Pages

Thursday, June 10, 2010

Sukma XIII, Melaka! Cari Homestay??

Seperti mana yang seluruh rakyat Malaysia dah tahu, tahun ni Melaka adalah sebagai tuan rumah untuk Sukan Malaysia xiii 2010 kan kan kan? Sape yang tak tahu tu sile la bungkus kain baju sekarang dan pindah ke Africa! Heheheh.. Aku sebagai penduduk Melaka tetibe rase bangga jap. Mane tak nye kan..mase ni la nak sume orang tahu Melaka ni cantekk!! Hehe... Sukma da pon bermula pada 7 Jun lepas dengan perlawanan bola sepak di Stadium Hang Jebat and aku nak la dengan bangga bagitahu korang skg Melaka lead dengan 4 emas 1 perak dan 1 gangsa (ketika entry ini ditulis). Melaka sekarang di tangga teratas tau!



Ok tutop intro! Aku pasti mase ni la ramai nak cr tempat bermalam kat Melaka. Kompem hotel2 mahal atau murah sume full booked disebabkan Sukma ni. Tapi kepada sesapa yang masih sedang  mencari tempat rehat atau homestay dengan budget yang murah daripada hotel tapi tahap keselesaan macam anda berada di rumah sendiri...aku boley bantu! Don worry. Sebagai rakyat Melaka yang prihatin mcm aku ni...mestila teruja nak sambut tetamu luar datang ke Melaka kan...

Ok pada sesapa yang nak cr homestay di bawah RM200/sehari actually kat kawasan rumah yang aku sewa sekarang pon banyak. Apartment Taman Tasek Utama. Kemudahan bergantung pada homestay yang anda pilih. Ada yang siap aircond, tv dan astro. Dapo untuk memasak dengan peti ais pon siap. Tapi kene la pandai pilih ok. Apartment yang aku maksudkan ni 5 minit je nak ke MITC Melaka. Tak jauh dari Bandar Melaka atau mana2 destinasi pilihan. Mydin Hypermarket pon ade (yang besar tuuu). Untuk dapatkan homestay di kawasan ini anda boleh la [klik sini] atau [klik sini]

Homestay Apartment Taman Tasek

Apartment tu ade 3 bilik je..kalo anda datang dalam 5-6 orang ok je nak tido...tapi sekiranya anda bawak ramai sikit. Anda boleh la try homestay yang satu ni. Die tahap banglo dua tingkat. Tapi harga berbaloi. Kurang dr RM200 semalam. Ade 4 bilik tidor. Homestay ni terletak di Taman Jati Batu Berendam. Dekat dengan airport Melaka. Siap aircond. Strategik sbb boleh jumpe kedai runcit di kawasan sekitar. So x perlu risau la kalo lapa ke malam2 kan. Untuk maklumat lanjut pasal homestay yang aku maksudkan ni boley la [klik sini]

Banglo Homestay 4 bilik

Homestay yg ni kat kawasan kampung
(sinila rakaman waris jari hantu!)

Sebenarnye tu cuma diantara dua homestay yg femes kat kawasan bandar Melaka. Nak cerita mmg banyak. Esok pon x habis taip..Tapi jangan riso. Untuk tengok2 lagi segala bagai jenis homestay yang ade kat Melaka ni anda sume boley klik link dibawah. Macam2 ade..cuma anda perlu buat pilihan bijak ya.. Sbb time2 mcm ni la tuan rumah nak demand2 tapi korang boley runding baik baik la dengan tuan punye homestay. Budi bahasa kan budaya kita!!

[Klik sini untuk lebih banyak senarai Homestay/Rumah Rehat di Melaka]

[Klik sini untuk lebih banyak senarai Homestay/Rumah Rehat di Melaka]

[Klik sini untuk senarai Hotel dan Resort di Melaka]

Selamat Datang Ke Melaka! Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia!!!

0 budak itam!: