Pages

Friday, June 18, 2010

Lelaki..tlg jangan mainkan hati wanita - Part 3

.....hati si awek berkecai..kepalanya bercelaru..bermacam2 perkara yang difikirkannya. Kenapa dia boleh hanyut mencintai si pakwe. Sedangkan si pakwe tidak setulus yang diharapkan. Berkali kali die fikir..kenapa die boleh membuka hatinye dahulu sedangkan adalah lebih baik baginya tidak cube menerima cinta baru...tapi tu sume sudah pon terlambat... dalam hatinya kini cuma tinggal perasaan marah dan dendam pada insan bernama lelaki!


Hari2 yang berlalu selepas itu membuat kan si awek kecewa tadi hilang tumpuan. Segala yang dilakukan seperti ada yang tidak kena.. Dia mesti lakukan sesuatu. Die mesti bertindak! Pagi itu gadis itu mencari kawan baiknya yang menyamar sebagai 'awek vip'. Ingin tahu perkembangan cinta mereka. Luluh nya hati si gadis...apabila ditunjukkan sms menyakitkan itu. Lelaki itu dengan bangganya menyatakan dia dan gadis telah berpisah. Dan menyunting si awek vip menjadi cinta hatinya yang baru. Mudahnya lelaki bertukar ganti cinta!

Setiap hari si gadis menemui si awek vip. Mungkin masih berat hatinya untuk menerima segala yang terjadi. Dia masih ingin ambil tahu. Kerana sayangnya masih bersisa.. Cuma sayangnya itu kini bercampur dendam. Lepas beberapa minggu si gadis tidak sedap hati. Hajat hati mahu menyatakan semuanya yang terjadi. Dia meminta si awek vip berterus terang akan duduk perkara sebenarnya. Siapa dia awek vip sebenarnya. Namun sayangnye...si awek vip td sudah mula mengambil rentak. Dia tidak mahu berundur. Kerna die seakan sudah bahagia bersama "cinta" rekaannya.

Akhirnya suatu hari..si gadis bertindak. Memang dia masih marah..tapi dia tidak mahu menjadi seperti si lelaki tadi. Dia tidak mahu menjadi penyebab sebuah lagi episod kesedihan. Lalu dia ceritakan segalanya... Terkejut bukan kepalang si lelaki. Mungkin ada perasaan malu...kerana mudah terjerat permainan dua wanita. Lalu..begitu mudah juga die melukakan hati awek vip tersebut dengan perkataan yang menikam. Hati si gadis tidak senang. Dia juga wanita..mudahnya bagi si lelaki berkata sesuka hati pada mana2 wanita yang dia suka dan tidak dia suka. Ahh lelaki ini tidak mungkin akan berubah!

Si gadis rase tercabar...apatahlagi si awek vip itu rakannya. Dia juga la penyebab mengapa rakannya itu terjerumus ke dalam cinta rekaan itu Kerana dia tahu..rakannya itu belum pernah merasa cinta tulus dari insan bergelar lelaki. Kerna itu dia mudah tewas...Si gadis tidak pernah menyalahkan rakannya Malah berterima kasih kerana membantu dia mengenali hati budi lelaki ini. Maka si gadis tadi membuka langkah.... Lelaki ini harus terima semua yang telah dia lakukan! Dia perlu belajar menghargai wanita! Akhirnya si gadis kembali menjalin kasih pura2 bersama lelaki itu.......................................................................................................

0 budak itam!: