Pages

Tuesday, June 29, 2010

Pengemis Jalanan


Pagi-pagi lagi da sangat berusaha nak update blog yang da berlumut ni. See..kan da hijau berlumut page ni da..heheheh. Topik arini adalah pasal pengemis. Kalo anda (andaa?? sopan la pulok) pergi mana-mana kompem akan terserempak dengan pengemis.Jantina mereka ini pelbagai...ada kecik, ada besar, lelaki, perempuan, hatta seorang warga tua yang sepatutnya duduk dirumah sambil goyang kaki. Kalau difikirkan balik logik ke Malaysia yang semakin pesat membangun ni tetapi golongan2 pengemis ini masih bersepah2? Rasanye pelbagai jenis komuniti yang telah ditubuhkan seperti baitulmal, melalui pemberian zakat2..tabung2 derma ihsan dan banyak lagi la untuk membersihkan warga jalanan ni. Tapi kenapa?? Kenapa golongan mereka ini masih ramai bersepah2...Sampaikan da siap ada pelbagai bangsa lagi seperti Nigeria, Arab, Pakistan dan sebagainya? X ke pelik? Xkan mereka ni datang Malaysia semata2 nak mintak sedekah kan? Dengarkan (ok! boleh baca je) pengakuan atau pendedahan seorang hamba Allah ni pasal aktiviti fakir miskin holdings ni kat tanah Malaysia ni.

......................................................................


ARTIKEL INI DITULIS UNTUK ANDA BACA, KAJI, TELITI DAN AMBIL IKTIBAR DARINYA. IA BUKAN DITULIS HANYA UNTUK SUKA-SUKA, TETAPI SEBAGAI PANDUAN, INGATAN DAN TINDAKAN ANDA JIKA ANDA BERDEPAN DENGAN SITUASI YANG MENGELIRUKAN PEMIKIRAN ANDA INI.


(Simpanan foto-foto kes yang saya hadapi ketika berdepan dengan golongan ini, masih gagal saya kesan di mana saya simpan. Saya akan upload setelah saya berjaya mengesannya dalam simpanan saya)


Kita bukan tidak kasihan kepada mereka, kita juga bukan tidak simpati, dan kita juga bukanlah manusia yang tidak berperikemanusiaan.Tetapi, wajarkah kita sebenarnya ditipu oleh kecacatan mereka dengan jalan yang amat menjijikkan semata-mata untuk 'memerah' wang kita dan mengalir masuk ke kocek mereka dengan jalan yang amat mudah.

Mereka mengemis, meminta simpati dan sampai yang sanggup mengalirkan airmata, dan menggunakan kanak-kanak, bayi, semata-mata untuk mendapat simpati dan wang kita.
Malangnya, orang Malaysia terlalu mudah ditipu, apalagi memberikan simpati tidak bertempat.

Sebenarnya, bukan sedikit, malah ramai dari kita merasa amat serba-salah apabila didekati golongan begini, terutama di restoran, kedai makan atau di tepi jalan.
Mungkin ada terfikir begini:

"Kalau aku sanggup makan habis RM10, takkan aku tak boleh bagi mereka ini RM1?"


"Sedekahlah... InsyaAllah murah rezeki aku.."
Bohong jika anda tidak mengaku, bahawa anda sebenarnya malu apabila orang lain dengan senang hati memberi, tetapi anda menolak untuk mengorbankan wang anda kepada mereka.

Bohong juga jika anda tidak mengaku, anda sebenarnya amat-amat simpati kepada mereka.
Siapakah mereka ini dan bagaimanakah mereka beroperasi serta bagaimana untuk anda menepis atau menolak atau sekurang-kurangnya, membuatkan mereka berambus dari anda.
Untuk pengetahuan, mereka ini sebenarnya lebih kaya, lebih senang lebih mewah dari anda, tetapi kerana 'profesion' mereka adalah sebegitu, maka anda sebenarnya tertipu dan ditipu hidup-hidup.

Rencana ini saya tulis setelah saya berdepan dan membuat kajian selama kira-kira 10 tahun mengenai penyakit yang sebenarnya selama ini membodohkan diri anda sendiri.
Kategori pengemis/peminta sedekah:

1. Kanak-kanak - mereka ini pula terdiri dari 4 jenis
-bergerak sendirian
tanpa bantuan sesiapa tapi kemahuan mereka sendiri

-sindiket
mereka sebenarnya di'bela' oleh sindiket yang menyimpan kanak-kanak ini biasanya anak yatim, yatim piatu, mereka yang lri dari rumah.

