Pages

Thursday, July 8, 2010

Lelaki..Mudahnya cinta ditukar ganti!

Sepanjang aku hidup di muka bumi, ini lah satu-satunya realiti yang sehingga kini sangat-sangat aku benci. Maaf jikalau entry ni memanaskan hati kaum-kaum lelaki di luar sana. Tapi inilah hakikat! Aku tahu masih ada lelaki yang "pencinta setia" kat luar sana tapi aku masih belum jumpa lagi. Kalau aku da jumpa nanti aku janji aku akan delete entry ni! Tapi sayang dalam masa 23 tahun aku bernafas dalam dunia ni...memang itulah lelaki yang aku kenal.

Aku tahu zaman sekarang nisbah perempuan lebih ramai dari lelaki. Aku juga tahu lelaki muslim diharuskan berkahwin lebih dari satu. Tapi aku rasa itu bukan alasan untuk mereka jadikan perempuan ni macam stesen bas. Tunggu kat stesen and pilih bas mana yang anda nak naik. Jika tidak suka, boleh turun di stesen lain dan pilih bas lain pulak.


Mereka ini juga tidak kisah bas mana pun yang akan berhenti asalkan bas itu boleh memberikan keselesaan. Samala juga ceritanya dalam sesuatu perhubungan. Couple bertahun-tahun, tiba satu masa anda berpisah kerana tidak sehaluan. Seminggu lepas tu je lelaki da mampu cari pengganti dan lupakan segala perjalanan suka dan duka bersama kekasih yang dahulu. Sedangkan si perempuan pula ambil bertahun-tahun untuk melupakan mereka.

Mudah je kan? Yang perempuan beriya-iya menjadi setia dalam sesuatu perhubungan sedangkan yang lelaki boleh lagi bersuka ria dengan pelbagai jenis skandal. Anda dah jumpa lelaki paling setia dalam dunia? Sila kenalkan pada saya!

4 budak itam!:

Mr SyahDila said...

eerr..
no komen.. tapi syah setia pada yang satu.. hehhee..
dila dihatiku..

Cik ERynn said...

heheh bagusla setia...tp apa yg ryn maksudkan...bile katekan da clash...lelaki mesti cepat gile dpt pengganti..hihihi

Anonymous said...

assalamualaikum, huhuhu best artikel ni, dan kalu nak respon jujur dari aku, lelaki ni jenis setia pada yang satu. kalu dah clash, dah tentu tak bersama ngan ex dier lagi, so lelaki akan bersungguh2 untuk lupakan yang lama tak kira ler ngan aper cara pun (cam contoh time aku dulu, aku frust tonggeng) so bile dah ader yang baru tu, of course lelaki akan start balik proses setia dier, takde dah nak ingat kenangan yang lalu... tu baru kata setia, berbanding dah ade pasangan baru, tapi asik dok teringat kat ex... maner yang lebih baik?

Cik ERynn said...

wassalam..
betul...mmg setia..tp bile da clash cepat betul dpt pengganti...ada betul jugak pendapat awak tu kan...siapala yg tahu dalam hati lelaki ni kan..huhuhu...