Pages

Thursday, May 27, 2010

Bidadari Syurga

Entry kalini aku nak share satu artikel yang aku jumpe lam laptop abah..aku suke artikel ni..and nak share ngn korang...

~Bidadari Syurga~

Bertanya si adik kecik pada sang bidadari berwajah manusia,
"wahai kakakku, mengapakah lemah kaum Hawa itu, asyik bertemankan tangis dan sendu sahaja?" Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia, "Wahai adikku, bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tetapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis dan sendunya itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki..menjadi izzah yang paling gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat daripada kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tapi senjata".

Si adik tidak berpuas hati lalu dipertikaikan lagi
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia" Tersenyum sang bidadari berwajah manusia. "Pernahkah adikku dengar pesanan Illahi pada hambaNya? Wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah s.w.t berfirman lagi antara maksudnya, wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai pada siapa terlebih dahulu Allah swt menyampaikan pesananNya? Pada hamba yang bergelar Ar-Rijjal. Kerana andai sang lelaki menjaga pandanganNya, maka tak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita syurga bergelar Hurun'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Namun wanita yang beriman itu, kata Rasulullah lebih tinggi martabatnya. Bukan fitnah semata-mata jika ar-Rijal dan an-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Illahi itu. Sesungguhnya wanita yang beriman dan solehah itu lebih baik daripada seribu lelaki yang soleh"

Adik masih tidak berpuas hati.
"Tetapi kakakku, kenapakah wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu?" Sang bidadari menguntum senyum penuh makna. Aduh! Terasa semakin terasa mendalam sayang kepada penghuni Jannah ini. "Wahai adikku sayang, Al-Haya' itu ada didalam setiap diri insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan Al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana Al-Haya nya lebur, iman nya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik..merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi. Namun adikku, wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu"

Adik garu-garu kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yang soleh didunia? Bagaimanakah adik hendak kenali mereka?" Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga Allah merahmati mujahid kecil ini. Berjihad di dalam dunianya sendiri? "Wahai adikku, di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali dengan wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pada hatinya..pada akhlaknya."

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. Namun adikku, jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu. Kerana dalam hati mereka, tetap ada satu permata indah..perasaan cinta pada Allah. Kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. Adikku, mereka ini tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak Allah. Cuma kadang2 terma solehah itu terasa berat di bahu mereka. Kadang mereka takut pada persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya wara' itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalag wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa. Allah tidak menjadikan makhluk ini tanpa tujuan dan garis panduan. Allah tidak zalim kepada ciptaanNya bila mana die menciptakan Hawa itu dari rusuk Adam, Dia telah mengetahui apakah sebaiknya buat makhluk bergelar Hawa ini. Ditinggikan martabat golongan Hawa ini. Tetapi sayang, golongan Hawa ini kadang2 merendahkan martabat mereka yang Allah jadikan penuh kemuliaan.

Wahai adikku,
1001 keindahan penciptaan wanita.Pandai2 la dikau menilai, antara permata dan debu2 kilauan pasir. Wahai adikku, wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti..amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. Tapi..epal yang tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik,susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi..elok sifatnya, sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya. Mungkin bukan didunia tpi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan didunia,asalkan cinta Illahi mengiringinya. Tak semestinya dipetik di taman dunia kan? Tapi lebih bermakna bila Allah sendiri mengarahkan hamba yang disayangiNya untuk memetik di taman di akhirat kelak" Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yang besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya kini sudah berakhir buat masa kini. Pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku..sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata Allah swt..kamu kanak2 adalah penghuni syurga! Alangkah bertuahnya dirimu adik..dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia..berhakkah aku menjadi bidadari syurga??

Wallahu'alam

0 budak itam!: