Pages

Thursday, July 15, 2010

Selamat Ulangtahun..sayang~

Malam ni aku agak emotional. Dan amat jiwang dan amat sensitif dan amat terharu serta amat bersyukur. Kalo ada yang rasa nak termuntah-muntah baca entry aku ini. Sila tekan butang close...
Tak payah nak poyo2 geli sebab aku tahu semua orang buat benda ni cuma aku terlebey baik nak share kat sini apa yang aku sedang rasa...heheheh

Malam ni 12 am bersamaan 16 Julai...merupakan ulangtahun ke-3 aku dengan si dia...Formally of course.. Ikutkan sebenarnya aku da kenal dia masuk 6 tahun tapi 3 tahun pertama memang banyak sangat yang aku dah lalui. Tapi kata orang jika sudah jodoh pasti akan bersama juga. Ya betul! Hingga kini dia masih disisi aku.

Aku bersyukur kepadaNya kerana mempertemukan kami. Dan aku akan terus berdoa pada Nya agar terus memberkati kami sehingga ke akhir hayat.. Dia terlalu bermakna buat aku. Terlalu banyak yang telah dia curahkan pada aku. Aku yakin seandainya dia bukan milik aku kelak.....aku pasti tiada sesiapa yang mampu sabar dengan aku seperti dia.

Aku takmo letak speech jiwang2 dalam ni. Tapi apa yang penting aku dan dia tahu apa yang kami inginkan dalam perhubungan ini. Sebagaimana dia selalu ada pada setiap saat aku memerlukan...aku juga ingin bersamanya dalam setiap saat yang dia perlukan.

Selamat Ulang tahun sayang~

2 budak itam!:

Suziey said...

Isk2.... enivesary..... happily ever...after SHREK.....

Cik ERynn said...

hahaha shrek tu beast...lol hahahha