Pages

Thursday, July 15, 2010

Janda selalu dipandang hina...


Dah seminggu tak update blog. Sebab pergi ke Perak menguruskan adik yang baru je nak daftar kolej. Pastu tambah lagi dengan cuti-cuti Malaysia...heheh . Cerita tentang ramalan Paul si sotong bijak mengenai kemenangan Spain dalam World Cup pon aku rase da basi untuk aku buat entry...So tajuk entry yang sesuai untuk kali ni aku rasa pasal janda.

Bila sebut je janda komfem ramai wanita-wanita tak kirala berstatus isteri ke waima berstatus girlfren sekalipun pasti akan menjauhkan diri dari mereka2 ni. Takut la kalau2 pakwe atau suami tergoda penangan janda. Rata-rata lelaki pasti cakap..janda ni banyak pengalaman berumahtangga. Haiii...bila lah agaknye label sebegini akan hilang? Sebenarnya bukan senang nak hilangkan jika mereka sendiri tidakpandai menjaga diri selepas bergelar janda.

Lihat ajalah kes yang tengah kecoh sekarang ni. Pasal si janda anak satu Tom juara Mystarz LG tu.  Nama sebenar malas aku nak taip pasal pe...nama tu tak sesuai untuk die. Merosakkan nama je kan.,.. Dia kata dia artis so die boleh amik suami sape2 pon! Die kata die artis die boleh kawan dengan jantan mana pon! Sebab? Sebab dia artis dan die janda! Kalo die buat maksiat dengan sesiapa pun orang  takkan tahu sbb da janda. Lainla anak dara.... Bila dia sendiri da membuktikan pada satu dunia bahawa perempuan janda berperangai sebegitu..bertambah-tambah meluat dan bencila wanita-wanita termasuk aku sendiri kepada perempuan2 janda ni....

Terbaca juga di Majalah Mastika...janda lori. Yang mana pemandu-pemandu lori ni mendapatkan khidmat seks melalui janda-janda yang menunggu di tepi-tepi jalan untuk dikutip dan diberi sedekah selepas melakukan maksiat....di dalam LORI!. Dalam lori pon jadik kan...rendahnya nilai diri mereka ni. Aku jamin selepas ni isteri-isteri para pemandu lori pasti akan terbit rasa curiga dan was-was pada suami mereka.

Jadi janganlah salahkan orang lain kalo janda sehingga kini masih tetap dipandang serong dan hina oleh orang luar... Walaupun aku tahu TIDAK SEMUA wanita janda sebegitu. Tapi pepatah melayu itu selalunya tidak pernah silap. Kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga!

2 budak itam!:

Idda Hashim said...

salam Ryn
Saya pernah jadi mcm tu selama 6 tahun, pelbagai halangan dan rintangan yg perlu dihadapi, masalah ex husband x bagi nafkah kat anak2, tapi agaknye berkat jaga anak dan kesusahpayahan, maka Allah berikn sy suami skrg yg sgt baik dan bertanggungjwb.

Cik ERynn said...

kak idda
Alhamdulillah akk da bahgia skg kan...itula...disebabkan org lain...satu kaum dapat tempias...susah nak idop janda ni...banyak mate serong...tp bile sorang da buat silap..mesti org ckp "janda..mmg mcm tu" yg janda baik2 tuh same terpalit