Kanak-kanak ini akan ditinggalkan di sesuatu lokasi yang telah ditetapkan untuk menjalankan kegiatan ini dan akan diambil semula pada waktu tertentu, biasanya menggunakan van.
- bersama ibubapa/orang dewasa

kegiatan bersama orang dewasa menyebabkan orangramai bersimpati dengan keadaan kanak-kanak lalu anda bermurah hati untuk bersedekah.
- sekolah-sekolah pondok yang bertopengkan agama

kanak-kanak akan diperalat konon sebagai latihan untuk berniaga. Mereka akan dibekalkan dengan barangan seperti kalendar, surah yasin, pen, kad-kad konon sebagai sedekah atau membiayai apa-apa madrasah atau apa sahaja yang terlintas.

2. Orang dewasa
- mereka juga biasanya menggunakan kanak-kanak atau paling kronik, menggunakan bayi sebagai objek untuk simpati orangramai.
- gunakan taktik - seperti ketiadaan wang untuk bayar bil hospital
- kena ragut
- tertinggal bas, duit tambang takde
- sesat, nak balik kampung duit dah habis

3. Golongan OKU
- mereka paling mudah mendapat simpati, terutama golongan buta atau kecacatan tubuh badan.
- mereka paling beruntung kerana selain menipu orangramai, mereka juga ditipu sindiket lain yang menggunakan mereka.

Taktik mereka:
Gunakan surat/kepala surat yang menerangkan kecacatan mereka, dan konon mendapat sokongan dari Hospital, jabatan Agama untuk mengutip derma.

Menjual tisu sebagai alasan supaya anda tidak rasa bersalah jika anda hanya memberi wang, tetapi tidak dapat apa-apa.

Bagi yang buta, mereka biasanya akan dipimpin oleh biasanya wanita yang sihat wal-afiat konon sebagai penjaga, isteri, dan dengan selamba pergi dari meja-ke meja meminta wang.
Mereka juga kadang-kadang didalangi sindiket yang menghantar dengan kenderaan seperti van ke sesuatu lokasi.

Mereka yang membawa/memimpin sibuta, akan diberi komisen akan kutipan yang dapat. Si buta sebenarnya dipergunakan oleh wanita atau sindiket terbabit.
Ada dari mereka sebenarnya berpakat biasanya dengan oemandu teksi yang membawa ke sesuatu lokasi. Teksi akan menunggu sehingga urusan selesai dan membawa ke lokasi lain pula.

Pemandu teksi akan turut mendapat komisen.
Kepada pemandu teksi yang terlibat,yang membaca artikel ini, bertaubatlah, anda sebenarnya hidup tidak diberkatiNya kerana bersubahat untuk menipu dan memperdaya orangramai.

DARI MANAKAH MEREKA INI?
1. Rakyat Malaysia - seperti anda, mereka juga rakyat Malaysia. Bezanya, mereka mungkin tinggal di kediaman lebih mewah dari anda, dan ada yang tinggal di hotel untuk tempoh tertentu sebelum berpindah ke lokasi lain.

2. Pelarian Rohingya - mereka menggunakan tiket pelarian Rohingya dan menggunakan kad UNHCR (Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian)

3. Negara China - mereka datang ke Malaysia semata-mata untuk mengemis kerana mereka tahu rakyat Malaysia amat pemurah.

4. Afghanistan - mereka datang konon sebagai jihad untuk rakan mereka di Afghanistan

5. Timur Tengah - juga menggunakan agama sebagai alasan meminta sedekah.

6. Thailand/ Indonesia- juga taktik seperti dari negara-negara lain

7. Warga Eropah yang biasanya membawa macam-macam surat akuan atas namakebajikan /'charity. Minta untuk dilihat paspot mereka, yang pastinya mereka akan mengeluarkan yang fotostat.

Tahukah anda, kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk sesiapa jua untuk meminta derma dari meja ke meja. Dan mereka yang biasanya mendakwa dari Amerika sejauh itu mampu datang semata-mata untuk jual rantai kunci atas nama kebajikan atau persatuan orang buta atau pekak di Amerika.

Sungguh bodoh anda yang terpedaya dengan konsep charity mereka itu.

BAGAIMANA MENGESAN DAN MEMERANGKAP PENGEMIS/PEMINTA SEDEKAH INI.
1. Jika kanak-kanak yang datang, anda minta kad pengenalannya. Tanyakan datang dengan siapa. Ambil foto dengan telefon bimbit anda. pasti mereka akan lari.
2. Jika mereka datang membawa surat, helaian kertas, minta kertas itu, dan jangan tengok sekali imbas. Ambil, dan baca dengan teliti.
Perhatikan butiran berikut:
- Surat atau helaian biasanya adalah fotostat. Sindiket cuma perlu menukar nama pemegang, dan isinya dengan pengemis lain adalah sama.
. Jika kertas menggunakan kepala surat dari Hospital, tengok tarikhnya. Biasanya dah bertahun atau paling baru, ialah tarikh setahun lalu.
(Rujuk posting sebelum ini)
Mustahil untuk membayar bil rawatan, memakan masa bertahun untuk mengemis, takkan tak cukup-cukup lagi dapat duit.
KISAH 1
Saya pernah didatangi seorang lelaki yang kudung kakinya bersama seorang kanak-kanak di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi.
Dengan bertongkat, dan memegang album dan kertas, dia pergi dari meja-ke meja dan saya anggarkan, dalam RM100 dia dah dapat. Saya tak sabar untuk 'menyambut' lelaki tersebut dan budak itu.
Tiba di meja saya, saya minta kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dia berjaya tunjukkan pada saya.
Kemudian saya minta album dan surat yang dia bawa. Dari surat, saya baca bahawa kononnya dia adalah pemandu bas yang terlibat kemalangan dan sebelah kakinya terpaksa dipotong.
Ok, lulus, memang kakinya takde sebelah.
Saya tengok album dibawanya. Gambar dia sekeluarga.
Tetapi apa yang membuatkan saya rasa amat jijik dengan manusia penipu ini?
Sebabnya, surat yang dibawanya menerangkan dia memerlukan kira-kira RM1000 untuk membeli kaki palsu. Malangnya, surat yang dibawanya telah usang, buruk dan kotor bertarikh tahun 2000. Bermakna, dah 8 tahun dia menjaja surat itu konon untuk beli kaki palsu yang harganya RM1000.
Bayangkan, jika dia mula mengemis dari tahun 2000 ke 2008, dan katalah dia hanya dapat RM1 sehari. Anda kiralah begini:
RM1 x 365 hari x 8 tahun = RM2, 920-00
Bukankah kaki palsu itu hanya berharga RM1000 seperti dalam surat, dan takkanlah dah 8 tahun tak dapat kumpul lagi.
Tetapi jika dia dapat paling kurang RM10 sehari, maka dalam 8 tahun dia akan dapat:
RM10 x 365 x 8 tahun = RM29,200-00
Saya sempat berceramah dengan lelaki itu tanpa langsung rasa simpati dengan kecacatan dia kerana dia sebenarnya menggunakan kecacatan itu untuk menipu. Saya tau, ramai di restoran ketika itu menyesal memberi wang kepada lelaki itu.
"Bang, dengan segala hormatnya, abang BERAMBUS dari tempat ini. Kalau nak hidup menipu, saya minta maaf. Atau saya serahkan abang pada polis."
3. Bagi OKU buta, mereka biasanya akan mendakwa datang dari Brickfields di Kuala Lumpur. Minta kad OKU/orang buta mereka.
Biasanya, mereka enggan memberikan kad itu atau kad telah luput tarikh.
Tanya pada mereka yang membawa mereka, dan minta tengok Kad Pengenalan. Biasanya, taktik ini menyebabkan mereka terus beredar dari anda.
Jika anda mahu, ambil foto. Snap betul-betul di depan muka kedua-dua mereka.
Dan jika anda rajin, ikut mereka ( tanpa disedari) dan percayalah, kebiasaannya ada sebuah teksi yang sudah menunggu...
Betapa bodohnya anda tertipu dengan kebutaan mereka yang sebenarnya mereka lebih kaya dari anda, tetapi memperdaya fikiran anda dengan mata yang buta itu.
4. Jika anda didatangi mereka yang membawa surat terutama dari Jabatan agama mana-manapun di negara ini, maka saya berani beritau, ia adalah palsu. Apa lagi jika surat itu dari negara jiran yang kita tidak tahu kesahihannya.
Untuk makluman, tiada pejabat agama, Majlis Agama di negara ini mengeluarkan apa jua bentuk surat yang menyokong perbuatan mengemis ini.
Kita ada Baitul Mal dan mustahil kita memberikan lesen untuk mengemis sedangkan kita boleh bantu dengan banyak perkara jika mereka benar-benar susah, dan bukan dengan jalan mengemis.
Jika anda benar-benar sakit hati, anda minta surat itu, cuba telefon mana-mana nombor yang ada disitu. Atau jika ada kenalan di mana-mana Pejabat Agama, Majlis Agama, minta pengesahan.
Saya berani kata, pengesahan yang anda dapat ialah - itu adalah surat palsu...!!!
5. Bagaimana pula jika tiba-tiba ada yang datang, bawa buku agama, dan minta anda derma dengan ikhlas. Dan, terbukalah hati anda untuk menderma kerana anda kesihan mereka dan demi ugama.
Baiklah, anda kata, anda nak derma RM1 dan mahu buku yang dibawa.
Apa jawapan anda dapat?
"Encik, takkanlah bagi RM1. Buku ni harganya RM15."
" Tadi kata derma ikhlas? Kenapa nak paksa jadi RM15? Kau ni nak jual buku ke atau mintak derma?"
Ok, dengan itu, terbukti, mereka gunakan buku agama itu untuk minta sedekah, walhal buku itu sendiri anda patut ragui dari mana sumbernya dan siapakah yang menjadi dalang memaksa mereka menjual buku itu kepada anda. Jika jual buku, buatlah cara jual buku, jangan gunakan perkataan derma ikhlas.
Nah, jika anda nak sangat pada buku yang sebenarnya boleh anda beli RM3 di kedai buku, maka anda belilah. Bayarlah RM15, dan minta resit.
Tapi, sebenarnya, resit itu adalah resit palsu yang takde alamat, takde nombor telefon dan kalau adapun, alamat palsu...
KISAH 2
Sedang makan di sebuah restoran di Bangsar, saya didatangi dua lelaki dari Timur Tengah, berjubah putih, kotor pulak tu. Mereka berjambang, berkopiah.
"Salam...Fi Sabilillah.."
Dan mereka hulurkan tangan, mungkin untuk bersalam...
Saya hanya menyentuh tangan mereka sedikit. Bukan sombong, tetapi apa guna saya menghormati mereka yang dah saya anggap, bakal menjadi mangsa sergahan saya nanti.
Selepas membebel pasal minta derma konon untuk rakan di Afghanistan untuk jihad, saya terpaksa potong cakap mereka.
"Paspot? I want to see your passport."
Mulanya mereka enggan dan mereka mungkin pura-pura tak faham English, tetapi, perkataan pasport, mereka faham.
Mereka berdolak dalik, dan akhirnya saya terpaksa bangun dan minta tokey restoran untuk halau malaun-malaun itu.
Akhirnya, mereka serahkan salinan fotostat paspot mereka. Dari Iran.
Malangnya, fotostat itu dah kabur dan apa yang saya lihat, tempohnya dah tamat tiga bulan lalu.
Maknyanya, mereka dah lebih masa tinggal di negara kita, dan mungkin salinan paspot palsu.
Malang juga bagi saya, apabila mereka juga mula berkeras yang saya tak percayakan sesama Muslim dan sanggup memalukan mereka.
"I DONT CARE. U GET OUT FROM HERE, OR ELSE I WILL CALL POLICE OR IMIGRATION"
Hati saya dah mula tergerak untuk menelefon rakan di IPK KL atau Imigresen, tapi tentu panjang ceritanya.
Dan, mereka berdua tergesa-gesa meninggalkan restoran itu.
KISAH 3
Setelah berjaya mengutip puluhan ringgit, akhirnya datanglah ke meja saya ketika saya sedang makan malam di Gerai Jalan Semarak di Kuala Lumpur.
Mereka berdua, seorang buta, seorang celik sihat segar bugar.
" Mana kad orang buta kau?"
"Tak bawak bang."
"Kau dari mana?"
"Brickfield bang."
"Yang kau ni, apahal kau usung mamat ni? Berapa kau dapat upah usung?"
"Tak delah bang...mana ada..kawan aja..."
"Baik kau bagitau aku, berapa kau dapat bawak orang buta ni?"
"Tak banyak bang... Ada la sikit-sikit..."
"Sikit tu berapa?"
"40 ringgit je bang"
" Kau biar betul, dengan senang hati kau dapat 40 ringgit ye bawak mamat ni?"
"Ala, bukan selalu bang..."
" Ok, aku minta maaf lah ye, kau blah dari sini sekarang. Bawak kawan kau ni sekarang. Kau datang dengan apa?"
"Motor bang..."

Dan saya terpaksa mengiring kedua-dua mereka ke motosikal mereka.

Malangnya, ketika nak naik atas motor, tayar motor mereka pula pancit...

4 budak itam!:

Nur Su'aidah said...

salam.

ku selalu nampak. di shah alam shj dah bersepah sindiket pengemis ni. kita tgk kdg2 kasihan tapi ada segelintir biadap. bila bg byk bunyi. mcm dalam entry kamu ni laa. sungguh tak tahu apa mereka mahu.

semoga mereka terus dirahmati allah :)

Cik ERynn said...

@suaidah
betul kan? diorang ni ade kat mane2 je...kalo bg sikit komplen..x bg langsung ada yg mcm kurang ajar paksa2...kalo betul mereka susah da lama nak join kerajaan nye rumah kebajikan tu..minta sedekah lg cepat kaya...moga Allah berikan hidayah dan petunjuk pada mereka ni

Idda Hashim said...

Salam Eryn
Bertukar wajah...
If btol pengemis kasian, if guna sindiket, apa kata kita ketok kepala ketua sindiket tu..

Cik ERynn said...

@idda hashim
itula kak...kite kesian...tp kalo sindiket lg la kesian sbb nye ada yg dipakse...ade yg culik org pastu ptg tgn kaki suh minta sedekah..lg sedih..tp kalo jenis mcm kes org pakistan tu mmg rase nakketuk je