Pages

Wednesday, June 2, 2010

Melaka Maju 2010..

Well...sebagai anak melaka actually aku sangat berbangga dengan perkembangan yang boley kite nampak kat Melaka ni... Walopon Melaka ni tidak besar mcm negeri-negeri lain tapi aku rasa apa yg ada sekarang sudah cukup untuk aku letakkan Melaka ni sebaris dengan negeri2 membangun di seluruh Malaysia...Biarla apa org nak kata ttg Dato Mohd Ali Rustam...sbb aku honestly x pandai nak cerita bab politik...biarlah aku cerita ttg apa kemajuan yang telah beliau bawa untuk Melaka harini.


Bersesuaian dengan misi yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Melaka iaitu "Membangunkan Negeri Melaka Secara Berimbang Untuk Mencapai Status Negeri Maju, Cemerlang, Gemilang, dan terbilang Menjelang Tahun 2010 Seiring dengan Wawasan 2020" atau dengan kata lainnya "Melaka Maju 2010" aku rase korang sendiri boleh nampak perubahan Melaka. Dulu Melaka ni banyak nau hutan2...and aku igt lagi mase aku sekolah dulu port aku melepakking hanyala Mahkota Parade dengan Jusco lama tu...asal hujung minggu je aku hello2 member "wehh jomla apa lg turun MP" hahha aku igt lg word MP tu mmg da sejiwa dengn anak jati Melaka ni....kalo x pegi MP aku lepakking kat Ocean...tapi aku x berapa suke sgt pg Ocean tu kalo dengan member2..ak pegi sana selalu dgn family...kalo korang org Melaka mesti korang tau kenapa..banyak sgt jebeng buat port kat situ..rimasss...penah member aku siap bg nama "Kota Jebeng" hahahah Tapi honestly kalo korang nak beli baju2 murah Ocean mmg tempat yg tepat..kalo setakat 3 helai baju aku penah beli baru rm30 lebey...bayangkan average sehelai baju tu? Weh..eskius me eh bukan baju tido..of cos la baju untuk melaram sakan...hehhe...kalo kat pekan rumah aku baju tido je da RM10...ko bygkan baju melaram bley dpt selai rm10++ kat Ocean...mcm syurga la jugak..

Tapi aku tahu org Melaka ni sume mcm org Amerika...nak pegi tempat yg ade kelas je..hahha biar la mahal pon baju kat MP tu..janji bile org tanye mana ko beli baju...dengan kembang kempis la idung menjawab "Kat MP je" hahhaha...Tapi seiring dengan kemajuan Melaka..ak rase MP org da x heran sgt...Tgkla Bangunan AEON yg baru bukak tuh...Dataran Pahlawan...nak shopping sebulan pon x habis beb! Tapi setakat ni ak belum penah beli baju kat AEON baru tu...dtg makan2 je la..hehhe...tak cukup dengan tu...TESCO baru pon akan dibuka nnt kat Cheng...Aku x pasti bile tpi jangkaan siap buka sepenuhnya pada bulan July ni..sama2 la kite nantikan..Besar la jugak Tesco tu...alahaiii org Melaka....habisla duit tabung korang....hahah..

Dan pada siapa yang x tahu lagi Melaka da bukak satu lagi tempat beriadah..Melaka Wonderland..hahah...pada siapa yg da tahu dan da pegi tu sila la share pengalaman korang..Aku x pegi lagi sbb katanya ada dua games yg belum siap..so aku nak tgu tempat tu betul2 siap baru pegi..pada aku sendiri..aku sendiri mcm terkene culture shocked bila Melaka tb2 bukak bermacam tempat baru.. Tb2 aku jd seronok sbb ak tgl kat Melaka ni.. Sesuaila dengan Moto yang Kerajaan buat "Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia" tabik spring sama kamu!

Ya pengumuman untuk anda yg dulu dok mengutuk Melaka ni sengkek yee...rasain lo..hehhehe..sape yg tak tahu lg meh aku nak gtau...Igt x lg korang Eyes Of Malaysia yg kecoh dulu disita dan ditutup sbb x bayar duit/kos pemindahan Roda Gergasi tuu? Well...aku nak gtau...Kerajaan Melaka telah berjaya mencapai kata sepakat dengan pemilik Roda tersebut untuk menyewanya dan bukan membelinya...Syarikat yang mengambil alih operasi Roda Gergasi tu adalah syarikat yang same mengendalikan Melaka Wonderland Theme Park...Dan menurut kata Dato Ali, Roda Eye On Malaysia akan mula beroperasi semula pada 1 hb Jun 2010....Tahniah Kerajaan Negeri Melaka!! Kini Melaka sudah punyai banyak fasiliti yg boleh dibanggakan...Kalo disingkap Structure pertama yang menaikkan Negeri Melaka adalah Melaka Central...skg...anda datangla Melaka..anda pasti teruja!!


Buggy Ride di Botanical Garden *Baru


Melaka Wonderland Theme Park


AEON Melaka


Eye One Malaysia


Marila Melawat Melaka!! Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia!

0 budak itam!: