 ni malas nye nak jawab, slalu tipu jwpan akak..hahaha

Cik ERynn said...

kak idda
samela kite kak..kuikuikui..lau nak jwb jujur duduk lam bilik kunci pintu...hahhah

kerangRebus said...

mak oi..pjngnye kuiz... +_+

Cik ERynn said...

12 soalan je....huhuhuhu